Cari-Nurulain Publish time 26-2-2018 02:28 PM

Gucci Semakin Pelik, Suruh Model Kelek Kepala Sendiri Pula!

"Apa tu? Adakah itu kepala!?"



Menurut Chicago Tribune, pertunjukan fesyen jenama Gucci dengan tema Cyborg di Milan, Itali baru-baru ini sememangnya menarik perhatian ramai kerana 'keunikannya'!

Mana taknya, jenama fesyen gergasi itu menampilkan barisan model yang memperagakan koleksi terbaru mereka sambil mengendong replika kepala mereka sendiri.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/26/140314lqg5c9nq11pmc978.pngFoto: Mirror




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/26/140315x999dfk9lmw50f1m.pngFoto: METRO




Pelik? Ya, ia sangat pelik walaupun unik dan lain dari lain! Pertunjukan itu menampilkan koleksi terbaru bagi musim luruh/sejuk 2018 hasil reka cipta pengarah kreatifnya iaitu Alessandro Michele.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/26/140447xd0rergky7777zyz.jpgFoto: Mirror




Apa yang pasti, sudah tentu penonton menoleh dua tiga kali kerana tak percaya dengan mata sendiri.

Pertunjukan fesyen dari Gucci kali ini memang pelik-pelik! Selain replika kepala, model mereka turut membawa beberapa elemen misteri lain seperti ular dan naga, lapor METRO.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/26/140317ian62l62g67e676q.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/26/140316sbqfiz66zb6do6pu.jpg



Malah, turut menarik perhatian ramai adalah model bermata tiga serta penggunaan serban yang dipakai lelaki Sikh.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/26/140939lthrjvqvvtjjri0w.pngFoto: METRO




Malang bagi Gucci, penggunaan serban berkenaan sebagai aksesori fesyen mendapat kecaman hebat daripada orang ramai terutama penganut Sikh.


Betullah orang kata, kalau nak berfesyen tak boleh malu-malu. Kena percaya diri dan intuisi fesyen. Biar pelik, asalkan yakin! Tapi, tak melampau ke bagi anda? - CARI

beeeee Publish time 26-2-2018 02:30 PM

uish apeni scary nya berfesyen

shernazz Publish time 26-2-2018 03:08 PM

Iols suka beg singh tengah tu kelek
Iols is berkenannn

mieymiey Publish time 26-2-2018 03:13 PM

Tak sanggup iols :shakehead3:

mizruncing Publish time 26-2-2018 03:24 PM

eeiiii makin ridiculous

kikiharris Publish time 26-2-2018 10:09 PM

apsal air muka masing2 macam penghuni Asylums mental hospital. iols bukan kutuk paras rupa sebab model2 terkenal pon selalu muka biasa2 je pon.
tapi sebab semua muka pucat + pegang plak patung kepala sendiri..adoiii! kot ya pon nak creative

Revolver Publish time 26-2-2018 11:06 PM

kelainan sangat la tu... nampak mcm ilang akal adalah

vanillaninja Publish time 27-2-2018 11:08 AM

Amboi siap ada dragon. Game of Thrones sangat :lol:

Artemesiaa Publish time 8-4-2020 05:08 PM

Makin mengarut nak kata sambut Halloween pun lambat lagi

BoLapciOus Publish time 8-4-2020 06:47 PM

Ap pendapat anna wintour agaknye an..

WalkerLeon Publish time 14-1-2023 04:37 PM

You can apply to your local fashion week by having a fashion line of 14 outfits. In the USA: New York, Los Angeles and San Francisco all have fashion weeks Gucci. These fashion weeks attract many editors, journalists and local socialites who will see your fashions and potentially give you the exposure you need to get known.
Pages: [1]
View full version: Gucci Semakin Pelik, Suruh Model Kelek Kepala Sendiri Pula!


ADVERTISEMENT