Cari-Hafizi Publish time 19-3-2018 04:27 PM

Rebus Dan Lecek, Dah Siap Kentang Putar Trufel Lemak Berkrim

Setiap kali makan masakan panggang gaya barat pasti ramai yang ingin ia dihidangkan bersama kentang putar kerana memberikan rasa yang menarik bila dimakan. Seperti biasa setiap jenis masakan mempunyai pelbagai resipi dan bergantung kepada anda untuk memilih yang mana satu bagi menyediakannya.



Jika anda penggemar kentang putar sudah pasti anda mempunyai selera tersendiri sama ada inginkan kentang putar yang ringan rasa serta teksturnya atau kentang putar yang cukup mewah dan berlemak.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/19/152827r49d8d4evv404ehh.jpgFoto - Butterkicap


Jadi kali ini kami ingin berkongsi satu resipi istimewa kentang putar yang dimuat naik oleh laman sesawang Butterkicap iaitu Kentang Putar Trufel. Difahamkan kentang putar ini bukan sahaja sedap malah lemak serta berkrim.


Bahan-Bahan

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/19/152849mmzonnhnodm1zpms.jpg
Foto - Butterkicap


1. 2.5kg kentang russet (kira-kira 5 biji kentang besar).
2. 220g susu (suhu bilik)
3. 100g mentega tawar (suhu bilik)
4. 6g garam laut halus (kira-kira 1 ½ sudu kecil)
5. 8g minyak truffle

Peralatan khas
1. Alat melecek kentang


Penyediaannya


1. Kupas kentang dan kemudian rendamkan di dalam mangkuk air sehingga selesai.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/19/152836uezellmvqpefeve6.jpg
Foto - Butterkicap



2. Setelah itu letakkan semua kentang di dalam periuk besar bersama air kemudian masak dalam tempoh 25 minit atau sehingga kentang betul-betul empuk.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/19/152902dcom5p3c5kf7jjok.jpg
Foto - Butterkicap



3. Selepas kentang sudah masak keluarkan ia dari periuk dan sejukkan sebentar sahaja.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/19/152913byfc5uv26zuhu42y.jpg
Foto - Butterkicap



4. Ambil pelecek kentang dan tekan hingga kentang keluar dari lubang tersebut tetapi jika anda tiada alat pelecek boleh lah dilecek dalam periuk halus.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/19/152934i57nwdws57jbxnxb.jpg
Foto - Butterkicap



5. Gunakan spatula dan gaul kentang tersebut hingga sebati. Anda perlu mengaup kentang anda bagi meningkatkan kegebuannya.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/19/153004ac5zvj9ljvjxzddh.jpg
Foto - Butterkicap



6. Masukkan sepertiga susu dan kaup untuk gaul rata. Ulang sebanyak dua kali sehingga susu habis.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/19/153004eqq7g4q4qaagbppf.jpg
Foto - Butterkicap



7. Apabila susu sudah digaul sebati dengan kentang pindahkan periuk ke atas dapur pada api sederhana.


8. Masukkan mentega dan terus mengaup hingga mentega cair dan sebati dengan kentang.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/19/153004qxkl5m31x4ir03kj.jpg
Foto - Butterkicap



9. Kaup dengan laju seolah-olah anda memutar kentang tersebut menggunakan spatula selama 4 minit dan jangan lupa untuk kaup bahagian bawah dan sisi periuk supaya kentang tidak hangit.


10. Taburkan garam dan terus kaup selama seminit lagi lalu angkat periuk daripada api.


11. Tuangkan minyak trufel ke dalam kentang tadi dan kaum sekali lagi hingga rata dan siap.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/19/153017m83cgzhl0o6gszgz.jpg
Foto - Butterkicap


Mudah bukan caranya. Jika anda mengikut cara-cara menyediakannya ini seperti yang dikongsikan pasti kentang putar berlemak penuh krim ini dapat disediakan dihidangkan kepada keluarga atau sahabat handai. Sebelum terlupa di sini kami juga ingin berkongsi tips yang diberikan oleh Butterkicap dalam menyediakan kentang putar ini. Selamat mencuba!


Tips


1. Anda boleh gunakan mentega biasa tetapi ubah suai ukuran garam yang digunakan.


2. Tiada minyak trufel? Tiada masalah! Tanpa minyak trufel, anda masih mendapat kentang putar yang enak. Untuk meningkatkan lagi rasa lemak kentang putar, masukkan lebih banyak mentega dan susu (atau krim) di langkah yang berkaitan.


3. Pelecek kentang ialah alat yang bagus untuk melecek kentang, tetapi jika anda tidak ada pelecek tersebut, pelecek biasa juga boleh digunakan. -CARI

sehirkedi Publish time 19-3-2018 05:02 PM

Waww sedapnya..layan dengan jagung bakar dan roti. Tq tt share resepi ni.

myakayina Publish time 19-3-2018 05:10 PM

klu rajin boleh buat gravy dia..mkn dgn meatball ikea..

zameyla Publish time 19-3-2018 05:32 PM

sedapnya......
tq share resepi..

Ambola Publish time 19-3-2018 05:49 PM

X letak minyak truffle tu pun ok dah rasa ltk butter dgn white pepper jer

LautBiru52 Publish time 19-3-2018 08:59 PM

Sesekali mkn sedapnya

kimchipedas Publish time 19-3-2018 09:46 PM

Senang jgk eh..sedapnyer

True-X Publish time 20-3-2018 09:30 AM

aku letak cheese... waa terangkat...

finn Publish time 21-3-2018 01:19 PM

Beli kat kfc je la.. loaded ape nama ntah. Siap ada ayam n jagung. Jimat masa. Jgn lupa request taruk gravy skali yachh.. {:smile {:smile
Pages: [1]
View full version: Rebus Dan Lecek, Dah Siap Kentang Putar Trufel Lemak Berkrim


ADVERTISEMENT