Cari-Amiey Publish time 16-3-2018 12:39 PM

Wanita Ini Kongsi Cara Hapuskan Ketuat Dengan 4 Bahan Sahaja, Dikongsi Lebih 35

Ketuat bukanlah satu yang baru dalam masyarakat kita kerana ianya ramai yang pernah menghidapinya. Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukannya sehinggalah ianya hilang sendiri.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/16/120239x7hp2e4o1rp00cb4.jpg





Ramai yang masih tertanya-tanya apa punca sebenar ketuat dan kenapa mereka dijangkiti olehnya.


Ketuat sebenarnya adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ianya mudah menjangkiti mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang rendah seperti pesakit HIV dan juga mereka yang kurang menjaga kebersihan.


Mana-mana bahagian yang terkena jangkitan akan menjadi bengkak, kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti pula adalah seperti tangan, jari dan kaki.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/16/120705btoqo3og8d83u3gd.png
Foto : Carian Google



Sekiranya semakin membesar, ianya akan menimbulkan rasa tak selesa dan sakit pada pesakit.


Jadi, bagaimana nak hilangkan ketuat ni?


Melalui seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hanis Samsuddin, kami kongsikan cara nak hapuskan ketuat ini.

"Ketuat mempunyai "akar" yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali."


Bahan-bahan yang diperlukan:

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/16/114702ih7y5r65h57lxyn4.png
Foto : Fb Hanis


Apple Cider Vinegar - Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.


Kapas - Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.


Plaster atau Duck Tape - Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.


Vaseline - Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.


Cara merawat:


1. Sapu vaseline pada sekeliling ketuat (jangan terkena ketuat) dan basahkan kapas dengan cuka. Kemudian letak kapas tadi pada ketuat dan 'seal' dengan menggunakan plaster. Biarkan semalaman.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/16/114646f7hzwwqaeglykbq4.png
Foto: Fb Hanis




2. Cuka sudah mula menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/16/114750e6fffq4feyyx6odx.png
Foto: Fb Hanis



3. Ketuat sudah mula menjadi hitam menandakan sel-sel ketuat mula mati akibat terkena asid.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/16/114821xd0a640l4grge6m0.png
Foto: Fb Hanis



4. Ketuat yang sudah mati.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/16/114849gatd0dna4rrra7sn.png
Foto: Fb Hanis




5. Apabila ketuat kelihatan seperti mahu tertanggal,boleh cuba korek sikit demi sedikit


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/16/114919dr2nad6iawt8e6sn.png
Foto: Fb Hanis



6. Ini ketuat yang berjaya dikorek
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/16/114943r8q8ep9orljz96dz.png
Foto: Fb Hanis



7. Kulit yang bebas ketuat
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/16/115039az64j7r6i5nzb5rr.png
Foto: Fb Hanis



8. Selepas beberapa hari, kulit akan mulai pulih seperti sedia kala.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/16/115102t4z002iilz4i6jkr.png
Foto: Fb Hanis


Mudah je kan? Yang penting kena buat setiap hari sehingga ketuat tu tertanggal. Jangan putus asa okay?


Selamat mencuba! Kalau anda ada tips lain yang anda pernah cuba, boleh lah share dengan kami ye! -CARI

Andyscenes Publish time 16-3-2018 12:43 PM

Tips yg bagus

grizz Publish time 16-3-2018 02:35 PM

tringat lak ade ketuat dolu2..buangngan kepit kuku smpai bedarah2..
bile dh bedarah, kompiden akar dh tecabut skali..
sib bek la xtumbuh blek..seriau tol..

aleesyasofia Publish time 16-3-2018 04:09 PM

blh suruh adk iols cuba nnt

noraidil_06 Publish time 16-3-2018 06:36 PM

Eh gelinye

mtjcmc Publish time 16-3-2018 08:05 PM

Terima kasih untuk petua ini :)

mizzmimi Publish time 17-3-2018 09:29 AM

Bagus petua ni. I dulu kena, korek akar dia sampai keluar, berdarah2. Pastu baru ok.

abangadek Publish time 17-3-2018 03:56 PM

I banyak ketuat kt tapak tangan kanan.. bukan tak jaga kebersihan ya.. mungkin siang ayam, ikan & mcm2 lg kerja kemasak buat ketuat sentiasa ada kt tapak tangan kanan ja.. i selalu guna plaster ketuat yg beli kt farmasi tu ja.. tp dh malas nak beli.. boleh jugak try cara ni{:good

swimswim Publish time 17-3-2018 11:17 PM

I just picit2 je dkt pangkal ketuat tu.lama2 dia luruh sendiri

Themilo Publish time 18-3-2018 09:32 AM

eh hello, kau gi je la farmasi beli ubat ketuat jenama duofilm. dia ada pemegang persis kuitek kuku, kau celup dalam ubatnya, then cocok-cocok la kat ketuat kau itu. selang 2-3 hari gugur lah dia. harga pun dlm belas-belas RM jaa..

