Bukan Biasa-Biasa! Tart Coklat Cadbury Viral, Cair Di Mulut Sampai Ke Hati
Tak semua kanak-kanak menyukai tart nanas malah ada yang hanya makan biskutnya sahaja dan inti dibuang. Tetapi Cikgu Azlina Ina membawa kelainan apabila mencipta resepi Tart Cadbury menggunakan coklat yang cukup digemari ramai.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/12/140416b9zpckus8wd9f8ss.jpg
Foto - FB Azlina Ina Fans
Apa yang menarik resepi ciptaannya ini mula menjadi viral malah ada yang sudah mencubanya dan mengatakan ia sedap serta menjadi kegemaran anak-anak mereka.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/12/140411yitor2t2y2atvidt.jpg
Foto - FB Azlina Ina Fans
Jadi kali ini kami ingin berkongsi dengan anda resepi serta penyediaan Tart Cadbury Melting yang tidak sukar untuk disediakan malah bakal menjadi biskut kegemaran anak-anak anda. Jom kita lihat bagaimana menyediakannya seperti yang dikongsikan Cikgu Azlina Ina dalam Page FB beliau Azlina Ina Fans
Bahan-bahan untuk tart
1) 500 gram butter/majerin
2) 4 sudu besar susu pekat / gula halus
3) 2 sudu besar minyak sapi ghee
4) 2 biji kuning telur
5) 4 sudu besar susu tepung
6) Esen Vanila
7) Pewarna kuning
8) 2 sudu besar tepung jagung
9) 2 sudu besar tepung kastard
10) 4 cawan tepung gandum
11) Coklat Cadbury
Bahan-bahan untuk sapuan atas tart
1) 3 biji kuning telur
2) Pewarna kuning lemon
) 5 sudu susu segar (campur & kocak)
Cara-caranya
1) Masukan dua biji kuning telur, butter, gula atau susu pekat, mintak sapi ghee ke dalam satu mangkuk lalu dikacau supaya kuning telurnya pecah
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/12/140408i6n1xb1lm3pnsqod.jpg
Foto - FB Azlina Ina Fans
2) Tambahkan pewarna kuning, susu tepung serta esen vanilla dan kacau
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/12/140411rtf0313d90ufqdz8.jpg
Foto - FB Azlina Ina Fans
3) Masukkan tepung jagung dan tepung kastard lalu digaul sekali lagi.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/12/140415f7aa7yaaata7672r.jpg
Foto - FB Azlina Ina Fans
4) Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan dikacau hingga menjadi doh yang cantik
5) Ambil doh tadi dan tekankan di dalam acu tart mengikut kreativiti dan bagaimana bentuk yang anda inginkan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/12/140416cziz6ubuir7u6n7i.jpg
Foto - FB Azlina Ina Fans
6) Letakkan coklat Cadbury di dalam tart lalu disusun di atas dulang pembakar.
7) Panaskan oven dan bakar tart cadbury pada suhu 170 selama 25 minit atau sampai keperangan.
8) Keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum dimakan
Mudah bukan penyediaannya. Tidak terlalu remeh dan yang pasti pasti anak-anak menyukainya. Menurut Cikgu Azlina Ina anda tidak perlu khuatir coklat Cadbury cair ketika dibakar di dalam oven kerana ia tidak akan mencair.
Jadi tunggu apa lagi selamat mencuba. Kalau dah cuba boleh lah share di dalam forum untuk tahu bagaimana kejadiannya selepas disediakan oleh anda. Selamat mencuba. -CARI Tetap tak boleh lawan tart nenas...my feverett.. Tetap tak boleh lawan tart nenas...my feverett.. Tx for sharing xcair ke coklat tu kne panas.. elok la kalau anak tk minat makan cookies ni
..bukan elok sangat pun dgn transfat lagi Azlina ada share resepi tart nenas cheese guna cream cheese
First time i tgk sbb selalunya org buh grated cheddar je dlm adunan tepung Tat apa ini sebegini? Ini bukan tat, ini biskut lapis Cadbury kejung! rasanya ramai nk beli jer dari buat sendiri.. peluang perniagaan ni tat ni dia kena ada masam masam sikit baru sedap macam nenas tu :drool3: aku prefer tat nenas lagi dari tat cekelat macam ni :lol: grizz replied at 12-3-2018 03:43 PM
xcair ke coklat tu kne panas..
coklat tidak akan cair jika dibakar mengikut cara atau prosedur yang betul di dalam ketuhar...boleh tengokkt sini https://shrinke.me/vPv2NcUB
Lama dah tak makan Raya taun Lepas Kalau rajin nak buat la Itu pun kalau rajin;P
Pages:
[1]