fly_in_d_sky Publish time 29-5-2004 05:40 PM

filem arahan U-Wei --> Buai Laju-laju ..

http://www.imagestation.com/picture/sraid118/p86d83b0a402895505ecd4f2dbf8d9e68/f87ee9f1.jpg.orig.jpg

Zaiton ialah seorang wanita licik yang banyak muslihat. Tajuk Buai Laju-Laju ada makna mendalam. Kelajuan buai bergantung kepada orang yang membuainya dan di situlah peranan Zaiton hingga berlaku pembunuhan, tetapi orang tidak nampak siapa melakukannya. Zaiton berkahwin dengan Ibrahim, lelaki tua yang kaya, kerana hartanya, tetapi kecewa apabila hidupnya tidak mewah. Suaminya hanya kaya tanah, bukan duit. Zaiton menggoda Amran hingga lelaki itu sanggup buat apa saja, termasuk membunuh suaminya!

Pengarah
U-Wei Saari

Penulis
U-Wei Saari ... Cerita
Awak Ko Na'Ang ... Skrip
Mr Ri ... Skrip
Mung Kheng Khoo ... Skrip
Anwar Idris ... Skrip

Pelakon
Eman Manan ... Amran
Betty Banafe ... Zaiton
Khalid Salleh ... Ibrahim
Liza Zain ... Ruby
Hasnul Rahmat ... Johan
Baharuddin Omar ...
Adlin Aman Ramli ...
Anwar Idris ...
Amran Tompel ...
Firdauz Azami ...

source: www.filemkita.com

filem terbaru arahan U-Wei ...
dijangka kuar tahun ni tp tak tau biler .....
dr sinopsis trasa seperti menarik ... lgpun penulis cerita ialah U-Wei n pengarah juga U-Wei




[ Last edited by fly_in_d_sky on 29-5-2004 at 08:51 PM ]

GAIA Publish time 29-2-2004 03:26 PM

Buai Laju-Laju - di pawagam 9 September 2004

http://img20.photobucket.com/albums/v61/jinzoningen20/Poster%20Filem/buai_laju-laju_01.jpg

Buai Laju-Laju
Swing My Swing High, My Darling !

Format :Digital Betacam- 'blown up to 35mm'
Duration :    93 minutes
Writer / Director :   U-Wei Bin HajiSaari
Producers :    Julia Fraser - Julie le Brocquy
Date of completion : NOV/DEC 2003
Due for release :   DEC 2003/JAN 2004 in Malaysia and Singapore

Tayangan Pembukaan -

Singapore International Film Festival(15 April-1 Mei 2004) - terpilih utk bertanding dalam kategori 'In Competition'.

Synopsis

Zaiton ialah seorang wanita licik yang banyak muslihat. Tajuk Buai Laju-Laju ada makna mendalam. Kelajuan buai bergantung kepada orang yang membuainya dan di situlah peranan Zaiton hingga berlaku pembunuhan, tetapi orang tidak nampak siapa melakukannya. Zaiton berkahwin dengan Ibrahim, lelaki tua yang kaya, kerana hartanya, tetapi kecewa apabila hidupnya tidak mewah. Suaminya hanya kaya tanah, bukan duit. Zaiton mengGoda Amran hingga lelaki itu sanggup buat apa saja, termasuk membunuh suaminya !

*U-Wei menulis cerita ini hasil inspirasi filem The Postman Always Rings Twice, sebuah adaptasi novel tulisan James M. Cain.

Laman Web Rasmi :

http://www.lebrocquyfraser.com - Maklumat filem nie bawah label Film > In Post Production

*Company yg terbitkan filem nie ialah company antarabangsa milik bersama Julia Fraser dan Julie le Brocquy...Syarikat ini juga yang menerbitkan filem OSAMA yang telah memenangi Best Foreign Lenguage Film kat Golden Globe bebaru nieh...Syarikat ini juga akan menerbit dan membiayai filem U-Wei akan datang Almayaer's Folly yg dikatakan menelan belanja lebih RM10 juta termasuk menggunakan kepakaran fotografi dari Perancis dan pereka kostum dar UK...

