Cari-Nora Publish time 13-3-2018 10:40 AM

Resipi Ringkas Roti Hot Dog Perancis, Hanya Guna Baguette. Jom Cuba!

Penggemar hot dog dan roti bawang putih pasti sukakan resipi ini.


Resipi mudah ini hanya menggunakan roti baguette sebagai pengganti roti hot dog. Sememangnya ia lebih berkhasiat dan lazat! Jom cuba resepi mudah di bawah ini!



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/13/015806ts3g34gwhis1shth.jpg
Foto:Facebook


BAHAN-BAHAN


•1 roti perancis/baguette
•3-4 sosej
•1/4 cawan mentega cair
•2 sudu besar parutan keju Parmesan
•1 ulas bawang putih (dicincang)
•2 sudu teh daun parsli (dipotong halus)
•Garam kosher
•Lada hitam


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/13/015807u7pyavxa4yy3d27a.jpg
Foto:Facebook


CARA-CARA


1.Panaskan oven kepada suhu 170°C.


2.Potong hujung baguette, kemudian potong lebihan baguette kepada 4 bahagian. Gunakan sudu kayu dan keluarkan isi tengah (untuk isi sosej)


3.Masukkan sosej dalam baguette, alas dulang pembakar dengan kertas pembakar dan letakkan ia dalam dulang pembakar.


4.Campurkan keju parmesan, bawang putih, parsli dan perisakan dengan lada hitam.


5.Sapukan campuran mentega di atas baguette. Bakar selama 18 hingga 20 minit atau sehingga sosej masak dan baguette berwarna kuning keemasan. Sedia untuk dihidang



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/13/015807jm2hcxxo92mlmon9.jpg
Foto:Facebook

Sangat sesuai dihidangkan ketika parti harijadi atau pesta keramaian! Selamat mencuba! -CARI

candybatik Publish time 13-3-2018 01:03 PM

Waaah... sarapan pun bole ni

sapasapa Publish time 14-5-2021 05:51 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

sparkly Publish time 13-6-2021 10:51 PM

Resepi yg menarik dan senang di buat

my_irina Publish time 15-6-2021 08:38 PM

Nyumsss!!!
Pages: [1]
View full version: Resipi Ringkas Roti Hot Dog Perancis, Hanya Guna Baguette. Jom Cuba!


ADVERTISEMENT