Resepi Ayam Butter Telur Masin Paling Simple Dan Sedap
Biasa dengar udang masak butter je kan? Sesekali buat inovasi tukar selera kita buat menu ayam butter pulak. Jom cuba resepi Ciknie mana tau sedap!https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/01/074113cj49zu8fs9ft9j44.jpg
AYAM BUTTER TELUR MASIN
Bahan-bahan
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/01/074113b7q5wp59fppz85o9.jpg
5 ketul ayam – potong kecil
5 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
5 biji telur masin – rebus dan hancurkan yg kuning sahaja
Setengah senduk butter
4 ulas bawang putih- cincang
2 tangkai daun kari
6 @ 7 biji cili padi – hiris
Sedikit susu sejat kalau tak ada boleh saja bubuh air.
Cara-cara membuatnya
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/01/074113vajvyqazfysazaui.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/01/074113zave83p20czohhk1.jpg
[*]Perap ayam kejap dgn tepung jagung dan garam. Goreng dan ketepikan.
[*]Panaskan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau.
[*]Lepas tu masukkan kuning telur masin yang dah dihancurkan. Gaul rata.
[*]Bila dah start berbuih tu masukkan sikit air, perasa, sedikit gula. Dah boleh masukkan ayam dan gaul rata. Siap!
Senang kan? Selamat mencuba.. - CARI
Sedapnyya... lama x makan.buat basah banyak kuah pon marbeles jugak ni{:hooray
Masuk je yg putih sekali. Sayang nk dibuang. Rasanya sedap je. Masih sama. Sedapnye... Alamak.. sedapnya Merembes nok lama tak makan ni. Malas nak buat ;P Bwg putih tu aku nk ganti apa arr..aku memg takleh p dgn bwg Bwg putih tu aku nk ganti apa arr..aku memg takleh p dgn bwg de_ikea replied at 1-3-2018 03:57 PM
Masuk je yg putih sekali. Sayang nk dibuang. Rasanya sedap je. Masih sama.
kalau letak yg putih takyah letak garam dah rasanya
gam_gajah replied at 5-3-2018 01:54 PM
kalau letak yg putih takyah letak garam dah rasanya
Aah tak payah. Butter pun dah rasa salty kecuali lah klo guna unsalted butter de_ikea replied at 7-3-2018 07:00 PM
Aah tak payah. Butter pun dah rasa salty kecuali lah klo guna unsalted butter
kena cuba ni...:)
Haihhh tak sabor pulak aku nak mencubanya balik kerja nanti Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! Tq for the recipeee
Pages:
[1]