sofiazara Publish time 20-3-2018 05:38 PM

ok meols da tengok, rasa nak tengok lagi sebab best.

tapi aku bagi 0/10 sebab fattah gila last2;P

aku nak org hensem tak gila. wakakakaka

miamiot Publish time 28-3-2018 03:56 PM

Dah brp RM kutipan KLSF ni ye? Senyap je

selyusi Publish time 28-3-2018 09:30 PM

miamiot replied at 28-3-2018 03:56 PM
Dah brp RM kutipan KLSF ni ye? Senyap je

Iols tgk kat wiki dah cecah 9 juta

miamiot Publish time 28-3-2018 09:34 PM

selyusi replied at 28-3-2018 09:30 PM
Iols tgk kat wiki dah cecah 9 juta

9juta tu hr yg 10 , skrg nk masuk hr ke 20 . Sure tambah lg

selyusi Publish time 28-3-2018 09:39 PM

miamiot replied at 28-3-2018 09:34 PM
9juta tu hr yg 10 , skrg nk masuk hr ke 20 . Sure tambah lg

Apa lagi ganda dua la, 18j

Lumeiy Publish time 30-3-2018 12:42 PM

11juta ? Last week dpt 2 juta je ke?

Thanatus Publish time 30-3-2018 01:07 PM

Lumeiy replied at 30-3-2018 12:42 PM
11juta ? Last week dpt 2 juta je ke?

Aku noticed masa astroshaw posted dah dpt kutipan 9juta, website finas tulis 7juta jer. So tak tau mana yg betul.
Tapi tak mustahil kot dapat 2 juta jerr last week... film nii dah 3 minggu ditayangkan. Cuma aku harapkan lagi tinggi kutipan sebab last week kan cuti sekolah

cocokerunch Publish time 30-3-2018 06:55 PM

Kat finas kutipan dh 11 juta.

kekbuah Publish time 30-3-2018 09:42 PM

I dah tengok kemarin.. Zul tu ya Allah.. Bajet good good.. Haha.. Lawak la plk mula2 tengok nama fattah dah eexcited.. Pastu xpsl menyumpah me n kawan meols ngan zul nih..

asyasha Publish time 31-3-2018 03:35 PM

cocokerunch replied at 30-3-2018 06:55 PM
Kat finas kutipan dh 11 juta.

So dah 23 hari tayangan kutip 11 juta. Abang long fadzil dulu kutipan cmne ek?Ada lagi berapa lama tayangan ni?

Lumeiy Publish time 31-3-2018 09:00 PM

asyasha replied at 31-3-2018 03:35 PM
So dah 23 hari tayangan kutip 11 juta. Abang long fadzil dulu kutipan cmne ek?Ada lagi berapa la ...

Abglong fadil xsilap 30-40hari kan 18juta

Lumeiy Publish time 31-3-2018 09:01 PM

Thanatus replied at 30-3-2018 01:07 PM
Aku noticed masa astroshaw posted dah dpt kutipan 9juta, website finas tulis 7juta jer. So tak tau ...

Sebab tu iols terkejut tgk kutipan time cuti sekolah 2juta sajok
Means weekday xcuti sekolah lg bnyak la
Haiyakkk

Thanatus Publish time 31-3-2018 09:23 PM

Lumeiy replied at 31-3-2018 09:00 PM
Abglong fadil xsilap 30-40hari kan 18juta

Abg long fadil2 56 hari 18 juta

Thanatus Publish time 31-3-2018 09:30 PM

Lumeiy replied at 31-3-2018 09:01 PM
Sebab tu iols terkejut tgk kutipan time cuti sekolah 2juta sajok
Means weekday xcuti sekolah lg b ...

Tapi kalau nak ikut website finas dia tulis 14 hari 7 juta kalau tak silap aku, 21 hari 11 juta... so peningkatan 4 juta masa cuti sekolah tu kalau nak guna finas punya figures.
Tuu yg aku confuse macamana astroshaw punya figures dgn finas punya figure berbeza.

