Cari-Has Publish time 23-3-2018 10:41 AM

Banyak Beli Alat Kecantikan Tapi Langsung Tak Guna? Elakkan Dan Cuba Cara Ini

Khas buat kaum wanita yang menyimpan banyak alat kecantikan di rumah tanpa menggunakannya. Tidak tahu untuk menggunakannya dan hanya meletakkannya di dalam laci? Anda mesti cuba cara ini agar tidak ada lagi alat kecantikan yang akan tersimpan lepas ini. Cara yang dipetik dari Vemale.com ini ternyata lebih berkesan.


Berikut adalah cara-cara yang dapat anda ikuti:

1) Berhenti terpengaruh

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/21/065657vx1wy06nnw0z014h.jpg
Foto: Beautyheaven.com.au



Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata pembekal alat kecantikan tersebut. Anda perlu tahu bahawa jika alat yang dijual itu belum tentu berkesan terhadap kulit anda.

2) Jangan malas untuk membaca huraian selengkapnya

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/21/071955rqwz5uk6ufazsnlw.jpg
Foto: Sumijelly.com


Anda seharusnya perlu ambil tahu setiap inci kegunaan, ketahanan, kulit apa sahaja yang sesuai untuk menggunakannya, warna, aroma dan lain-lain lagi. Lagi terbaik jika anda mengetahui selengkap-lengkapnya sebelum membeli agar tidak lagi tersalah beli produk tersebut dengan hanya "tergoda" dengan aspek luaran sahaja.


3) Pastikan ia keperluan

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/21/065345sfsos4wsp7islvzf.jpg
Foto: Wanista.com


Haip! Ini ramai juga yang tersalah tafsir. Perlu diingat ya! Anda hanya perlu membeli sesuatu produk yang dikatakan perlu sahaja, bukan mengikut keinginan anda sendiri.


4) Beli waktu yang sesuai


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/21/064733rk53k4yy4ljhfakh.jpg
Foto: Azizanosman.com



Jangan dibeli terus apabila melihatnya. Tunggulah disaat ia membuat jualan promosi atau sebagainya agar anda mendapat harga diskaun yang terbaik.

5) Barang yang sudah dibeli tapi tidak menggunakannya?

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/21/070558sg75n5sgfxxgngx2.jpg
Foto: Makeup2587.wordpress.com


Bagi barang yang sudah pun anda beli dan anda tidak menggunakannya. Anda boleh menjualnya kembali dalam keadaaan "preloved" dengan harga yang lebih berpatutan atau memberinya kepada rakan anda agar ia tidak dibiarkan begitu sahaja.


Buat penggemar alat kecantikan, berbelanjalah dengan berhemah. Letakkan membeli barangan keperluan sahaja ya sahabat.- CARI

syasb Publish time 23-3-2018 11:34 AM

Hmmmm mcm i la tu

mizruncing Publish time 23-3-2018 11:53 AM

preloved pn mahal woooo

Artemesiaa Publish time 23-3-2018 12:11 PM

Beli je ikut keperluan tak perlu berlebihan bukan nak naik stage show tiap hari pun.Lagi pun barangan cosmetic ni buka boleh bertahan lama setiap satu ada tarikh luputnya.Simpan lama2 tak diguna membazir je akhirnya

grizz Publish time 23-3-2018 12:14 PM

yeah..tergolong dlm golongan ni..bli2 pstu perokkn smpai jd jerok..
las2 tgk tarikh dh xpired..
mmg rezeki tong sampah la jwpnye..

Psfzi Publish time 25-3-2018 10:12 AM

Aku la ni. Beli sebab takut lpas ni habis bila nak pakai. So beli je. Tp tak pakai2 pn.{:question

Knowlee Publish time 25-3-2018 06:46 PM

Sekarang ada trend No Makeup makeup. Amalkan trend ini, confirm beli barang sikit. Hehe

sofiazara Publish time 26-3-2018 11:23 AM

prgfhhhtttt

aku ada 13 ribu jenis skincare dan make up yang tak pakai

intanazlynna Publish time 12-4-2018 05:04 PM

sama la mcm i... banyak eyeshadow yg beli tapi x pakai
Pages: [1]
View full version: Banyak Beli Alat Kecantikan Tapi Langsung Tak Guna? Elakkan Dan Cuba Cara Ini


ADVERTISEMENT