seribulan Publish time 10-3-2018 07:10 PM

CATS: The Nine Lives of Innovation oleh Stephen C. Lundin

Fwd-
Pernah tak kita terfikir bagaimana seseorang individu boleh banyak menghasilkan bahan2 inovasi. Apakah faktor yang menjadikuan seseorang itu produktif menghasilkan inovasi2 baharu tersebut?

Sebenarnya sifat inovatif berasal dari rasa ingin tahu seseorang individu dan perasaan ingin mengubah. Semua orang memiliki sifat itu dalam diri masing2.

Buku CATS: The Nine Lives of Innovation oleh Stephen C. Lundin telah mengaitkan rasa ingin tahu dengan KUCING. Kucing adalah haiwan yang memiliki rasa ingin tahu yang sangat tinggi yang kadang-kadang membahayakan nyawanya sendiri.Walaupun demikian, kucing tetap selalu ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru dan berisiko. Namun, rasa ingin tahu kucing tersebut tidak pernah membunuh diri mereka.

Justeru,setiap individu memiliki potensi untuk melakukan inovasi kerana keinginan untuk berubah kepada hidup yang lebih baik. Namun ada 4 halangan yang selalu dihadapi untuk melakukan sesuatu yang baharu. Jika halangan ini tidak dapat di atasi bererti individu tidak akan berjaya menghasilkan pembaharuan atau inovasi. 4 halangan tersebut adalah:

TAKUT KEPADA GANGGUAN.
Rasa takut kepada gangguan luar akibat sesuatu perkara baharu yang kita buat akan mengekang individu untuk buat perubahan atau inovasi.

RASA SUDAH SELESA
Keadaan yang sudah selesa tidak akan dapat menjadikan kita inovatif.Inovasi memerlukan kita keluar dari kebiasaan yang selesa.

PERSEPSI KEGAGALAN.
Kita melihat kegagalan sebagai keburukan dalam kehidupan. Sebenarnya kegagalan adalah guru dalam proses pembelajaran sesuatu yang baharu.

PEMIMPIN MENYUBUR KREATIVITI.
Ada teknik kepemimpinan yang kondusif untuk perkembangan sifat inovasi, ada juga cara kepemimpinan yang menjadi racun kepada sifat berinovasi dalam organisasi. Hanya pemimpin yang mahu organisasi sentiasa relevan di mata pelanggan sahaja yang akan menyubur inovasi.

Jika diteliti faktor2 halangan berinovasi di atas, 3 faktor adalah faktor dalaman individu dan manakala 1 sahaja faktor luaran iaitu pemimpin organisasi. Oleh itu, jika 3 faktor dalaman dapat diatasi oleh individu, kejayaan menghasilkan inovasi 75% sudah tercapai. Kita atasi masalah dalam diri untuk menjadi seperti KUCING yang sentiasa mengambil risiko untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Pages: [1]
View full version: CATS: The Nine Lives of Innovation oleh Stephen C. Lundin


ADVERTISEMENT