Barisan Pelakon

Eman Manan ... Amran
Betty Banafe ... Zaiton
Khalid Salleh ... Ibrahim
Liza Zain ... Ruby
Hasnul Rahmat ... Johan
Baharuddin Omar ...
Adlin Aman Ramli ...
Anwar Idris ...
Amran Tompel ...
Firdauz Azami ...



http://img20.photobucket.com/albums/v61/jinzoningen20/Gambar%20Filem/betty_banofi.jpg

http://img20.photobucket.com/albums/v61/jinzoningen20/Gambar%20Filem/all_amset03.jpg

http://img20.photobucket.com/albums/v61/jinzoningen20/Gambar%20Filem/all_amset02.jpg




*Sumber - http://www.filemkita.com/filem/b/buai_laju-laju_01.html
             - http://www.lebrocquyfraser.com

[ Last edited by GAIA on 8-9-2004 at 07:02 PM ]

chempaka_ku Publish time 29-2-2004 03:37 PM

macam best.and eman, always like his films.....

aLiN_82 Publish time 29-2-2004 03:54 PM

uhu

nampak best plot cerita...

marquez Publish time 29-2-2004 06:21 PM

Betty Banafe ni aku tengok satu drama bersiri apa entah, lakonan dia hidup cam swimming pool yang tak de air... nasib baik dia cun...

GAIA Publish time 29-2-2004 06:50 PM

Originally posted by marquez at 29-2-2004 06:21 PM:
Betty Banafe ni aku tengok satu drama bersiri apa entah, lakonan dia hidup cam swimming pool yang tak de air... nasib baik dia cun...
hoho...aku menduga ko akan sebut tentang filem2 Uwei yg dedulu...tapi nampaknya silap..ko sentoh pesal Betty Banafe lak...:D

GAIA Publish time 29-2-2004 07:02 PM

Projek Pembangunan Filem Akan Datang Syarikat LebrocuyFraser (yg produce buai laju-laju)

Filem2 dalam persediaan penggambaran ada dua iaitu Almayer's Folly dan Five Worlds

ALMAYER碨 FOLLY
Format :35mm
Duration :    116 minutes
Writer / Director :   U-Wei Bin HajiSaari
Executive Producers: :    Julia Fraser - Julie le Brocquy
Director of Photography :   Alain Choquart (France)
Production Designer:   Desmond Crowe (UK)
      
Estimated to go into production June 2004

INTRODUCTION
Joseph Conrad抯 debut novel, 慉lmayer抯 Folly

seribulan Publish time 29-2-2004 07:20 PM

huh.pelakon semua besh...
minat Hasnul....tentu syok
citer nih.......

senahsirap Publish time 1-3-2004 10:50 PM

aku pon rase citer nicam best..tapi publsiti yg diberikan tak sehebat promosi filem razak mohaideen dan yusof haslam..tapi itu tak bermakna filem ni tak berkualiti...aku salute kat u-wei ni, org sibuk2 amik yusry ngan erra dia tak kisah sgt amik pelakon yg tak fames sgt..janji hasilnya memuaskan...

rodriguez Publish time 1-3-2004 11:22 PM

apasal tak pernah dengar filem ni..pelik...publisiti kurangg..

GAIA Publish time 2-3-2004 02:57 PM

aku pun tak pernah dengar...cuma terbaca sekali dlm majalah siasah lepas tu tiada sebarang media bercetak atau digital yg menyampaikan maklumat tentang ini sehinggalah muncul kat filemkita.com baru2 nieh....

tipah Publish time 3-3-2004 07:50 PM

YANG PASTI FILEM NI MESTI TAK DAPAT SAMBUTAN DI PAWAGAM, INI FILEM UTK MENANG AWARD BUKAN UTK KOMERSIAL.....

[ Last edited by tipah on 3-3-2004 at 07:52 PM ]

marquez Publish time 3-3-2004 08:27 PM

Setakat ni aku baru tengok Perempuan ngan Kaki Bakar je.. tapi dedua aku rasa boring.... tak taulah macamana yang baru ni... aku nak tengok Betty Banafe je... tengok skirt dia kat dalam gambor tu terselak sampai ke telinga..... *geleng kepala* apa nak jadi nih.....

iscol_klang Publish time 3-3-2004 10:14 PM

sinopisisnya macam citer lenjan je...

3 pelakon ni jugak le yg belakon almayaer's folly nanti....

sayangidaku Publish time 3-3-2004 10:21 PM

barula dpt masuk thread ni...dr siang tadi asik lag aje... hmmmm...

rodriguez Publish time 3-3-2004 10:34 PM

lawa gak betty ni..kacukan mana ?

