Cari-Nora Publish time 8-3-2018 11:25 AM

Syurga Dunia Di Filipina, Pulau Coron Dah Memanggil Tu!

Filipina ternyata memiliki syurganya sendiri. Salah sebuah pulau umpama syurga dunia terletak di Filipina dan dikenali sebagai Pulau Coron.


Coron adalah pulau kecil di Palawan, Filipina yang boleh dicapai kurang dari satu jam penerbangan dari kota Manila, ibu kota Filipina.


Sejak awal perjalanan lagi anda boleh melihat gugusan-gugusan pulau di Palawan yang sangat menawan dari atas kapal.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/07/195045qtcdbn6vizqdvyek.jpg
Foto:Facebook


Selain Coron, Palawan juga memiliki Pantai El-Nido dan sungai bawah tanah yang terletak di Puerto Princesa, Palawan.


Jika anda tidak mempunya lesen menyelam anda boleh snorkeling pada hari pertama anda menjejakkan kaki di Coron.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/07/195045rkkluu8tq0ogdd1p.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/07/195044tl26kbazo5lyfzsb.jpgFoto:Facebook





Antara kawasan sesuai untuk snorkeling ialah Kayangan Lake, Blue Lagoon dan juga Siete Pecados. Aktiviti snorkeling di sini sungguh menyenangkan kerana tiada ombak ganas hasil daripada bentuk mukabumi Coron yang dikelilingi bukit-bukit yang tinggi.


Selain snorkeling anda boleh menghabiskan masa bersantai di pantai-pantai seperti di Banol Beach, Coral Garden dan Sunkenship. Sunkenship adalah kapal perang Jepun yang tenggelam di dasar laut. Kapal perang itu masih gah meskipun sudah dikerumuni banyak terumbu karang.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/07/195045y4moqohrwksrriqw.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/07/195044es34nmbjj122sm90.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/07/195044un0g0w48qt0gww4w.jpgFoto: Facebook





Memburu matahari terbenam juga merupakan aktiviti wajib jika anda ke pulau. Ia boleh dilakukan di Mt. Tapyas.


Hanya dengan mendaki 700 anak tangga anda dapat menyaksikan keindahan Pulau Coron dari puncak bukit Tapyas.Ada banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Coron. Nak tahu lebih lanjut, datanglah sendiri ke Coron! -CARI

moonbug Publish time 8-3-2018 12:26 PM

Cantiknya

Artemesiaa Publish time 8-3-2018 12:39 PM

Palawan memang cantik.Gigih betul Filipina promote pulau2 yang ada dinegaranya sejak dua menjak ni, nak2 sejak gunung agung di Bali mula meletus.

ChestnutRed Publish time 8-3-2018 03:20 PM

cantiknya tempat nie

epis Publish time 8-3-2018 04:25 PM

Cantiknya... beznye klu ade direct access dari kl, dan klu senang nk cari mknn halal kt situ..

Amalinarazi Publish time 22-5-2018 01:10 PM

Cantiknyaaaa

adnil Publish time 24-5-2018 02:26 PM

Halal Stall in Coron

korokure Publish time 26-5-2018 09:19 PM

sungguh cantik, masyaAllah!

vanillaninja Publish time 28-5-2018 11:54 AM

Cantiknya! Any forumners dah pernah sampai sana?
Pages: [1]
View full version: Syurga Dunia Di Filipina, Pulau Coron Dah Memanggil Tu!


ADVERTISEMENT