iloveselangor Publish time 18-3-2018 10:49 PM

Kraf Paracord, Tali Kulit dan Tali Jut

Hai semua,
Rasanya takda lagi kot yg bincang pasal kraf daripada tali paracord, kulit atau jute

Kraf begini sangat popular di Etsy.com terutama sebagai barang kemas..tapi di Malaysia kurang dikenali.

Kraf paracord ni di perbuat dari tali parachute iaitu tali payung terjun, tali ini digunakan oleh tentera US sebagai survival bracelet dimana survival bracelet ini boleh di leraikan menjadi tali dan kebiasaan nya di dlam bracelet ini ada batu api, mata kail, tali pancing, pisau, wisel, kompas, dan sebagainya...kmudian pemakaiannya jadi ikutan/trend di kalangan muda mudi di USA.

Boleh dikatakan kraf paracord ni berasal dari USA...dan banyak juga buku2 berkenaan kraf ini di sana.

Tapi bangsa yg pertama yg menggunakan simpulan dan hiasan simpulan dari tali adalah orang Cina contoh butang Cina dan tangkal2 mereka yg kebiasaannya diperbuat dari kain sutera.

Manakala tentera US memperkembangkan lagi penggunaannya sebagai bracelet, keychain,beg, lanyard dan sebagainya supaya tali2 ini boleh digunakan semasa darurat.

iloveselangor Publish time 18-3-2018 10:58 PM

Edited by iloveselangor at 18-3-2018 11:02 PM

Ni kraf paracord pertama yg i buat tiru dari google, smartphone pouch...90% siap.

I buat ikut kreativiti sendiri macam mana nak buat..tak pakai apa2 manual pon...cuma kelemahan, pouch ni pendek sedikit...lepasni kena buat panjang sikit.

sharlenetexas Publish time 19-3-2018 01:20 AM

Nak jual barang kat Etsy macamana?
Satu lagi platform iols baru perasan, plethoraplatform.

sharlenetexas Publish time 19-3-2018 01:21 AM

Tak sangka TT minat kraftangan :)

iloveselangor Publish time 19-3-2018 06:49 AM

sharlenetexas replied at 19-3-2018 01:20 AM
Nak jual barang kat Etsy macamana?
Satu lagi platform iols baru perasan, plethoraplatform.

Saya pon tak tahu sgt, sbb xbuat lagi..nanti dh banyak barang baru nak try jual kat etsy.com

Tengok kat dlm etsy ada tool bar 'sell'.

iloveselangor Publish time 19-3-2018 07:51 AM

Edited by iloveselangor at 19-3-2018 07:57 AM

sharlenetexas replied at 19-3-2018 01:21 AM
Tak sangka TT minat kraftangan

Memang dah lama minat walaupun lelaki.

Sebelum ni nak cari bahan tak tahu kat mana....sejak lazada ada memang senang..tq lazada. :loveliness:

Lepasni plan nak try crochet dan jig dari tali paracord utk buat casing untuk camera, smartphone..dan buat lanyard.

Then nak buat bead dari airdry clay tapi bead bentuk trojan dan spartan, kalau bunga2 macam perempuan pulak.;P

CiliPadiSedap Publish time 19-3-2018 10:38 AM

cantik..pandai tt buat.

iloveselangor Publish time 19-3-2018 11:01 AM

CiliPadiSedap replied at 19-3-2018 10:38 AM
cantik..pandai tt buat.

Tq sis..nanti order ye :loveliness:

iloveselangor Publish time 19-3-2018 04:13 PM

sharlenetexas replied at 19-3-2018 01:20 AM
Nak jual barang kat Etsy macamana?
Satu lagi platform iols baru perasan, plethoraplatform.

Plethora.com.my ke sis?

