Cari-Azza Publish time 7-3-2018 01:00 PM

Menu Kampung Dalam Talam - Kena Ke Taiping Lah Mengkome!

“Nasi talam? Apa tu ibu?”
Mungkin soalan inilah yang ditanyakan generasi Y dan Z yang tidak mengenali lagi makan berhidang gaya orang dulu-dulu.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/05/183005ck3j3ch715kpty9h.jpgHidangan yang 'rare'


Walhal nasi talam ini sangat popular di mana-mana kenduri perkahwinan, majlis tahlil dan apa jua majlis yang membabitkan acara makan-makan sebelum era penjajahan Jepun lagi.

Orang dulu kan bahasanya berhalus dan berseni – dengan nasi dan lauk-pauk diletakkan dalam pinggan lalu dihidang kepada 4 hingga 5 orang makan, terserlah kelembutan menghormati tetamu sekaligus mengelakkan pembaziran berbanding hidangan katering seperti sekarang.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/05/183005ojfzrb43vj84jbj8.jpgSambal pun 2 jenis


“Tapi, dah takda hidangan ni sekarang.”
“Eh! Adalah di Rumah Makan Nasi Talam Taiping.”

Jadi, anda yang tidak sempat merasai stail orang dulu-dulu makan bolehlah ke sini untuk menikmati makanan kampong yang rasanya sangat ‘rare’.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/05/183005gk35kfll0flbkbkb.jpgMenu kampung dalam talam - Kena ke Taiping lah mengkome!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/05/183005yfo21fb9afgob21g.jpgMenu kampung dalam talam - Kena ke Taiping lah mengkome!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/05/183005bbn5v76gzgv33n36.jpgBanyak menu - ia ditukar setiap hari



Dengan setalam dihidang kepada 4 orang, antaranya ialah nasi putih, patin masak tempoyak, gulai daging dan kentang, telur masak kurma, kerabu pucuk kaduk, sambal tomato, sambal belacan, ulam selom dan sejug sirap terasa-rasa kesegaran masakan kampong di tekak. Malahan semua ini boleh didapati dengan harga RM20 sahaja!

Kalau anda rasa tak cukup menu talam, tiada masalah, ada sahaja menu tambahan seperti masak lemak cili api pucuk ubi, keli goreng sambal, ayam goreng sambal, ayam barbeku, keli bakar, talapia bakar, ikan sardin goring, kerisi masak asam, tempe dan jering sambal goring, kembung masak lemak cili api, cencaru sumbat sambal, sup kaki ayam dan macam-macam lagi lah.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/05/183021s3hv3ei3jisiemi3.jpgMenu kampung dalam talam - Kena ke Taiping lah mengkome!


Dengan menu bertukar setiap hari, nampaknya pelanggan yang datang pun takkan jemu untuk datang setiap hari.

Jadi, bagi anda yang mahu merasa masakan kampong dalam talam, bolehlah ke:

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/05/183021g6uf1o6jy28qq6qm.jpgMenu kampung dalam talam - Kena ke Taiping lah mengkome!


Rumah Makan Nasi Talam,
Desa Assam Permai,
Jalan Pokok Assam,
Taiping, perak
Waktu perniagaan 11 pagi - 4 petang (Jumaat Tutup)
FB : Rumah Nasi Talam Taiping - CARI

CardiGans85 Publish time 7-3-2018 01:37 PM

Br2 ni ade kenduri kt rumah saudara kt sabak bernam, mak cik sy request buat style mcm ni. Rs kembali ke thn 90s..best.

rospinki Publish time 7-3-2018 02:32 PM

weee..bestnya:loveliness:

saviour_09 Publish time 7-3-2018 03:56 PM

nasi talam
seronok makan macam ni
even 2,3 lauk simple tapi bila makan beramai
berebut2 jugak!

UsuFie Publish time 7-3-2018 03:57 PM


sedapnya menu dia...

bloodyamuk Publish time 8-3-2018 08:39 AM

perghhh sedap plak tengok gambar

vanillaninja Publish time 8-3-2018 09:15 AM

Bestnya lauk2 kampung!

KuewTeuwKungFu Publish time 17-4-2018 09:18 PM

Mak aiiii...lauk cenggini brtmbh2 mkn ni

Thealisyayusuf Publish time 4-2-2023 12:17 AM

Tq for the recipeee

Lengkong Publish time 6-2-2023 09:36 PM

Ada lagi ka kat Taiping nasi talam ni.

Mamason Publish time 15-5-2023 04:12 PM

Uisshh bestnya.. teringat zaman mak2 dulu. Kalau kenduri gini lah style nya.. best betoi.

Lalacumil Publish time 26-9-2023 03:34 PM

penah try, rasa ok2 jela

haprak4042 Publish time 30-9-2023 07:47 PM

teringat zaman2 kenduri ade arwah atuk and nenek..rindunyaaa

diane_enaid Publish time 5-10-2023 07:17 PM

Sedapnya menu dia
Pages: [1]
View full version: Menu Kampung Dalam Talam - Kena Ke Taiping Lah Mengkome!


ADVERTISEMENT