rocksteady Publish time 2-3-2018 03:12 PM

Tentera laut Israel bunuh nelayan Palestin



http://www.kosmo.com.my/polopoly_fs/1.617203.1519663027!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_804/image.jpg
SEORANG lelaki memeriksa bot yang dinaiki nelayan Palestin yang terbunuh di pelabuhan Bandar Gaza semalam.





BAITULMUQADDIS – Seorang nelayan Palestin dari Genting Gaza terbunuh kelmarin selepas tentera laut Israel menembak bot yang dinaikinya bersama dua nelayan lain, kata jurucakap tentera Rejim Zionis.
Tentera laut Israel melepaskan tembakan selepas bot itu didakwa tidak mengendahkan amaran dan berada di luar kawasan kebenaran menangkap ikan di utara Genting Gaza, menuju ke Israel.Salah seorang lelaki di dalam bot itu cedera parah dan meninggal dunia tidak lama kemudian.Namun, Persatuan Nelayan Gaza berkata, bot tersebut menjadi sasaran serangan tentera Israel ketika dalam perjalanan pulang ke Gaza.Menurut setiausahanya, Nizar Ayyash, nelayan yang terbunuh dikenali sebagai Ismail Saleh Abu Reyala. Mangsa berumur 18 tahun.Insiden itu mendorong nelayan-nelayan di Gaza untuk mengadakan mogok selama dua hari.Israel mengekalkan kepungan laut ke atas Genting Gaza yang dikuasai oleh pergerakan Islam Hamas. Pekerjaan menangkap ikan merupakan salah satu industri terbesar di Genting Gaza, sebuah kawasan pesisir pantai yang didiami oleh hampir dua juta penduduk.Dalam pada itu, seorang komander tentera laut Israel berkata, pihaknya telah menahan berpuluh-puluh nelayan Palestin dari Gaza sejak dua tahun lalu kerana menangkap ikan di luar kawasan sempadan maritim. – Reuters

Modngengade Publish time 2-3-2018 03:48 PM

yahudi laknatullah.....isi neraka dan kekal di dalam nya

tempur Publish time 5-3-2018 07:19 AM

pak arab lain buat apa ye..gigih nak serang yemen, syria, iraq, libya
Pages: [1]
View full version: Tentera laut Israel bunuh nelayan Palestin


ADVERTISEMENT