Cari-Nora Publish time 21-2-2018 10:36 AM

Tiada Alasan Tinggal Sarapan Pagi Lagi, Roti Omelette Senang Je Nak Buat

Bagi mereka yang mempunyai rutin harian yang sibuk, kadangkala nak bersarapan pun tak sempat. Walhal sarapan pagi sangat penting sebelum memulakan hari.


Kali ini kami nak berkongsi resipi sarapan pagi, Roti Omelette yang mudah untuk disediakan.


Anda boleh menyediakan bahan-bahan yang perlu sehari sebelum kemudian pada keesokan paginya, campakkan saja dalam kuali mengikut arahan di bawah ini!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/21/102828esb7be9tztbgdxtp.jpg






Bahan-bahan


1/2 cawan bawang Holland, dipotong dadu
1/3 cawan lada benggala, dipotong dadu
1/3 cawan kepingan ayam, dipotong dadu
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak zaitun
2 biji telur
2 sudu besar susu
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 kepingan roti (roti tebal lebih sesuai)
3 sudu besar parutan parmesan


Cara penyediaan:


1. Campurkan potongan kepingan ayam dan sayuran bersama garam dan lada hitam.


2. Masak campuran tadidengan menggunakan minyak zaitun.


3. Tepikan dan dengan menggunakan kuali yang sama, letak mentega. Kacau telur dan susu dan letakkan bahan perasa kemudian potong tengah-tengah bahagian roti.


https://www.facebook.com/1781736778715043/videos/2082101635345221/


4. Letakkan ‘bingkai’ roti dalam kuali kemudian dengan menggunakan sudu, letakkan bahan campuran sayuran dan ayam di tengah-tengah roti.


5. Sekarang letakkan pula telur yang telah dipukul bersama parutan keju. Gunakan spatula atau senduk untuk meratakan bahan kemudian setelah 3 minit letakkan bahagian tengah roti tadi di atasnya.


6. Terbalikkan roti dan tunggu lagi 3 minit hingga masak.


7. Sedia untuk dimakan!


Selamat mencuba! -CARI

kimchipedas Publish time 21-2-2018 02:35 PM

Ok nt nk try buat dgn bahan apa yg ada kat rmh ni

saviour_09 Publish time 23-2-2018 12:51 PM

yummy nampak
boleh try!

xdielzx Publish time 25-2-2018 11:01 AM

uuu nampak sedap :D leh try

Mary_jane Publish time 25-2-2018 11:21 AM

Sudahnya grab roti gardenia tu je nanti kan? Weekdays mana lah tak berkejaran. :'(

samasam90 Publish time 1-3-2018 05:53 PM

sempat ke nak masak ayam tu.. dah lah sibuk.. kosser tul menu ne..

sapasapa Publish time 14-5-2021 05:54 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

Thealisyayusuf Publish time 4-2-2023 12:07 AM

Tq for the recipeee

Wheeinout Publish time 28-2-2023 12:24 PM

Boleh cuba nanti tapi nak try guna air fryer lah
Pages: [1]
View full version: Tiada Alasan Tinggal Sarapan Pagi Lagi, Roti Omelette Senang Je Nak Buat


ADVERTISEMENT