Cari-Has Publish time 19-3-2018 10:49 AM

4 Penyakit Sering Menyerang Wanita, Mana Paling Seram?

Setiap orang pasti tidak akan terlepas daripada diserang penyakit sepanjang hidup. Tapi jangan risau, ini kerana terdapat banyak penawar dan ubat yang boleh anda ambil bagi mengubatinya.


Tapi kena ingat, jangan pula ambil sembarangan ubat ya! Anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi setiap pengambilan ubat yang diambil.

Nak tahu, apa sahaja penyakit yang boleh menyerang wanita? Jom baca artikel yang dipetik dari Merdeka.com ini.


1) Kitaran haid tidak teratur

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/19/001434lw767dwy1oh7osww.jpg
Foto: Blog.Udenz.Ae



Setiap wanita normal pasti tidak terlepas daripada berdepan kitaran haid. Anda pasti risau jika mendapati kitaran haid anda tidak menentu, kan? Ia juga berkemungkinan boleh menyebabkan terjadinya tanda-tanda awal kanser serviks. Jadi, jangan pandang ringan ya! Segera buat pemeriksaan bagi memastikan tahap kesihatan anda.




2) Jangkitan air kencing kotor

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/19/001808u7wjelesofb8owzb.jpg
Foto: Mamaaja.sk




Jangan tak tahu, penyakit ini juga sering menyerang wanita. Nak tahu apa tandanya?


Tanda yang jelas sekali adalah anda akan merasa sakit setiap kali ingin membuang air kecil. Jangkitan bakteria yang terjadi amat menyakitkan, jadi jika anda terkena penyakit ini anda memerlukan antibiotik yang cukup untuk mengubatinya. Tapi, pastikan anda berjumpa doktor dulu ya.




3) Kanser

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/19/002337xpqzefwevrbpwfqr.jpg
Foto: D-healthcare.co.jp





Wanita mudah diserang kanser payudara, kanser serviks, kanser paru-paru dan lain-lain lagi. Jadi, anda disarankan membuat pemeriksaan payudara, malah sebaiknya lakukan pemeriksaan menyeluruh dengan lebih kerap agar dapat mencegah penyakit seperti ini.


Pemakanan juga perlu dijaga! Jika makanan seperti punggung ayam dan makanan lain dapat membawa ke arah kanser, sebaiknya dijauhkan.




4) Obesiti

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/19/002839yh33vpm7u223hwcm.jpg
Foto: Rojakdaily.com




Penyakit ini menjadi igauan setiap wanita. Ramai yang sanggup berdiet untuk mendapatkan tubuh diidamkan. Dengan adanya lambakan makanan segera, pastinya susah untuk menahan nafsu makan, kan? Jadi, anda perlu tahu apakah pola makanan yang betul dan sesuai agar terhindar dari penyakit obesiti.


Malah, setiap kali anda stres, janganlah lepaskan tekanan itu terhadap makanan. Lakukan aktiviti berfaedah bagi melampiaskan segala tekanan yang ada kan lebih bagus.




Macam mana ya? Adakan anda tergolong dalam golongan di atas? Mudah-mudahan anda diberikan kesihatan yang baik dan terhindar dari segala penyakit di atas. - CARI

rosasen Publish time 19-3-2018 11:39 AM

kanser la...nauzubillah... kalau obesiti masih boleh diet, exercise jaga makan semua... kencing kotor ada antibiotik... haid tak teratur pon problem jugak tp masih boleh diubati lg kot..

salmon-suki Publish time 19-3-2018 12:10 PM

Slip disc pn scary jgk..kanser lg scary..

syidasaleh Publish time 19-3-2018 02:14 PM

Selalu kena jangkitan air kencing.sakitnya ya tuhan.mmg kena standby ural je

Artemesiaa Publish time 19-3-2018 02:58 PM

Semestinya yang no3 yang lain tu masih boleh diubati dan diubah

friedfishsoup Publish time 19-3-2018 05:38 PM

kanser. takde ubat tu

Jorja Publish time 20-3-2018 01:21 AM

Tahun ni dah buat pap smear ke
Pages: [1]
View full version: 4 Penyakit Sering Menyerang Wanita, Mana Paling Seram?


ADVERTISEMENT