Cari-Faizal Publish time 5-3-2018 11:51 AM

Siapa Kata Bulan Madu Hanya Di Oversea? Lokasi Mewah Di PD Ini Pasti Buat Anda T

Bercuti selepas memeterai janji sehidup semati adalah sesuatu yang diidamkan oleh setiap pasangan yang baru sahaja berkahwin. Tentu sahaja percutian berbulan madu akan menjadi momen-momen indah yang bakal tersemat di dalam kotak memori dan menjadi ingatan sepanjang hidup dalam alam rumah tangga.

Kini sangat banyak lokasi ataupun destinasi yang anda boleh masukkan dalam list anda untuk pergi berbulan madu bersama yang tersayang. Malah di Malaysia pun 'berlambak' senarai yang ramai tak tahu pun, atau terlepas pandang.

Bagi anda yang inginkan percutian dengan suasana romantik dengan dikelilingi pemandangan air laut yang mendamaikan, Lexis Hibiscus Port Dickson mungkin tempat yang anda boleh tuju. Ya, hanya di Port Dickson tapi jangan pandang sebelah mata ya!


Ini sebab-sebabnya...

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/05/095735jk3l7czl7xnsz9x7.jpgFoto: Google


Keindahan Selat Melaka



Jika anda nak tahu, resort ini menawarkan beberapa pakej bilik dan yang paling menarik adalah Panorama Pool Villa yang mengadap ke laut lepas. Tinggal di bilik ini pasti membuat pandangan anda bebas ke laut lepas sambil disapa angin dari Selat Melaka.

Terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, Lexis Hibiscus Port Dickson merupakan resort berkonsep moden yang menghidangkan pemandangan dan pengalaman luar biasa yang pastinya.


Nah lihatlah sendiri binaan resort yang persis berada di luar negara ini. Kagum gila!

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/05/114943v12ulu10jfb6pub1.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/05/114944jxhm7m3bhxm1fxfs.jpgFoto: pureglutton




Kolam renang dalam bilik.. Biar betul?


Lebih menarik lagi, jika anda dan pasangan anda mahukan privasi untuk berdua sahaja, resort ini turut menawarkan pakej kolam renang di dalam bilik.


Jadi anda boleh berendam dan mandi manda di kolam renang tanpa meninggalkan bilik anda. Anda buatlah apa yang anda mahukan berdua tanpa menghiraukan diintai oleh orang lain. Selamat kan?

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/05/095735niuowfoiyoqqw991.jpgPrivate Pool



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/05/095735d6l5oeoryqoyeoei.jpg


Lihat sendiri hidupan laut dari resort


Selain itu, andai anda terasa mahu menikmati pemandangan di dalam air melalui resort anda, satu tetingkap kaca turut dibina di dalam bilik resort agar anda berpeluang menjenguk ke bawah dan melihat hidupan laut yang berenang bebas di sekitar resort ini.

Bercakap tentang kelengkapan resort, segala kelengkapan telah di sediakan secukupnya bagi setiap bilik. Anda hanya perlu datang bawa diri, pakaian dan duit untuk makan kerana makanan tidak termasuk di dalam pakej yang ditawarkan.

Alamat : 12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia.

Nah, sekarang tak perlu gusar jika mahu honeymoon dalam negara..di sini pastinya menjanjikan pengalaman terbaik, setanding di luar negara! - CARI

zulka Publish time 5-3-2018 12:04 PM

best tapi...mahal ya robbi :L

CiliPadiSedap Publish time 5-3-2018 12:15 PM

nampak dlm gmbr cantik, bila pg pantai pd standard sungai klang.

kalau nak air laut cantik pg belah2 terengganu

helicornia Publish time 5-3-2018 12:24 PM

ramai tourist china sini

tagas Publish time 5-3-2018 12:54 PM

da stay sky villa deepabali tu hari

superb {:1_152:}

Artemesiaa Publish time 5-3-2018 12:57 PM

Nak kemudahan dan bilik yang cantik kenalah sanggup berbelanja lebih

CardiGans85 Publish time 5-3-2018 01:42 PM

Cantik juga..bole la pi sini ms anniversary nnt.

prettyuglybabe Publish time 5-3-2018 02:46 PM

dapat bilik tak hadap bilik lain best la..
klu dapat bilik nampak bilik lain cam mana nak swim naked ;P

chinta89 Publish time 6-3-2018 08:43 AM

x sabar nk pegi

goss79 Publish time 6-3-2018 11:14 AM

teringin gak nak poie... tapi tabung lum cukup... xkan nak dok semalam je, x sempat kecut nak berendam nanti... hehehehe

fushimi Publish time 6-3-2018 11:36 AM

dah pernah stay sini bagi aku bebiasa je

aku rasa stay kat tengah kl lagi best compare stay kat sini

saladin780 Publish time 6-3-2018 11:45 AM

CiliPadiSedap replied at 5-3-2018 12:15 PM
nampak dlm gmbr cantik, bila pg pantai pd standard sungai klang.

kalau nak air laut cantik pg be ...

actually pd not bad gak, bleh la jugak nampak air membiru..x lah setanding ngan pantai timur or sabah..tp better la dari yg kat slangor nih..kaler teh cair je memanjang:lol:

CiliPadiSedap Publish time 6-3-2018 12:34 PM

saladin780 replied at 6-3-2018 11:45 AM
actually pd not bad gak, bleh la jugak nampak air membiru..x lah setanding ngan pantai timur or sa ...

:lol: kaka trauma kes khinzir je. sbb tu dh 5 tahun pg PD xpernah mandi air situ, setakat rendam kaki acah2 tu adalah. lepas tu basuh xde samak.:'(lepas ni ada ktm pantai timur tu atau pantai barat mesti mudah nak cikcur kt ganu. kalau ada duit nak sangat beli tanah kt ganu dekat pantai:'(

naina Publish time 6-3-2018 10:22 PM

fushimi replied at 6-3-2018 11:36 AM
dah pernah stay sini bagi aku bebiasa je

aku rasa stay kat tengah kl lagi best compare stay kat s ...

Boleh bg idea tak nak stay hotel kl yg best dan affordable? Include swimming pool and breakfast. Also ada dinner..

fushimi Publish time 7-3-2018 11:48 AM

naina replied at 6-3-2018 10:22 PM
Boleh bg idea tak nak stay hotel kl yg best dan affordable? Include swimming pool and breakfast. A ...

kalau hotel aku suka MO

tapibab makan kat hotel semua aku kurang suka kadangkala makanan kureng sedap



afie_m Publish time 7-3-2018 04:20 PM

dah pernah stay kat sini...cuma kolam ja kecik....layanan vip...

redmh Publish time 11-3-2018 01:23 PM

dlm list den hotel ni....setakat dlm list je la....nak poei ntah bila.....ada yg nak sponsor ka?

dubuk Publish time 11-3-2018 06:39 PM

wow! tapi dubuk kedekut

cmf_ultraviolet Publish time 12-3-2018 01:25 PM

cantik juga ye...cuma x berani nak terjun ke laut tu
just tgk pemandangan laut je lah ek

supernaturalee Publish time 3-5-2018 03:13 PM

lexus
best pegi sini
the view...amazing

yup..kind of mahal jgk

Pages: [1] 2
View full version: Siapa Kata Bulan Madu Hanya Di Oversea? Lokasi Mewah Di PD Ini Pasti Buat Anda T


ADVERTISEMENT