Tadi buka nampak menarik juga...tapi x fames..mungkin sebab handmade, biasa org Malaysia kalau handmade ni tak berapa excited.

dekmieDandy Publish time 19-3-2018 04:31 PM

ooo ni yg kekadang buat gelang tu kan

scandal iolls bagi gittew waktu date

tapi malangnya tangan iolls gemuk, x muat

iloveselangor Publish time 20-3-2018 12:27 AM

Edited by iloveselangor at 20-3-2018 12:54 AM

Dah siap phone casing i



Actually tak ikut design asal. Design asal cuma pouch tu je tapi bila dah siap jadi pendek. Jadi terkeluar henset i setengah inci.

Untuk coverterjojol setengah inci tu i buat penutup guna T-virus sinet daripada tali glow in dark yg baru sampai petang tadi.

Mak i kata susah nak buka...tapi dh try tadi senang je, just tarik salah satu stopper.

iloveselangor Publish time 22-3-2018 09:59 AM

Edited by iloveselangor at 22-3-2018 10:01 AM

Projek kedua...Koozie

Gmbar masa buat x dpt ambik memori penuh.

iloveselangor Publish time 23-3-2018 12:39 PM

Edited by iloveselangor at 23-3-2018 12:43 PM

Siap lagi satu koozie.{:1_152:}

Panjang tali 64 kaki.

Sangat berguna untuk hiking sebab mudah dibuka pada waktu tali diperlukan.

sharlenetexas Publish time 23-3-2018 10:02 PM

iloveselangor replied at 19-3-2018 04:13 PM
Plethora.com.my ke sis?

Tadi buka nampak menarik juga...tapi x fames..mungkin sebab handmade, b ...

plethora amik komisen seringgit dua.

sharlenetexas Publish time 23-3-2018 10:03 PM

TT, uols beli tali ni kat mana?

iloveselangor Publish time 23-3-2018 10:53 PM

sharlenetexas replied at 23-3-2018 10:03 PM
TT, uols beli tali ni kat mana?

Beli kat lazada.com dari China....kalau dr US tak larat mahal sbb ringgit kita murah sgt.

Dr segi kualiti x pasti pulak macam mana.

Tapi ada jumpa kat carousell sister ni jual tali macam2 warna boleh pilih. Tadi whatsapp sheols tapi belum balas lagi. Esok ingat nak call.

iloveselangor Publish time 23-3-2018 10:56 PM

sharlenetexas replied at 23-3-2018 10:02 PM
plethora amik komisen seringgit dua.

Ok la tu murah...boleh try nanti..sebab ala2 etsy juga...mula2 sendu...kalau ramai dah berniaga dlm tu mesti meriah.

Carousell.com pon ok...sebab market Australia, HK pon boleh masuk.

Lazada pon ok...

iloveselangor Publish time 30-3-2018 12:04 PM

Edited by iloveselangor at 30-3-2018 12:05 PM

sharlenetexas replied at 23-3-2018 10:03 PM
TT, uols beli tali ni kat mana?

Iols skng ni order dr shopee.com murah sangat kat situ tak macam lazada.

I boikot lazada skng ni sebab jarum paracord x sampai...waive nye belum dpt lagi.

Pelik lazada ni tak inform customer stok dh abis...tak macam shopee.com

Sis kalau nak berniaga mula dengan shopee.com sebab dia x amik komisen tinggi cam lazada...dan kos shipping customer yg tanggung.

Malaysia.Doom Publish time 14-12-2018 07:26 PM

sharlenetexas replied at 23-3-2018 10:03 PM
TT, uols beli tali ni kat mana?

Hi awak ada buat kraf paracord ke?

Ni sarung parang yang saya buat




sharlenetexas Publish time 14-12-2018 07:57 PM

Malaysia.Doom replied at 14-12-2018 07:26 PM
Hi awak ada buat kraf paracord ke?

Ni sarung parang yang saya buat

Tak lagi cuma suka tengok.
Pages: [1] 2
View full version: Kraf Paracord, Tali Kulit dan Tali Jut


ADVERTISEMENT