Cari-Azza Publish time 23-2-2018 11:40 AM

Pantai 'Rare' - Boleh Sampai Tersepak Cangkerang Dan Tapak Sulaiman Gamaknya..


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/22/090851fbfllk1l03fcc5ff.jpg


Bayangkan anda berjalan di persisiran pantai dan berangan-angan sambil menguis pasir, namun apa yang terjadi ialah bukannya pasir yang disepak… tetapi cengkerang, tak pun tapak sulaiman!

Itulah yang berlaku di Shell Beach, Western Australia dan juga Starfish Beach, Phu Quoc Island, Vietnam.

Wow! Macam tak percaya pula dengan keajaiban alam ini.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/22/090254v1btz1jt06t2q166.jpg


CENGKERANG GANTIKAN PASIR PANTAI!

Dari jauh pabila dipanah mentari, jelas nampak rona putih jutaan cengkerang yang memenuhi daratan dan pesisir pantai.

Terletak di Shark Bay Road, Western Australia, lokasi ini tidak begitu mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia yang lebih bertumpu di bandar-bandar yang lebih gah seperti Sydney, Gold Coast dan Melbourne.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/22/090254kzffhsxsrha2vsvv.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/22/090254uiryawz1ynwnr36n.jpg


Dipercayai tahap kemasinan air laut yang tinggi menyebabkan tiada pemangsa sekaligus menjadikan kerang membiak secara tidak terkawal.

Patutlah ia jadi pantai yang rare.

https://www.facebook.com/mustdotravels/videos/pcb.498842297208857/498842143875539/?type=3&theater

TERJUMPA ‘PATRICK’ BERSEPAH DI LANTAI

Hal yang sama juga berlaku kepada pulau Phu Quoc di Vietnam dengan ‘Patrick’ dalam siri kartun Spongebob Squarepant boleh dijumpai dengan banyaknya di persisiran pantai.

Keajaiban alam kan?

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/22/090007m7p4hpuh2kq2pkkq.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/22/090030szab9bz11r0zpr9r.jpg


Lagi pula, pantai kecil ini baru sahaja dijumpai jauh nun di bahagian timur daripada Pantai Rach Vem pada tahun 2014.

Biarpun kecil, pemandangannya sungguh menarik dengan deretan pokok kelapa yang buahnya sebesar lengan lelaki dewasa, angin segar menampar pantai dan paling penting airnya jernih hinggakan anda akan nampak bintang pecah lima warna merah – pastinya itu adalah tapak sulaiman yang diperkatakan.

https://www.facebook.com/mustdotravels/videos/pcb.500610987031988/500609900365430/?type=3&theater

Jika anda dah bosan dengan kota bandar seperti Sydney atau Ho Chi Minh bolehlah meneroka kedua-dua pantai di atas. Ia satu pengalaman yang indah kan? - CARI

prettyuglybabe Publish time 23-2-2018 11:42 AM

cantiknya.. tak bahaya ke pegang tapak leman?

shernazz Publish time 23-2-2018 12:05 PM

prettyuglybabe replied at 23-2-2018 11:42 AM
cantiknya.. tak bahaya ke pegang tapak leman?

Ada yang x bahaya
Kat aquaria ada tapak.leman cenggini iols.pegang...tapi.kaler kelabu...
Hoho...

prettyuglybabe Publish time 23-2-2018 12:08 PM

shernazz replied at 23-2-2018 12:05 PM
Ada yang x bahaya
Kat aquaria ada tapak.leman cenggini iols.pegang...tapi.kaler kelabu...
Hoho.. ...

ooo.. tak semua jenis beracun la ye..

RatuDunia94 Publish time 23-2-2018 12:19 PM

Tp nanti kalo dh ramai yg pergi jahanam gak tempat ni.. Yg tapak sulaiman tu pon habis or mati..

myakayina Publish time 23-2-2018 12:31 PM

yg vietnam tu.. cantiknya la..

saviour_09 Publish time 23-2-2018 12:43 PM

subhanallah
cantik
meriah dengan cengkerang!

AbukRokok Publish time 23-2-2018 12:48 PM

aku nk pg.. aku nak jahanamkan tempat tu :lol:

shernazz Publish time 23-2-2018 01:18 PM

prettyuglybabe replied at 23-2-2018 12:08 PM
ooo.. tak semua jenis beracun la ye..

Yezza
Yang cm.dlm.pic.tu iols.pegang
Geli.rasa tp dia xde respon apa.pung..hahaa

devilito2 Publish time 23-2-2018 03:35 PM

banyaknya Patrick.... :)

nisako Publish time 23-2-2018 05:04 PM

cantiknye.................

Artemesiaa Publish time 23-2-2018 06:14 PM

Yang kat Vietnam tu pasti makin ramai yang datang nanti

ariean Publish time 23-2-2018 11:31 PM

subhanallah, cantiknye...
nk gi la kat tmpt tu, nk susun tapak sulaiman bior jd tembok...{:smileo

nuralisa Publish time 26-2-2018 11:35 AM

boleh luka2 tapak kaki kalau lalu kat shell tu...

sapeka Publish time 1-3-2018 09:02 AM

lawanya....
tapi sakit kaki la kalau jalan berkaki ayam

@chik Publish time 1-3-2018 08:17 PM

Kalau satu dua je tapak sulaiman tu nampak la kiut, bila banyak camtu jadi geli plak

Catpaw Publish time 17-3-2018 11:40 PM

Cantik tapak seleman banyak2 dlm air tu. {:childlike. {:love

Ambola Publish time 26-3-2018 12:05 PM

Sea shells by the seashore

aunisofia Publish time 10-4-2018 04:14 PM

subhanallah
sangat cantik

limau_lemon Publish time 11-4-2018 11:01 AM

bole pegang ke Patrick ni ? bole jadi tempat honeymoon woo ..
Pages: [1]
View full version: Pantai 'Rare' - Boleh Sampai Tersepak Cangkerang Dan Tapak Sulaiman Gamaknya..


ADVERTISEMENT