Cari-Nora Publish time 15-3-2018 11:09 AM

Buka Pintu Boleh Terus Berenang Dalam Sungai, Hostel Di Kemboja Ini Memang Mengu

Sebut sahaja Kemboja, antara destinasi yang mungkin terlintas di fikiran ialah Phnom Penh atau mungkin Sihanoukville. Kedua-dua destinasi ini sememangnya tidak asing lagi bagi mereka yang ingin melawat Kemboja.


Namun tahukah anda ada sebuah lagi destinasi menarik untuk dilawati di Kemboja? Jika anda punya banyak masa atau mahu meneroka negara Kemboja sepuasnya, anda harus menuju ke Kampot.


Kampot merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di selatan Kemboja. Phnom Penh terletak kira-kira 130km dari Kampot manakala Sihanoukville pula kira-kira 90km.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/14/200646vppxo8b8898clob3.jpg
Foto: Trip Advisor


Mungkin anda boleh singgah sebentar di bandar kecil ini ketika lawatan anda di kedua-dua lokasi ini. Apa yang istimewa tentang Kampot?


Ia dikelilingi kecantikan semula jadi yang memerlukan anda untuk meneroka keaslian dan keindahannya sendiri. Beberapa restoran terbaik di Kemboja juga terletak di sini.



Soal penginapan usah risau. Terdapat hostel dengan tema yang sungguh menarik untuk anda bermalam dan berehat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/14/200648vtjxyjxw0q8rvziv.jpg
Foto: Trip Advisor


Anda boleh menetap di Arcadia Backpacker Hostel yang terletak di hadapan sungai paya bakau iaitu Sungai Preaek Tuek Chhu dan ia selamat untuk mandi manda.


Hostel ini turut membina taman tema air mini yang sungguh menarik di kawasan hostel.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/14/200648hijzzqtfl1fe0l79.jpg
Foto: Trip Advisor




Anda boleh rujuk gambar di bawah sendiri. Sungguh mengujakan, bukan?


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/14/200649h7gedzdhg0llajaw.jpg
Foto: Trip Advisor


Lagi fakta tentang Arcadia Backpacker Hostel


•Ia terletak di kawsan pedalaman. Terdapat catuan eletrik dan tiada ATM dan juga kedai 24 jam.


•Ia sesuai untuk anda yang sukakan cabaran. Terdapat kayak dan basikal untuk disewa. Aktiviti mendaki juga ditawarkan di sini.


•Terdapat bar yang sungguh menarik dengan pelbagai acara dan anda boleh bersosial di sini.


•Mereka hanya terima wang tunai jadi bawa secukupnya!


•Terdapat makanan segar di sini. Dapur dibuka seawal 7 pagi sehingga 8.30 malam.


•Jenis bilik yang tersedia ialah jenis dorm yang berharga 7USD semalam dan bilik double pula 20USD semalam. Bilik-bilik ini dilengkapi kipas.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/14/200646x25x5mgl46t6xmrx.jpg
Foto: Trip Advisor


•Jika anda tidak menginap di hostel ini, anda masih boleh menghabiskan masa di taman tema Arcadia dengan harga 7USD sehari. Taman tema ini percuma untuk tetamu yang menginap di hostel.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/14/200650a0s28234x2slyzjy.jpg
Foto: Trip Advisor


Jom senaraikan Kampot dan Arcadia Backpacker Hostel dalam senarai kembara anda!-CARI

Andyscenes Publish time 15-3-2018 01:59 PM

Tadom kena tambah tempat untuk luncur

airisa Publish time 15-3-2018 03:48 PM

itu je info Cari Editor boleh bagi????


meh nak tambah sikit

Kampot adalah daerah di dalam Cambodia yg menghasilkan biji lada yg terbaik di dunia. ada 3 jenis lada yang dihasilkan
1. lada hitam (black pepper)
2. lada merah (red pepper)
3. lada putih (white pepper)

lada merah la yg paling berharga dan mahal sebab untuk menghasilkannya memerlukan lada yg betul2 matang

dah la cukup la kot .. forumer did this on voluntary basis & tak kejar pangkat or maybe payment ;P

anno_miss Publish time 15-5-2018 07:15 AM

Macam best je..

zameyla Publish time 15-5-2018 09:24 AM

aku scary tengok air tu....
terbayang dalam air tu ada macam2...:mad:

nuralisa Publish time 17-5-2018 08:24 AM

allah.. air dia... :lol:
Pages: [1]
View full version: Buka Pintu Boleh Terus Berenang Dalam Sungai, Hostel Di Kemboja Ini Memang Mengu


ADVERTISEMENT