GAIA Publish time 21-4-2004 09:47 PM

Buai Laju-Laju ke Festival Filem Antarabangsa Singapura


FILEM terbaru arahan U-Wei Saari, Buai Laju-Laju dipilih ke Festival Filem Antarabangsa Singapura (SIFF) 2004 yang mula berlangsung kelmarin di kota Singapura. Penyertaannya dipilih penganjur berdasarkan ia sebuah filem yang mempunyai unsur estetika dan semangat artistik yang baik.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/20uwei.jpg
U-Wei Saari

Filem berkenaan dibintangi Khalid Salleh, Eman Manan, Betty Banafe, Adlin Adman Ramli, Hasnul Rahmat, Baharuddin Omar, Amran Tompel, Liza Zain, Firdaus Azami dan Anwar Idris. Filem itu yang dihasilkan secara senyap-senyap tanpa publisiti sewaktu pembikinannya dianggap U-Wei sebagai satu percubaan mencari keserasian hubungan lakon antara Khalid dan Eman yang bakal membintangi filem akan datang, Almayer.

Difahamkan selain Buai Laju-Laju, satu lagi filem dari Malaysia, Paloh arahan Adman Salleh turut menyertai SIFF 2004, bermula 18 April lalu. Ia bertanding dalam bahagian Layar Perak untuk beberapa kategori utama.

揝elepas filem ini disiapkan sejak Februari lalu dan lulus Lembaga Penapisan Filem Malaysia pada 18 Mac lalu, inilah kali pertama ia memasuki festival antarabangsa dan belum lagi menyertai festival di Malaysia. Buai Laju-Laju menyertai festival ini bukan kerana dicalonkan tetapi ia diminta penganjur untuk bertanding. Mulanya penganjur hanya berminat untuk sesi tayangan tetapi kemudian mereka mahu ia turut bertanding.

揝aya tidak fikir sangat mengenai soal kalah atau menang tetapi mahu pendedahan dan berpeluang dapat tengok sejauh mana maklum balas untuk masyarakat Malaysia. Orang Malaysia juga sering berharap kalau ada filem boleh menang atau sertai festival di luar negara, mereka lebih ingin hendak tengok dan menilainya.

揜asanya, ia lebih menarik kalau Buai Laju-Laju sertai festival tempatan dulu tetapi orang luar yang pilih dulu.

Sebenarnya, kami juga dapat jemputan daripada pihak lain untuk sertai festival filem antarabangsa di Filipina, India dan Perancis. Saya akan pertimbangkan ke festival lain.

揧ang penting, saya mahu urus tayangannya di Malaysia terlebih dulu. Bagi saya, ia masuk bertanding atau tidak, tidak penting sebab ia bukan muktamad. Saya masih rasakan, tayangan lebih penting tapi kita sekarang ada banyak filem yang ikut skim Wajib Tayang. Saya tidak pasti lagi sama ada hendak tayang sendiri atau ikut Wajib Tayang Finas,

fly_in_d_sky Publish time 31-5-2004 03:41 PM

2 Mac 2004
Ada satu klip preview dalam website penerbitnya. Bukan klip dari filem, tapi gambar-gambar dari poster yg telah disusun menjadi sebuah persembahan. Muzik atau apa-apa bunyi pun tiada. Bolehlah download kalau dah tak sabar menanti. Pastikan ada perisian Quicktime untuk menontonnya.

http://www.lebrocquyfraser.com/04_films/post-production/swing_high_preview.htm

http://www.lebrocquyfraser.com/downloads/endBLL.mov

18 Februari 2004
TARIKH BELUM DIPASTIKAN - masih lagi belum ada pengumuman, tapi filem ini sah akan menyertai Festival Filem Singapura April nanti. Mungkin akan ditayangkan di Malaysia selepas itu (Mei? Jun?). Nampaknya sekali lagi orang luar dapat tengok dulu filem U-Wei ni. Lagipun tayangan di Malaysia tak perlu cepat-cepat, bukan orang nak tengok sangat pun.


source: filemkita.com

letitbe Publish time 31-5-2004 05:02 PM

eh citer nih ker yg dibuat pakai grant dr jepun tuh?

GAIA Publish time 1-6-2004 03:27 PM

Originally posted by letitbe at 31-5-2004 17:02:
eh citer nih ker yg dibuat pakai grant dr jepun tuh?
yg tuh bukan ker JOGHO ? dah berzaman dah Uwei dapat duit Jepun tuh....skrag dia tak perlu duit jepun lagi pesal dia dah terikat dengan production house international.....company pengeluar filem2 dia milik org Perancis....dan mereka ada dana sendiri....

Sekarang nie...yg dapat duit Jepun utk buat filem ialah Amir Muhammad...untuk itu dia bikin Toko Magic Hour...yg akan keluar bila2 masa dalam tahun ini kot....dah lama aku ternantikan filem terbaru Amir nie...takde dengar cerita terbaru pulak....
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Buai Laju-Laju - di pawagam 9 September 2004


ADVERTISEMENT