Cari-Faizal Publish time 14-3-2018 11:51 AM

Ingat, Bunga Sakura Bukan Untuk Dipetik. Ini Erti Musim Sakura Di Jepun..

Bila tiba bulan Mac dan April setiap tahun sudah pasti ia masa yang ditunggu-tunggu oleh ramai traveller untuk bercuti di Jepun.

Tetapi kenapa ya? Ya la, dalam kedua-dua bulan ini merupakan bulan di mana musim sakura tiba.


Musim ini bukan sahaja dapat menarik para pelancung dari luar Jepun, malah masyarakat dari Jepun juga turut menanti untuk meraikannya.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/12/221905c1t1y1637y1333o7.jpgFoto: Travel kompas




Memetik dari travel.kompas.com, "bunga sakura hanya mekar selama seminggu dalam setahun. Jadi, kami tidak mahu membuang masa, jadi kami meraikannya," kata Executive Director Jakarta Office Japan National Tourism Organization.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/12/221905rirdep2qdp9unpye.jpg


Musim sakura menandakan pertukaran dari musim sejuk ke musim panas dan suhu pada ketika ini adalah sesuai untuk kita beriadah di luar rumah. Jadi tidak hairan jika masyarakat di Jepun ramai yang berpiknik ketika musim sakura.

Selain itu, inilah waktu yang ditunggu-tunggu untuk meluangkan masa bersama keluarga ataupun rakan-rakan sambil menikmati keindahan bunga-bunga sakura yang mekar.


Boleh dikatakan setiap pelusuk kawasan disekitar Jepun dipenuhi dengan bunga sakura yang kembang mekar. Memang sungguh cantik. Sebab itulah ramai yang memasang cita-cita untuk bercuti di Jepun ketika musim sakura tiba.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/12/221905tzd6082rfsledrep.jpgFoto: Travel Kompas




Bagi masyarakat di Jepun, bila tibanya musim sakura, ia seumpama datangnya tahun baru. Dan pada waktu ini juga pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah di sini memulakan sesi penggal yang baru. Jadi ramai yang mengambil gambar di sekolah atau pejabat dengan berlatar belakangkan bunga sakura yang kembang mekar.

Bunga sakura cantik dipandang. Oleh sebab itu, bunga sakura sekali-kali tidak boleh dipegang dan dilarang sama sekali untuk dipetik.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/12/221906t5r1q3xg5feog3oo.jpgFoto: Pkabu.ru




Jadi, siapa yang berpeluang untuk ke Jepun bulan Mac dan April ni, jangan lupa untuk menikmati perta musim Sakura di sana ya! - CARI

PongKang Publish time 14-3-2018 12:43 PM

sedapnya icecream sakura... kat mcd dorg mesti ada jual...

mizruncing Publish time 14-3-2018 02:27 PM

bestnyaaa. dlm wishlist ni. ntah bile dpt pergi

Modngengade Publish time 14-3-2018 03:16 PM

selalu ke jepun tapi x pernah bertembung dgn waktu sakura mekar ini

olaklempit Publish time 14-3-2018 11:53 PM

Tengok gambar sakura ni teringat game farmville kat FB dulu2. Banyak pokok sakura aku tanam. So far blm ada peluang ke japan atau seoul hadap sakura. Tambang sewa hotel musim ni, ya ampunnn... Sekali je la di amsterdam dgn sakura, tapi sikit, tulip je lebih2.

syue86 Publish time 15-3-2018 08:58 AM

konon nk tgk sakura tp tiketttt..balik ke kl rm1k..aduiiii..btw trgt org mlysia duk patahkan pokok sakura kt korea..ngek betul

alesandra Publish time 15-3-2018 10:51 PM

rase sayu je baca thread ni...patut tahn ni aku pegi ...takde rezeki.kena tunggu tahun depan la jawabnya:(

zaziot Publish time 16-3-2018 07:53 AM

bile la nk smpai Japan ni
Pages: [1]
View full version: Ingat, Bunga Sakura Bukan Untuk Dipetik. Ini Erti Musim Sakura Di Jepun..


ADVERTISEMENT