Cari-Azza Publish time 16-3-2018 04:02 PM

Alahai Comelnya, Roti Senyum Berkeju. Tambat Hati Anak-Anak Dengan Mudah..



Perhatian kepada ibu-ibu yang sentiasa berjalan jauh bersama anak-anak. Anda perlu lebih kreatif bagi menangani kebosanan mereka sepanjang perjalanan tersebut.

Ada yang membawa alat permainan supaya anak-anak terleka dan ada jua yang terus memberi gajet bagi memastikan mereka untuk terus diam.

Berlainan dengan dua ibu ini yang berkongsi kreativiti mereka menerusi makanan. Mereka mahu anak menikmati makanan sambil meneroka alam imaginasi sendiri. Dengan itu, perjalanan menjadi lebih mudah kerana anak yang tidak meragam.

Kedua-duanya menggunakan lebihan roti putih Gardenia sebagai asas. Jom tengok resipi ringkas mereka untuk kanak-kanaksetahun ke atas dan bayi yang baru tumbuh gigi.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/23/225300z1yjjdydsz1611d6.jpg


Roti Senyum Cheese
Bahan-bahan
-    Roti putih
-    Kepingan keju
-    Penutup botol / apa sahaja bentuk bulat
-    Sudu & straw

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/23/225310pjmweycmhvzaesj2.jpg



Cara membuatnya
1)    Susun roti, keju dan roti menjadi seperti ‘sandwich’
2)    Tekap penutup botol pada ‘sandwich’ tersebut (Boleh dapat 4 set)
3)    Bentukkan mata dengan straw manakala bagi mulut senyum gunakan sudu untuk membentuknya.
4)    Buat seberapa banyak mengikut jumlah roti.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/23/225317xcqyd86ty9j8q88b.jpg


Siap untuk dibawa dalam perjalanan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/23/225242zb0b5696a60jykk7.jpg



‘Homemade teething cookies’
Bahan-bahan
- Roti
- Mentega tanpa garam

Cara membuatnya
1. Sapu mentega tanpa garam ke atas roti.
2. Potong roti memanjang.
3. Bakar dengan suhu 160-180c selama 15 minit.

Biskut ini memang keras sedikit. Jadi, pastikan anda memantau bayi jika ini kali pertama mereka memakan biskut. Bayi akan menghisap dan menggigit-gigit dahulu biskut ini sebelum menelannya.

Moga perjalanan anda kali ini tidak diselangi dengan ‘tantrum’ dari mereka. Selamat mencuba! - CARI


Kredit: Aida Arssad & Fahima MN

multinicky Publish time 16-3-2018 04:22 PM

mcm scrub daddy bntk roti keju ni

mizruncing Publish time 16-3-2018 05:16 PM

laa senang je rupanya hihi

SecretLuv Publish time 16-3-2018 11:42 PM

Ni macam smiley potato la ni. Tapi aku buat pakai kentang tak pernah menjadi. Asyik lembik je.:'(
Kalau pakai roti senang la kot.

sapasapa Publish time 14-5-2021 05:50 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Pages: [1]
View full version: Alahai Comelnya, Roti Senyum Berkeju. Tambat Hati Anak-Anak Dengan Mudah..


ADVERTISEMENT