Macam Ni Rupanya Buat Stok Cili Kisar, Tahan Berbulan-bulan Tak Berkulat
Masakan di Malaysia ni tak sah kalau tak ada rasa pedas. Walaupun sedikit, tentu ada rasa sedikit pedasnya itu. Bagi yang memasak di rumah, sudah pasti dalam peti sejuk kita ada stok cili kering kisar.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/17/021801za6a1k9r16riwwfi.jpg
Bukan apa, stok cili kering kisar ni untuk memudahkan kerja kita di dapur. Lebih-lebih lagi bagi anda yang bekerja. Nak mengisar cili kering semasa hendak memasak bukanlah sesuatu yang mudah. Ia perlukan masa yang agak lama. Jadi, penyelesaianya kita buatlah stok cili kering kisar.
Tetapi, satu sahaja masalahnya bila kita buat stok cili kering kisar ialah cili kisar yang mudah berkulat. Tu la kan, kadang-kadang cili kisar yang kita simpan dalam peti ais hanya bertahan sekejap. Kadang tu seminggu sahaja sudah berbau. Kalau lebih lama, mungkin boleh tumbuh kulat pula!
Anda nak tahu cara buat stok cili kering kisar anda tahan untuk berblan-bulan? Jom ikuti tips yang amat praktikal membuat cili kisar yang telah dikongsi oleh Puan Mim Nazihah yang mesra dengan panggilan Kak Mim.
CARA BUAT CILI KISAR TAHAN LAMA, BERBULAN MASIH TAK BERKULAT
Menurut Kak Mim, inilah cara yang selalu dipraktikkan untuk membuat cili kisar tahan lama. Boleh tahan sampai berbulan-bulan!
BAHAN-BAHAN
Cili kering
Bawang putih
Air tapis
CARA-CARA
1. Potong & Cuci
Pertama sekali, potong cili kering, buang bijinya dan kupas bawang putih. Kemudian, cuci bersih-bersih dengan menggunakan air paip.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/17/021801y5ru3shds3mbyynd.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/17/021801h7haqqqhq9hh237o.jpg
2. Rebus
Seterusnya, rebus cili kering bersama bawang putih sampai cili menjadi lembut. Gunakan air tapisan semasa merebus cili kering dan bawang putih ini.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/17/021801u2uup17wf86fw2zs.jpg
3. Toskan
Apabila cili dah lembut, toskan semua cili dan bawang putih di dalam periuk tadi.
Tak perlu basuh lagi sebab tadi ia dah dicuci bersih. Jangan basuh semula guna air paip, takut nanti cili kisar tak tahan lama.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/17/021801c2tpp8xx2ubp0jpt.jpg
4. Kisar
Selepas ditos, biarkan sekejap agak-agak cili dan bawang putih dah sejuk sedikit.
Kemudian kisar semua bahan ini dengan menambahkan air tapisan supaya ia dapat tahan lebih lama.
Dan satu lagi, saya gunakan bawang putih dalam cili kisar ini sebab ia boleh bertindak sebagai anti kulat. Insha Allah boleh tahan lama dan tak berkulat.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/17/021801ncooyktbaasq4o5y.jpg
5. Simpan
Dah siap bolehlah simpan di dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti sejuk. Walaupun nampak biasa, tapi ia boleh bertahan lama.
Memang memudahkan kalau ada stok cili kisar yang tersedia dalam peti sejuk, kan? Bila-bila saja boleh gunakan untuk memasak.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/17/021801p87h758nv5uq58ho.jpg
Jangan lupa untuk mencuba tips dari Kak Mim ni ya! - CARI
boleh cuba ni.. thanks boleh cuba ni.. thanks boleh cuba ni.. thanks boleh cuba ni.. thanks boleh cuba ni.. thanks boleh cuba ni.. thanks boleh cuba ni.. thanks boleh cuba ni.. thanks Good tips. Boleh buat frozen cili kisar nanti Tq. Tips berguna utk iols nanti. {:teatime Thank u! Stress cari cara macam mana tanak bagi cili kisar berkulat. kepantangannya lepas masak cili tu jgn bilas semula dgn air paip..letak minyak masak ganti air pun boleh..kali ni boleh try letak garlic ni pula.. air tapisan tu air apa?
boleh cuba ni tapi bile masak tak pelik ke rase die sbb lebih kepada bawang putih. kalau sy biasa buat bawang putih,bwg merah dan bwg besar blend sekali.simpan dlm peti ais..senang kalau nk masak smbal ke apa2.hhehehe... 1st time dgr ltk bwg putih.ok nk cb lah. Klo ltk macik bwg, jd ape?{:run Tips ni sangatlah berguna..tq tq me tak boleh nak ikut tips ni sb ada bwg putih dlm dia. Klu buat masak merah mmg tk letak bwg putih. Lari rasa. weols selalu blend ngan minyak je cili tu
takde kulat dah