And harituu yusuf haslam ckp ditayangkan di 139 panggung... tapi kat finas tulis klsf ditayangkan di 92 panggung jerr. Apa dah jadik dgn 47 panggung yg lain tu?
(Abg long fadil ditayangkan di 130 panggung)

csuraya Publish time 1-4-2018 07:02 PM

leh tau, dah brapa juta kutipan?

melnanzz Publish time 5-4-2018 04:05 PM



Filem arahan Syafiq Yusof yang masih ditayangkan sejak sebulan lalu berjaya meraih kutipan terkini sebanyak RM12.1 juta.

Produser, Datuk Yusof Haslam menyatakan rasa syukur terhadap sambutan filem terbitannya itu yang ditayangkan di 120 pawagam.

"Pencapaian filem ini menbuktikan cerita bukan komedi tapi kisah polis yang serius boleh diterima penonton," katanya kepada Astro Gempak.

Jelasnya, filem tempatan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton akan terus ditayangkan dan ditambah jumlah pawagam.

"Jumlah pawagam ini bergantung pada permintaan pasaran. Seperti KL Special Force pada mulanya mendapat 80 pawagam sebelum ditambah kepada 120 pawagam," katanya.

Beliau yang juga ahli panel Jawatankuasa Skim Wajib Tayang menjawab isu penentuan jumlah pawagam menerusi skim tersebut yang dibangkitkan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebelum ini dikatakan tidak bersikap adil.

"Pemamer berbincang dengan kami terdiri daripada wakil Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bersama wakil Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan jawatankuasa Skim Wajib Tayang dan pemamer dalam menentukan jumlah pawagam untuk sesebuah filem.

"Jika kutipan kurang daripada 15 peratus berdasarkan jumlah penonton, filem itu boleh ditarik balik tayangan," katanya.

Ujarnya, situasi ini bukan hanya membabitkan nasib filem tempatan tetapi filem luar negara seperti Hollywood juga ada yang mendapat jumlah tayangan pawagam yang sedikit.

"Permintaan pasaran juga bergantung pada kehendak penonton. Saya bukan mahu menyebelahi pawagam tapi perlu ada tolak ansur antara produser dengan pemamer.

"Sebolehnya, produser jangan bergaduh atau bermusuh dengan pawagam. Kami sendiri di dalam Jawantankuasa Skim Wajib Tayang sentiasa berjuang untuk filem tempatan mendapat lebih banyak jumlah tayangan di pawagam tetapi ini semua ditentukan pemamer dan penonton," katanya.


Teks oleh: Elrafaei Sapi

melnanzz Publish time 5-4-2018 04:14 PM





shebbycs Publish time 10-4-2018 02:57 AM

kembarsiti replied at 11-3-2018 01:43 AM
Sape tu si Dino tu? Sian die asyik kene arah je. Heheheh...tp dh keje die kan

hahaha sorry kacau thread maybe korang kenal si dino as producer kl force tpi mamat tipu ni la yng melopor atau boleh saya kata ketua kepada MLM BITKINGDOM

SAPE YNG TAHU PASAL BITKINGDOM MESTI KENAL SI FADINO ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI DINOSAUR :)

SORRY TO SAYA TAPI DUIT YNG DIE LABUR DALAM WAYAMG NI DUIT YNG MASIH DIHUTANG KEPADA PENGGUNA PENGGUNA BITKINGDOM

melnanzz Publish time 3-5-2018 02:44 PM

KL SPECIAL FORCE akan ditayangkan di iFlix bermula Jumaat 04 Mei ini.

Mereka yang tak ada akaun iFlix, boleh register for 30-day free trial.

Jom kita layan KLSF di iFlix hujung minggi ni, gais!

https://www.instagram.com/p/BiQvmsDgWPA/

haruslah Publish time 16-5-2018 09:47 PM

Dah kena cekup eh damofa nih ;P
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7
View full version: Jom Sembang KL Special Force (SPOILERS ALLOWED)


ADVERTISEMENT