easicircle Publish time 5-3-2018 03:12 PM

Sakit Kepala? Kenali Apa Puncanya?

Alahan dan Sinus
Ada di antara individu kerap mengalami sakit kepala berpunca daripada alahan. Pening atau sakit kepala boleh tercetus akibat daripada sinus atau alahan kepada persekitaran yang mampu mencetus sakit kepala. Pening atau sakit kepala kepada alahan akan menyebabkan mata berair, mata gatal dan sakit yang biasanya dirasai diseluruh kepala dan muka.
Caffeine Withdrawal
"Caffeine withdrawal" kebiasaannya diakibatkan oleh pengurangan pengambilan kafein dengan mendadak. Hal ini berlaku kerana apabila peminum kafein tegar yang cuba u ntuk mengurangkan pengambilan kafein dalam menu hariannya boleh menyebabkan tekanan darah menurun dan menyebabkan pengaliran darah terus turun dari kepala. Malah, kebiasaanya ia akan bermula di bahagian mata kemudian berpindah ke bahagian hadapan kepala.

Migrain
Migrain adalah salah satu jenis sakit kepala yang kerap menyerang seseorang. Kesakitan migrain kebiasaanya dirasai di sebelah bahagian kepala sahaja. Migrain juga sering kali berpunca daripada bunyi, bau yang terlalu kuat. Malah, jika seseorang itu terdedah dengan cahaya yang begitu terang juga boleh mencetuskan serangan migrain yang mampu berlarutan serta boleh menghalang aktitviti harian.

Stres
Antara simptom-simptom yang menyebabkan punca tekanan apabila anda mula mengalami ketegangan di bahagian leher dan sering sakit di bahagian kiri kepala, dan belakang kepala. Ia berpunca akibat stres yang boleh berlaku pada bila-bila masa dan adakalanya menyebabkan kesukaran untuk tidur. Sering berpunca akibat dari bunyi, bau yang terlalu kuat dan cahaya yang terlalu terang.

Elle_mujigae Publish time 31-8-2018 03:07 AM

kita sakit kepala bila skip breakfast..eat a little lunch..pastu petang tu terus pergi workout...masa kat crosstrainer buat warm up je tapi kepala dah start sakit...:dizzy:   lesson learnt...
my bad habit lately suka postpone makan...nak makan je kata nanti la nanti la..last2 dah petang...huhu...

mamakylekelvin Publish time 1-9-2018 11:28 AM

Ohh.. Makna nya sakit kepala sebab stress la yer.. Sbb selalu ingt migrain.. Sakit kepala bahagian kiri dan ke belakang kepala.. Lps tu mendarat ke bahagian mata.. And akan berlarutan seminggu sakit kepala.. Pernah check tekanan darah.. Mmg low.. Pernah mencecah 98/60 saja

easicircle Publish time 14-9-2018 04:57 PM

Elle_mujigae replied at 31-8-2018 03:07 AM
kita sakit kepala bila skip breakfast..eat a little lunch..pastu petang tu terus pergi workout...m ...

Ini sakit kepala sebab masuk angin dah perut tu. Makan kena jaga and on time especially bila petang or malam nak workout. So bila badan takde energy boleh sakit kepala and collapse. Please jaga waktu makan tu yer :)

easicircle Publish time 14-9-2018 04:59 PM

mamakylekelvin replied at 1-9-2018 11:28 AM
Ohh.. Makna nya sakit kepala sebab stress la yer.. Sbb selalu ingt migrain.. Sakit kepala bahagian k ...

Banyak berfikir eh? Kadang kadang boleh jadi migraine and kadang kadang akibat stress. Kenali punca dan cuba atasi sebagai contoh elakkan makanan mengandungi msg, cukupkan tidur, exercise, jaga waktu makan itu semua mampu bantu elakkan migraine

mamakylekelvin Publish time 15-9-2018 07:48 AM

easicircle replied at 14-9-2018 04:59 PM
Banyak berfikir eh? Kadang kadang boleh jadi migraine and kadang kadang akibat stress. Kenali punc ...

Tidur mmg cukup.. Makan x jaga.. Berhadapan dgn komputer everyday.. ..customer lagi.
Pages: [1]
View full version: Sakit Kepala? Kenali Apa Puncanya?


ADVERTISEMENT