zasrfikri Publish time 20-2-2018 07:25 PM

PESERTA THE VOICE THAILAND NYANYI LAGU DIKIR PUTERI NORANIZA IDRIS. RAP DALAM BA

GALAKSI VIRAL - Jika anda peminat lagu Dikir Puteri nyanyian Diva Irama Malaysia/Pop Etnik Noraniza Idris. pastinya anda tahu yang lagu Dikir Puteri sememangnya amat popular di Thailand. Lagu ciptaan Pak Ngah dan liriknya oleh Hairul Anuar Harun sudah popular sejak tahun 1998 lagi. Terdapatbanyak versi lagu Dikir Puteri di Thailand dan kebanyakannya berentak Dance Music remix, Hip Hop Remix dan banyak lagi.

https://1.bp.blogspot.com/-VPosd9AElv0/Wov4MUa1L0I/AAAAAAAADkM/jqak4tOl8oE6aS9ZDUjW-fhF4CDd8qvoQCLcBGAs/s400/DIKIR%2BPUTERI.png

Beberapa tahun lepas, ada sekumpulan peserta tarian Thailand bertanding di dalam pertandingan tarian di negara mereka dengan menggunakan lagu Dikir Puteri sebagai lagu iringan tarian mereka. Terbaru, rancangan popular Thailand iaitu The Voice Thailand juga turut menampilkan lagu yang sama apabila peserta pertandingan ini iaitu Pathita dan Saran menyanyikan lagu Dikir Puteri dengan caranya tersendiri. Walaupun ada pelat Siam dalam nyanyian mereka, namun, persembahan mereka dengan siap berpakaian baju kebaya dan baju Melayu ini sangat mengagumkan dan patut diberi pujian. Lebih menarik lagi, rap dalam Bahasa Thailand turut dinyanyikan di dalam lagu ini sebagai satu bentuk improvasi kepada persembahanhebat mereka. Kumpulan tarian yang mengiringi persembahan iniialah Kumpulan Dikir Hulu Selatan Thailand.

Jika mahu baca dengan lebih lanjut, boleh rujuk sumber rujukan ini >> The Voice Thailand Dikir Puteri

munahjolie Publish time 20-2-2018 07:44 PM

wow {:1_152:}

buragazz Publish time 21-2-2018 10:05 AM

Lagu DSCT Nirmala Popular di Indon.. Lagu Kak Ani Dikir Puteri Mendonia di Siam.. Tahniah
Pages: [1]
View full version: PESERTA THE VOICE THAILAND NYANYI LAGU DIKIR PUTERI NORANIZA IDRIS. RAP DALAM BA


ADVERTISEMENT