Cari-Faizal Publish time 8-3-2018 11:28 AM

Kreatif, Memang Kena Cuba Maggi Lilit Tom Yam. Patutlah Viral, Sedap Gila..

Menu yang paling mudah untuk dimasak dan cepat dimakan tak lain tak bukan ialah mee maggi lah kan?
Orang kata mee segera ini menu hujung-hujung bulan ketika poket tengah kosong. Selain cara menyediakan yang mudah, rasanya yang sedap juga menjadikan ia begitu popular dalam kalangan masyarakat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/08/002802miafehzb1fczcvtc.jpg



Seiring dengan perkembangan dunia sekarang ni, mee segera hadir dengan berbagai-bagai perisa dan boleh dinikmati dengan bermacam-macam style. Bukan hanya makan dengan cara berkuah sahaja.


Jom ikuti perkongsian pengguna laman social facebook Rusmiati Amini yang berkongsi resepi Maggi lilit perisa tomyam.


Apa sebenarnya Maggi lilit ini? Sebenarnya ia merupakan mee maggi yang dililit besama lidi dan digoreng. Macam satay tapi punya rasa tersendiri.


Bahan-bahan


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/08/002802awuib7i7bndnmjdu.jpg



2 Bungkus Mee Maggi perasa tom yam
Lidi satay secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Telur ayam
Sedikit tepung jagung


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/08/002802m3rdwrje9jtwlp33.jpg



Cara-cara membuatnya


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/08/002802z5w5wsr9gevugrye.jpg



1. Rendam atau rebus mee maggi.
2. Toskan mee yang sudah kembang dan gaulkan dengan perencah Maggie.
3. Lilitkan mee Maggie tadi dengan lidi satey sambil kepal-kepalkan supaya tidak hancur.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/08/002802w4k3nnfj3kzgmj4l.jpg


4. Pecahkn telor di dalam mangkuk dan masukkan sedikit tepung jagung dan gaul sebati.
5. Celupkn maggi yg sudah dililit tadi ke dalam telur dan goreng hingga warna keemasan.
6. Siap untuk dinikmati.
Selamat mencuba! - CARI

multinicky Publish time 8-3-2018 12:09 PM

patut lilit dg hotdog cheese..brlh sedap..ade byk texture gittew..

Nenasketum Publish time 8-3-2018 12:13 PM

Dah la memacam orang ngata maggi dari tak hadam dalam perut dsbnya. Yang nyata sodium content quite high. Dah deep fry macam tu, gud luck yerk dik. Moderation is key (mode konsultan kesihatan)

Joannalee Publish time 8-3-2018 02:54 PM

Pelik2 Sgt...

mizruncing Publish time 8-3-2018 05:27 PM

npk sedap pulak. tp utk kesihatan tak blh nk komen

drivethru Publish time 8-3-2018 06:52 PM

Adik beradik murtabak maggi.

ninja boy Publish time 8-3-2018 08:53 PM

2 kali kerja, tak jimat masa, 5 minit dah jadi setengah jam

missDollie Publish time 8-3-2018 11:29 PM

:lol::lol::lol:

Terus tak jadi nak buat.. (buat ke masalahnya..;P )

pearl.silver Publish time 12-3-2018 10:27 PM

Baru ni perasan yg shin ramyun tu xde msg
Boleh la mkn selalu..hoho
I klu nk sgt mkn megi, i amik perencah dia je pastu masak ngn makaroni..sbb i tak puas hati mkn mi megi ni cepat lapar semula

anno_miss Publish time 23-5-2018 12:33 AM

Kreatif nyer la..

MariaClara Publish time 23-5-2018 12:50 PM

baik buat murtabak megi trus sng xyah nk lilitsegala {:mlproud:}

MissVixen Publish time 23-5-2018 11:04 PM

Tiru yindon. Ada nampak video diorg jual benda ni. Rp2k secucuk

Owlknight Publish time 24-5-2018 06:54 AM

Nenasketum replied at 8-3-2018 12:13 PM
Dah la memacam orang ngata maggi dari tak hadam dalam perut dsbnya. Yang nyata sodium content quite...

Betul. Semalam pun nampak di fb. Ade orang share air konon lebih sedap dari SB. Mane la tak sedap, letak milo, letak nutella, letak nescafe mocha 3in1, letak susu pekat etc. Ni bukan resepi kalah SB. Ni resepi diabetis. Hmmm.

sapasapa Publish time 14-5-2021 05:42 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

Thealisyayusuf Publish time 4-2-2023 12:08 AM

Tq for the recipeee
Pages: [1]
View full version: Kreatif, Memang Kena Cuba Maggi Lilit Tom Yam. Patutlah Viral, Sedap Gila..


ADVERTISEMENT