Lagi Menu Siam Yang Kecur Liur, Udang Spicy Sweet Sour - Cukup Rasa Segala!
Menu Thailand memang dekat dengan kita rakyat Malaysia sejak dulu kala lagi. Tak hairanlah di ceruk mana sekalipun, pasti ada restoran yang menghidangkan masakan siam sebagai menu utama.Antara yang popular ialah tomyam, kerabu mangga, ikan tiga rasa dan somtam. Tapi pernahkah anda menikmati udang masam manis berempah? Macam susah nak jumpa kan? Kalau ada pun di restoran mewah.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/23/210709jb1rkcc4bacboycx.jpg
Disebabkan itu, ada netizen yang baik hati berkongsi resipi untuk menyediakan menu lazat yang mendapat hampir 2,000 perkongsian di Facebook.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/23/210708gym8ez8oeejslv58.jpg
Resepi Udang Spicy Sweet Sour
-Isi udang yang di celur(kopek tinggal janggut dan ekor sahaja)
-Boleh juga guna aneka makanan laut lain yang dah dicelur
Bahan sos
- Cili padi(jumlah terpulang citarasa - tumbuk hingga lumat)
- 2 biji limau nipis (ambil jusnya)
- Serbuk cili kering kasar (boleh dibeli dikedai)
- Halia muda cincang halus
- Bawang putih cincang halus
- Daun ketumbar cincang halus.
- Gula perang (gula putih pun boleh)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/23/210708fzdnupnowneow9ew.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/23/210653stdad51iti8id2pt.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/23/210638ywgu2585bj2885pu.jpg
Cara membuatnya
1) Gaul sebati semua bahan sos dan perasakan dengan garam.
2) Jika ada sos ikan pun boleh letak, lagi sedap.
3) Gaul dengan udang/makanan laut lain (sos tadi akan meresap ke dalam udang tersebut).
4) Jika mahukan tambahan seperti parutan lobak merah, bawang besar cincang pun boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing.
Jadi, bagaimana? Ada yang sudah menahan air liur nampak? Jom ke dapur. - CARI
Kredit : Qema Fazri menerusi #mahn dah meleleh liur tgk gambo aku banyak kumpul resepi chili paste thailand ni..ada yg utk instant sambal recipe..ada yg sekadar tabur2 atas nasik boleh makan.
chili paste thai ni pon bole buat seafood salads mcm kat atas..just add limau daun ketumbar +chili api siap.
rospinki replied at 27-2-2018 04:42 PM
aku banyak kumpul resepi chili paste thailand ni..ada yg utk instant sambal recipe..ada yg sekadar t ...
susah tak buat cili paste ni? Ni soalan betul ya.
knp tinggal janggut? Aduh terasa2 di mulut syue86 replied at 27-2-2018 06:09 PM
knp tinggal janggut?
Hr tu tgk yg martin yan .. rasanya tinggal ekor je... pastu dia susun dlm bulatan...tgh2 sos. Jd nk mkn pgg kat ekor...cicah sos candybatik replied at 28-2-2018 11:04 PM
Hr tu tgk yg martin yan .. rasanya tinggal ekor je... pastu dia susun dlm bulatan...tgh2 sos. Jd n ...
tu lah bese tgk org tggal ekor je..janggut2 ni hilang
kecur nya tgk....pedas2 mst sedapppp Dapnyehhhh...
Nk buatt Kecur air liuq weh tgk Cari-Azza replied at 27-2-2018 05:49 PM
susah tak buat cili paste ni? Ni soalan betul ya.
susah sikit je. yg penting bahan2 kena ada sprt cili kering dari 2 jenis satu cili kering jenis besar dan lebor dan cili kering jenis kecilbawang putih. tak igt ada bhn lain lagi..proses termasuk mensangaikan bahan sprt bwg dan cili..diblend halus kmudian dia masak hingga jadi pes bersma rempah dll.
maaf tt lambat reply:bye:
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! Resepi yg menarik dan senang di buat Tq for the recipe
Pages:
[1]