Orix Publish time 18-3-2018 02:04 PM

Themilo: eh hello, kau gi je la farmasi beli ubat ketuat jenama duofilm. dia ada pemegang persis kuitek kuku, kau celup dalam ubatnya, then cocok-cocok la kat  ...

Hahahahahahaha... ala ni nk jimat punya versi la kot2 ketuat ada 1 je cenonet lak tu, guna jela bahan apa yg ada dari beli belas2 ringgit tu utk ketuat cenonet je hahaha

ReginaGeorge Publish time 18-3-2018 05:56 PM

Zaman budak2 adalah merasa ketuat tumbuh kat tapak kaki.

Cari-Amiey Publish time 20-3-2018 06:29 AM

grizz replied at 16-3-2018 02:35 PM
tringat lak ade ketuat dolu2..buangngan kepit kuku smpai bedarah2..
bile dh bedarah, kompiden aka ...

omaigod :funk: sakit tak?

Cari-Amiey Publish time 20-3-2018 06:36 AM

abangadek replied at 17-3-2018 03:56 PM
I banyak ketuat kt tapak tangan kanan.. bukan tak jaga kebersihan ya.. mungkin siang ayam, ikan & mc ...

yeke? kesiannya. cer try tips ni.. jimat pun jimat.. lepas tu kalau nak elakkan berjangkit, setiap kali habis keje memasak, pakai hand sanitizer.

Cari-Amiey Publish time 20-3-2018 06:51 AM

Themilo replied at 18-3-2018 09:32 AM
eh hello, kau gi je la farmasi beli ubat ketuat jenama duofilm. dia ada pemegang persis kuitek kuku, ...

Ni untuk yang nak jimat je. Lagipun ada yang jenis segan nak beli ubat-ubat tu {:1_553:}

ceri_pink Publish time 28-3-2018 01:15 PM

Pernah jugak kena ketuat masa kecik kecik dulu. Dekat jari tangan. Letak ubat yg sapu tu. Kadang rasa geram, ketip sampai darah :dizzy:

Dulu org cakap ketuat ni sebab kena kencing katak. Hmm {:1_515:}

missDollie Publish time 31-3-2018 12:46 AM

Ee gelinye..Tak pernah lagi kena..mintak simpang.. :mad:

abangadek Publish time 2-4-2018 01:10 PM

iols ada satu lg tips yang tak payah guna modal & tak sakit untuk buang ketuat ni, iols dh 2x cuba dan berkesan!

rendam tangan korang dlm ais @ air sampai skin kecut lepas tu korek kawasan ketuat tu guna kuku pun boleh, ketuat korang akan tanggal berbiji2 halus & tarik kalau ketuat korang tu ada akar dalam{:1_132:} iols tarik sampai berdarah2 & lepas tu tak tumbuh lg dh.

selamat mencuba!

julia5094 Publish time 6-4-2018 02:25 PM

Themilo replied at 18-3-2018 09:32 AM
eh hello, kau gi je la farmasi beli ubat ketuat jenama duofilm. dia ada pemegang persis kuitek kuku, ...

Betul sgt..dulu ada jugak ketuat yang tumbuh kat tapak kaki tu. Nama apa ye orang panggil..siap berakar lagi. Malau sgt bila duduk bersila, orang nampak tapi kaki tu. 2 tahun lebih kot. Siap ada 2 lagi..sebijik besar yang amat. Sebijik lagi kecik. Selalu kikis guna pisau. Sebab bila dia timbul, nak berjalan pun sakit tau. Lps tu jumpa kat farmasi brand tu la. Sapu hari2..tak sampai dua minggu, yang kecik tu luruh dengan sendiri. Hanya tuhan saja yang tahu kegembiraan iols masa tu.
Lepas tu iols continue buat yang besar tu pulak. Memang makan masa sikit yang besar tu, pasal dia punya kar macam ke dalam sikit. Iols rasa dalam sebulan jugak la. Akhirnya terkeluar jugak ketuat tu seketul dengan akarnya. Rasa macam nak menangis kat bucu katil je ..tak tau nak cakap tahap kegembiraan tu macamana. Kalau la awal2 lagi iols pg farmasi...tak de la menanggung sampai bertahun2...;P

buapakperut Publish time 17-4-2018 02:51 PM

ingatkan ketuat ni biji kat muka ahli sihir tu. rupanya ini. kalau anti body badan lemah memang mudah kene.mcm iols lagi pemalas dari hubby.. dia hygiene freak kot sikit2 basuh sentah sanitizer tapi selalu kene ketumbit ketuat n kurap.nasib tak penah jangkit kat iols
Pages: [1] 2
View full version: Wanita Ini Kongsi Cara Hapuskan Ketuat Dengan 4 Bahan Sahaja, Dikongsi Lebih 35


ADVERTISEMENT