Cari-Nora Publish time 19-3-2018 10:50 AM

Resipi Genius: Buat Pai Coklat Guna Kerepek Kentang, Pelik Sikit Tapi Lazat

Anda suka coklat dan kerepek kentang? Campuran kedua-dua makanan ini umpama tak masuk akal namun resipi yang kami kongsikan kali ini menggabungkan kedua-dua bahan dan terhasillah coklat pai yang lazat!Unik dan menyelerakan!


Bahan-bahan
Untuk kerak:


•1 (16 auns) beg kerepek kentang Ruffles
•1/4 cawan tepung serbaguna
•6sudu besar mentega (dicairkan)


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/18/233824ovyd3rcmgzd3ncc3.jpg
Foto:Tastemade.com


Untuk isian coklat
•1/4 cawan krim (heavy cream)
•1 1/2 cawan cip coklat pahit (dark chocolate chips)
•2 biji telur
•1 sudu teh vanilla
•1 sudu teh garam


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/18/233824bd3wrqzrl4ad3x49.jpg
Foto:Tastemade.com


Untuk isian karamel
•1 cawan gula
•1/4 cawan air sejuk
•1/2 cawan krim (heavy cream)
•2 sudu besar mentega tanpa garam
•1 sudu teh garam


Untuk hiasan (ganace coklat)
•2 cawan cip coklat pahit
•1 cawan krim (heavy cream)
•2 sudu besar minyak kelapa
•24 keping kerepek kentang Ruffles yang dihancurkan untuk hiasan
•1 sudu besar serpihan garam besar untuk hiasan


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/18/233825jsswsqm5qh9cl0l5.jpg
Foto:Tastemade.com


Cara-Cara
1.Buat kerak terlebih dahulu: Panaskan ketuhar kepada suhu 170 darjah.


2. Letakkan kerepek kentang dalam pengisar makanan dan kisar sehinga halus. Tambahkan tepung dan mentega dan campurkan sekali.


3. Letakkan dalam bekas pai dan bakar selama 10 hingga 12 minit hingga berwarna keemasan. Kemudian buat isian sementara menunggu kerak sejuk.


4. Buat isian coklat: Dalam kuali sos yang kecil, gabungkan krim dan coklat sehingga sebati di atas api sederhana.


5. Tambahkan telur dan vanilla dan masak sehingga ia pekat. Bubuh garam dan ketepikan untuk disejukkan.


6. Untuk karamel masin: Dalam kuali sos bersaiz sederhana, gabungkan gula dan air sejuk.


7. Masak di atas api sederhana tanpa mengacaunya sehingga gula berwarna keemasan (kira-kira 8 minit). Ketepikan dan kacau krim dengan perlahan.


8. Kemudian masukkan mentega dan garam.


9. Buat ganace coklat: Letakkan cip coklat dan mangkuk bersaiz sederhana.


10. Panaskan krim dan tuang krim ke atas coklat dan gaul sebati. Kemudia tambah minyak kelapa dan ketepikan untuk disejukkan.


11.Tuang isian coklat ke dalam kerak kentang yang telah dibakar kemudian bakar selama 20 hingga 22 minit. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan selama 2 jam.


12. Bubuh 1 cawan karamel masin di atas isian coklat dan letakkan dalam peti ais untuk mengeraskannya. Kemudian bubuh ganace coklat di atasnya dan tabur kerepek kentang hancur dan serpihan garam.


13. Nikmatinya berama rakan dan ahli keluarga!(Jika disimpan dalam peti ais pai akan bertahan selama 5 hari)


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/18/233824a2dadke2dhdd52dh.jpgFoto:Tastemade.com


Selamat mencuba! -CARI

chazey Publish time 19-3-2018 01:36 PM

Keropok depa boleh la, rasa potato. Keropok kita rasa plastik mmsg jah gimana?

kucing02 Publish time 28-11-2018 12:59 PM

mcm mana la rasenye tu
Pages: [1]
View full version: Resipi Genius: Buat Pai Coklat Guna Kerepek Kentang, Pelik Sikit Tapi Lazat


ADVERTISEMENT