[tvN] My Mister - IU, Lee Sun Kyun, Park Ho San, Song Sae Byok
tvN My Mister : Cinta tak mengenal usia dan kesusahan Published March 20, 2018 · Updated March 20, 2018https://i2.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2018/03/mymister_05.jpg?resize=730%2C529&ssl=1
Percayakah anda lelaki tua yang dihimpit tekanan hidup juga layak untuk menghirup kebahagian? Mereka mungkin bukan siapa-siapa di dunia ini dan mungkin tak dipedulikan langsung masyarakat yang hidup senang. Bagi yang tak mampu menahan tekanan hidup juga ada yang mengambil nyawa sendiri. Tetapi kadang-kala, mereka tampak naif dalam soal cinta, seolah-olah seperti bayi yang baru lahir. Mereka baru kenal erti cinta setelah bertahun-tahun menongkah arus kesusahan.
https://i2.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2018/03/mymister_01.jpg?resize=1920%2C1080&ssl=1
tvN My Mister mencerakinkan kisah sekumpulan lelaki bujang terlajak usia yang menganggap diri mereka seperti saudara kandung bekerja keras untuk memastikan mereka dapat hidup di dunia serba moden ini. IU akan membawakan watak sebagai anak gadis muda, Lee Ji An yang mengalami kesukaran hidup kerana hidupnya bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dia kehilangan ibubapanya pada usia 6 tahun dan terpaksa bergantung hidup pada nenek yang sakit (dilakonkan oleh Go Du Shim). Sehingga pada suatu hari, dia menemui seorang lelaki berusia 40-an yang mempunyai nasib lebih kurang sama sepertinya.
https://i0.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2018/03/mymister_03.jpg?resize=1920%2C1080&ssl=1
Lee Sung Kyun sebagai Park Dong Hoon akan menjadi harapan utama Lee Ji An. Mereka hidup bersama-sama sebagai adik-beradik ‘angkat’ saling membantu mengubah hidup ke arah lebih baik. Park Dong Hoon ialah abang ke-2 daripada 3 orang adik-beradik yang bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat pembinaan yang mementingkan aspek keselamatan. Dia seorang yang pendiam tetapi agak romantik.
https://i1.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2018/03/mymister_02.jpg?resize=1920%2C1080&ssl=1
Buat pengetahuan peminat kdrama, drama ini merupakan cetusan hebat hebat pengarah Kim Won Suk yang mahir dalam menterjemahkan keberkesanan lakon layar seperti dilakukannya menerusi drama KBS Cinderella’s Sister, KBS Sunkyunkwan Scandal, tvN Misaeng dan tvN Signal walaupun daripada penulis skrip yang berbeza. Teknik pengarahannya sangat mampan dan jelas serta mudah difahami penonton. tvN Signal dan tvN Misaeng dinobatkan sebagai drama Korea terbaik sepanjang zaman sehingga meraih kemenangan dua kali Best Director CARI Kdrama Awards. Drama ini ditulis sepenuhnya oleh Park Hae Young, iaitu penulis skrip tvN Oh Hae Young.
tvN Mister akan disiarkan bermula 21 Mac 2018 pada setiap hari Rabu dan Khamis di cenel tvN.
Trailer:
235820730322793
https://kmania.info/2018/03/20/tvn-my-mister-cinta-tak-mengenal-usia-dan-kesusahan/
Kena tgk ni...hihi
Cite x klise sgt tgh tgok ni TvN selalunye x menghampakan. Tapi i suka tunggu after all eps completed. Senang nak binge. :loveliness: Iols suka ahjusshi ni.. sebab dia cool sangat dalam CP hihi wah wahh pacit kesukaanku..
tapii heroinnya...alahaiii sangatt..
dear, @wonto ko xmo ko tengok cite nie
bagisokongan moral kat iu..
:lol::lol:
dah tengok tadi. Menarik! Dari episode pertama nampak cam menarik je jalan ceritnya.Lakonan Lee Sung Kyun selalu tak menghanpakan walau apa pun watak yang diberikan dan karekter IU utk wataknya kali ni cam sesuai je sebab suka keras kejung;P First episode pun best... {:thumbo 2nd episod pun trigger curiosity... yg best cite ni ada lawak walau tk obviously melawak... looking fwd nx episod... pelakon perempuan tu dulu tgk berlakon cute2 je.. yg ni watak sgt dark.. menjadi ler.. makdik2301 replied at 22-3-2018 02:33 PM
wah wahh pacit kesukaanku..
tapii heroinnya...alahaiii sangatt..
Chef!!!!!
Hero dh ok..heroin plak..huhuhu
Thn ni x nk bg skongn kt sapa2. Dah tgk tersuke plak dkt drama ni...walaupon iu cold jek wataknya...{:thumbo gummiebear replied at 22-3-2018 10:44 AM
Iols suka ahjusshi ni.. sebab dia cool sangat dalam CP hihi
Ajushi ni dl meols tgk drama pasta...yg lain2 xpernah tgk cter heols..pasta pon best gak cternya Minami2013 replied at 24-3-2018 09:24 AM
2nd episod pun trigger curiosity... yg best cite ni ada lawak walau tk obviously melawak... looking...
Yg part org toleh 2x sbb si iu tu pakai spek mate hitam dalam opis...lawak bg meols ;P AkuMark replied at 25-3-2018 10:09 AM
Ajushi ni dl meols tgk drama pasta...yg lain2 xpernah tgk cter heols..pasta pon best gak cternya
Amagadd baru2 ni iols tengok oh my ghost pastu dok teringat cam pernah tengok cerita chef2 ni tapi tak ingat tajuk. pasta it is :lol:
Thank you chuols letih iols dok pikir tapi tak jumpa jawapan ;P best kan cerita tu.. ahjusshi cool as always :C gummiebear replied at 25-3-2018 11:19 AM
Amagadd baru2 ni iols tengok oh my ghost pastu dok teringat cam pernah tengok cerita chef2 ni tapi ...
Haah best..meols boleh ingt tajuk sbb ada cd...dulu2 ada la beli cd skng ni kita tgk online jek jimat space ;P
Tp kesian la dkt ajushi ni wife curang plak ngan ceo compny sndri merangkap junior time blaja dl...si iu tu dlm xbergaul n xbercakap dgn org tu sempat lg tau scandal semasa d cmpny beliau :sweat3:
owhh nk tny ape dendam lelaki lintah darat yg slalu menyendeng dkt si iu tu?Benci benar beliau dgn si iu tu AkuMark replied at 25-3-2018 02:10 AM
Yg part org toleh 2x sbb si iu tu pakai spek mate hitam dalam opis...lawak bg meols
Kannnn.. adik beradik lelaki tu yg huru hara tu pun buat cerita ni tk tegang sgt.. Baru tengok ep 1 & 2 smalam.. best jugak. Tak sabar jugak nak tau kisah seterusnya, apa la si IU tu deal dgn pengarah tu eh. best ek? ok bole tgk idakamaruddin replied at 26-3-2018 12:09 PM
best ek? ok bole tgk
pengarah signal lah, drama yg kau moyan smpi berpuluh2 page dulu..
smpi jd penghuni tegar board ni dulu ;P