Cari-Azza Publish time 21-3-2018 05:44 PM

Dunia Sudah Tua – 10 Destinasi Ini Akan Pupus, Anda Perlu Kunjungi Segera!

Bumi makin tua.
Jadi, apa yang ada di muka bumi ini ada tarikh luputnya.
Maklumlah dengan perubahan iklim yang tidak menentu serta tangan-tangan manusia yang ganas, maka ada destinasi cantik mungkin terhakis, lama kelamaan pupus.

Jadi, selagi kudrat masih ada, mereka yang belum sempat lagi berkunjung ke 10 tempat bersejarah ini, harus mengambil peluang ya.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/13/215612v7xw5oa0o4gr7abh.jpg1) Tembok Besar China


Hakisan semulajadi ke atas binaan bersejarah ini lama kelamaan akan menyumbang kepada runtuhnya tembok besar China ini.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/13/215657bj633ayab0j11g0n.jpg2) Taj Mahal


Pakar kaji cuaca percaya, dengan adanya pencemaran udara dan hakisan di sana sini mungkin menyebabkan ia akan runtuh satu hari nanti.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/13/215750bpnnodq8crzszddv.jpg3) Laut Mati


Laut Mati yang sempadannya antara Jordan dan Israel sebenarnya telah hilang daratan sebanyak 80 kaki. Ia diramalkan akan hilang dalam masa 40 tahun lagi.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/13/215823b787iigf680vhf8k.jpg4) Seychelles


Pulau Seychelles yang terletak di Lautan India di pantai Madagascar –akan lenyap kerana hakisan pantai.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/13/220216lpxhxmr261f9kxze.jpg5) Egypt



Dikelilingi pembinaan, air bawah tanah dan pencemaran yang menyebabkan segala makam, monument dan piramid Mesir ini akan pupus.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/13/220017fcokab8odjebkkok.jpg6) Gondola di Venice


Gondola di Venice, Itali dilaporkan semakin tenggelam hinggakan kekerapan banjir menyebabkan ia makin besar.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/13/220050twxy1wzk4zikixlp.jpg7) Maldives


Perubahan cuaca menyebabkan Pulau Maldives juga makin tenggelam. Sesetengah saintis meramalkan pulau ini akan hilang dalam masa 100 tahun.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/13/215920l481xxnoab991bdi.jpg8) Petra


Binaan kota Petra di Jordan adalah daya tarikan utama pelancong, namun artifak ini menerima tempias bencana alam seperti hujan, angina serta disentuh oleh pelancong menyebabkan nilainya juga makin susut.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/13/220330ebe3kzo3zoe8hox3.jpg9) Gunung berapi Hawai


Taman Negara gunung berapi Hawai memberi peluang kepada pengunjung merasai aktiviti membabitkan gunung berapi. Namun ia meningkatkan risiko suhu, situasi dan keadaan yang tidak menentu.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/13/220411eygygkttk4t4syjs.png10) Alaska


Di Alaska pula dilaporkan gua ais dan kubah ais semakin mencair setiap tahun.

Ngeri juga kan? Tapi berbalik kepada prinsip kehidupan - ada tarikh luputnya.Jadi, jom lah menyempatkan diri ke lokasi bersejarah ini. - CARI

Kredit : The Weather Channel

Iema5008 Publish time 21-3-2018 06:57 PM

Kalau hawaii tu payah sikit nak p huhu..

shernazz Publish time 21-3-2018 08:20 PM

Alaska tu.alahaiii
Nak cari.makan.susah ntol
Iols.insoofff.kejap.tgk cite life below zero...
Semua kena cari.sundiri
Xdak.kedai.jual ikan sayur ayam bagai

moonbug Publish time 21-3-2018 09:43 PM

Hmm Gua Niah pun tak sampai lagi ni

Konahhh Publish time 21-3-2018 10:35 PM

Teringin nak pergi tembok besar china tu. Jangan runtuh dulu nah, tunggu konah!

sumimasen Publish time 21-3-2018 10:38 PM

for muslim.. bek pi mekah dulu huhuhu...

