Cari-Zai Publish time 22-2-2018 11:29 AM

Kafe Ini 'Ambil' Peluh Sebagai Bayaran, Uniknya Bersenam Untuk Makan!

Pernah tak terfikir mahu membeli makanan tanpa mengeluarkan duit? Bukan bermaksud mendapatkan makanan percuma, cuma kita guna bayaran alternatif seperti melakukan sesuatu sebagai bayaran.


Kalau anda masih belum tahu, kafe 'fitness' pertama di dunia telah membuka 'pop up cafe' di Covent Garden, London. Menurut METRO, di sini senaman diterima sebagai pembayaran.

Maknanya, mereka'menerima' peluh sebagai 'duit'. Ia dibuka oleh syarikat David Lloyd Clubs yang memiliki rangkaian kelab penjagaan kesihatan di seluruh UK dan Eropah.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/31/073547nd9ts81g4ohy7qc1.jpgTercatat masa senaman di bil makanan. Unik betul!



Idea ini tercetus kerana pekerja di pejabat kebiasaannya menghabiskan 90 peratus masa dengan hanya duduk menghadap skrin komputer di meja. Kerana sibuk, mereka hanya bergerak ke bilik air atau ke kedai berdekatan untuk makan tengah hari. Malah, ada juga yang memesan makanan untuk dihantar terus ke meja. Jadi, elok juga habiskan sebahagian waktu makan tengah hari dengan membuat senaman.


'Sihat' dapat, makanan pun dapat!




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/31/073622yafaamezuu2aamcm.jpgKafe yang beroperasi selama 3 hari selama 3 jam saja



Untuk mendapatkan burger daging siat, pelanggan perlu membuat dua minit senaman mendayung, satu minit plank, tiga minit berputar, satu minit crunching, satu minit mencangkung dan disudahi dengan dua minit mendayung. Masa rehat 30 saat diberi di antara setiap set senaman.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/31/073735p5q8pb90ba30an9n.jpgBersenam dikatakan dapat kurangkan stres kerja



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/31/073805ibynk2xj0zttn444.jpgAntara makanan yang disediakan di situ



Pendek kata, anda boleh tukar kalori dengan makanan. Untuk melayakkan anda mendapat makanan, kenalah buat senaman sekurang-kurangnya selama enam minit. Kalau nak makanan lebih, kena bersenam lebih lama. Mudah saja konsepnya.


Ada tortilla gulung, burger dan salad yang tentunya menyihatkan!




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/31/073841hyy4y4ynnswvn9se.jpgKonsep menarik untuk kekal lebih sihat
Foto: cvr-smartrestaurants







Tak perlu bawa duit ke pejabat. Buat senaman, dapat makanan. Bila agaknya ada kafe begini di negara kita? - CARI




sabar_sabariah Publish time 22-2-2018 11:45 AM

menariknya...

beeeee Publish time 22-2-2018 11:48 AM

best best

helicornia Publish time 22-2-2018 12:42 PM

pengunjung mmg le untung. tp owner cekau mana duit utk rolling modal?

paz Publish time 22-2-2018 03:02 PM

Sukanya kalau ada cafe macam ni.

Artemesiaa Publish time 22-2-2018 03:43 PM

Bagus ideanya tu, tapi kalau dibuat disini belum tentu akan dapat sambutan,Sebabnya ramai yang jenis makan pun mintak orang belikan.Lepas makan gigih memasing baring2 berjemaah dalam surau tang mananak bersenamnya entah

biozipstar Publish time 22-2-2018 04:22 PM

untung sgt kalau kat msia.. stp masa aku gi situ

Sazida Publish time 22-2-2018 05:31 PM

helicornia replied at 22-2-2018 12:42 PM
pengunjung mmg le untung. tp owner cekau mana duit utk rolling modal?

Ade la tu hidden charges yg tak dinyatakan. Mana la tau kena byr pakej monthly ke apa. Yelaa ibarat mcm gym la gk tuu. Cuma tmbh ada mknan jerr

Cari-Zai Publish time 22-2-2018 10:41 PM

helicornia replied at 22-2-2018 12:42 PM
pengunjung mmg le untung. tp owner cekau mana duit utk rolling modal?

'Tawaran' ni hanya untuk 3 hari, selama 3 jam sehari (bukan setiap bulan pun). Pada hari-hari yang lain, ia berfungsi seperti biasa, jual makanan ikut harga yang ditetapkan.

Cari-Zai Publish time 22-2-2018 10:43 PM

Sazida replied at 22-2-2018 05:31 PM
Ade la tu hidden charges yg tak dinyatakan. Mana la tau kena byr pakej monthly ke apa. Yelaa ibara ...

Tiada hidden charges. Offer ni utk 3 hari, selama 3 jam aje. Bukan setiap bulan pun. Kafe ni banyak cawangan di UK. Yg buat tawaran ni pun salah satu outlet aje. Mungkin nak try, kalau dapat sambutan boleh diorang buat selalu.

chilliqueen82 Publish time 23-2-2018 08:18 PM

{:cryrun kena senaman dulu baru bole order makan

Foxey Publish time 21-8-2018 11:29 AM

eeeeeiiyyy... cool. bagus kalau ada kedai macam ni kat sini.

Hizert Publish time 30-6-2022 11:28 AM

Pehh, restoran ni kalau pandai boleh buat income crypto, pelanggan yang berpeloh dapat makan diorang bagi makan je dapat bayaran in crypto. win-win

kaknedorzi Publish time 19-7-2023 04:52 PM

I have a mission that I’m just now working on, and I have been at the look out for such informationchathub

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 01:04 AM

nak jg pg cafe mcm ni. ahaha pas eksesais trus makan hahahaha
Pages: [1]
View full version: Kafe Ini 'Ambil' Peluh Sebagai Bayaran, Uniknya Bersenam Untuk Makan!


ADVERTISEMENT