Peterpan17 Publish time 21-3-2018 11:40 PM

Iema5008 replied at 21-3-2018 06:57 PM
Kalau hawaii tu payah sikit nak p huhu..

Air Asia ada pi Hawaii rasanya.

anony-mous Publish time 22-3-2018 01:14 AM

Nk pegi tembok besar china tu tp risau jgk tgh jln2 tiba2 runtuh {:yameteh

mirian1110 Publish time 22-3-2018 09:39 AM

Edited by mirian1110 at 22-3-2018 09:53 AM

korang, ada yang nak gi japan tak dalam hujung tahun nie? nak ikuttt...nak cari travel buddy yg boleh dipercayai ni

cmf_premierleag Publish time 22-3-2018 09:58 AM

dlm list tu, akak dah pernah smpi ke Taj Mahal, Laut Mati, Petra and Venice
kat taj mahal tu mmg akak siap keliling makam dlm tu sbb nak tahu apa yg diorg simpan kat situ :lol:
tp mmg sejukkkkkk sgt duk dlm taj mahal sbb lantai dinding siling sume marble...best gak dikelilingi batu marmar ni..sejuk jah

yg laut mati dan petra tu lak ms akak di jordan
dr jordan-petra dlm 4 jam sebegitu...situ pun kubur purba dan toursit guide akak ckp ada satu tomb yg kat depan2 tu kepunyaan nabi saleh.ntah betul ke tidak, entah le kheeenz

venice lak, akak tgk mmg ala2 dah dibawah paras laut
dan weols tak pakai map lgsg ms ada kat venice..kita explore smpi sesat2 masuk lorong2 tikus :lol: smpi la jmpe cafe utk lepak + makan dan jmpe hard rock venice :lol:

chicozinn Publish time 22-3-2018 10:13 AM

nak gi taj mahal tapi meollss takot la brita2 psal yindia ske rogol tourist ni..ingat lagi dlu owner ke pekerja hotel nak rogol western tourist sampai sheollss patah kaki la terjun dari bilik hotel dia tu..seram yachhh!!:'(

gummygummy Publish time 22-3-2018 10:29 AM

passport pon tkde lagi ni

airmineral Publish time 22-3-2018 10:40 AM

cantiknyeeeee
jelesssss

Artemesiaa Publish time 22-3-2018 11:43 AM

anony-mous replied at 22-3-2018 01:14 AM
Nk pegi tembok besar china tu tp risau jgk tgh jln2 tiba2 runtuh {:yameteh

Jangan risau tembok ty teramat ler panjangnya dari utara tanah cina hingga ke bahagian selatan.Kalau area yang selalu pelancong kunjung tu macam di Bejining ok je sebab dia orang selalu jaga bab maintainence nya.Kalau yang agak rosak sikit pun yang belah2 utara area yang tak ramai pengunjung sebab dah betul2 atas gunung sangat tak ramai sanggup nak daki atau yang kat area gurun.

Artemesiaa Publish time 22-3-2018 11:45 AM

Kalau area monument rajin je mereka baiki dan baik pulih.Hanya part pulau2 tu susah sikit sebab hakisan air agak extreme susah nak control.

abangadek Publish time 22-3-2018 12:15 PM

satu tempat pun iols tak penah sampai lagi.. langkawi yang dekat pun belum jejak.. sedih hidup iols ni:'(

fushimi Publish time 23-3-2018 03:55 PM

3 dari tempat kat atas tu iols dah selalu pergi

sampai naik bosan dah

alaska tu ada jual nasik tak ;P kalau seharitak makan nasi mula iols rasa nak makan orang



Pages: [1]
View full version: Dunia Sudah Tua – 10 Destinasi Ini Akan Pupus, Anda Perlu Kunjungi Segera!


ADVERTISEMENT