Magnum8 Publish time 18-2-2018 11:06 PM

Siapa Yang Lebih Dihormati?

Edited by Magnum8 at 25-2-2018 05:44 AM

So I bkk thread ni nak bincang sikit tentang Siapa Yang Lebih Dihormati. Nak tanya sikit pendapat korang.

So story dia simple, between.....
Org A:
'Org Yang Bijak, atau Akademiknya Bagus, Dan Kerjanya Bagus Kemudiannya Tinggalkn Kerjaya Mereka dan Bidang Mereka Semata Ingin Mengejar Impian dan Berjaya'

Org B:
'Pelajaran Biasa2 atau Kurang Kemampuan Dalam Akademik, tetapi Terus Fokus Untuk Mencapai Impiannya dan Berjaya Dalam Usia Yang Muda'

Org A dan B adil pd akhirnya, kecuali org B berjaya awal sikit.

Secara kasarnya, dua2 ada kekuatan dan kelebihan masing2. Tetapi bagi masyarakat di luar sana, bagaimana pula?

Survey I sebelum ni, ade yg sokong cara 'Org A' sbb katanya, 'Tak kira berjaya atau tak dalam mengejar Impian, yg penting Akademik, sebab klau tak berjaya kejar impian, Ada backup plan, Ilmu masih ada, tanak kerja yg lama, boleh jadi cikgu tuisyen kat rumah'

Ada yg sokong cara org B, katanya 'first, tak bazir waktu macam org A, belajar bertahun2 dapat kerja bagus then tinggalkan kerja. Second, seorang yg motivasi tinggi, walaupun Akademik tak seberapa tapi semangat nak capai impian tinggi'

Thats a few lah...Tapi kalau bukak cerita tentang RESPECT...siapa lagi yg dpt respect daripada Penduduk Malaysia? Org A atau B.

P/s anggaplah klau korang nak kena pilih bakal menantu ;P

CardiGans85 Publish time 18-2-2018 11:14 PM

Dua2 dpt my respect. Lgpun, kejayaan bergantung perspektif seseorang.

otai_g Publish time 18-2-2018 11:35 PM

abg terlajak laris aku respek sbb dia ada nilai tmbh.

thn kena kecam bertubi2 setiap hari :lol:

Minami2013 Publish time 18-2-2018 11:42 PM

Kedua nya ok.. sbb ilmu ni tak semestinya dpt drpd formal education.. pengalaman pun bagi ilmu yg berguna.. dari segi duit/kekayaan kita kena percaya kpd rezeki Allah.. ada usaha adalah rezekinya.. kdg duit byk rase tk cukup je.. tp bila duit tak seberapa boleh pulak berlebih..

ninja boy Publish time 19-2-2018 12:44 AM

Edited by ninja boy at 19-2-2018 12:52 AM

kedua2 nya ok la, semua org bejaya tak kira umur ada awal ada lewat, mungkin org x berapa pandai bermain2 semasa zaman kanak tetapi bila dah dewasa tiba2 menjadi rajin kerana wang dan bisnes. dan org pandai ketika kanak2 terlalu sibuk aktiviti sekolah bila sudah dewasa ada kerjaya ada jawatan mula la mau berfoya2 dan bermain2 sambil melihat pekerja bawahan terpaksa rajin utk wang. dan org yg ada bakat luarbiasa tak kira pandai ka bodo ka mmg boleh berjaya jika mempergunakan bakat spt bakat nyanyi bercakap

maaanakautahu Publish time 19-2-2018 10:02 AM

Edited by maaanakautahu at 19-2-2018 10:04 AM

Hidup untuk mendapat keberkatanNYA....inilah yg harus jadi tunjang matlamat hidup Kita atas muka bumiini...dan..bukannya utkdinilai supaya dapatdihormati manusia.
Istilah mencapai kebahagian hidup itu juga ber beza beza antara satu insan dgn insan yg lain....

sarahmirza Publish time 19-2-2018 10:51 AM

Kedua2nya Okay.
Selagi hidup tak menyakitkan hati orang je kerjanya, hidup tak menyusahkan orang je untuk hidup, dia tahu hormat orang lain, then semuanya okay..

ariean Publish time 19-2-2018 11:35 AM

TT, kena pilih salah satu ke?

amal12bh Publish time 19-2-2018 05:33 PM

bukan ke kita patut menghormati semua org? untuk apa kita tentukan siapa lebih siapa kurang. bg saya, setiap org ada kelebihan dan kekurangan masing2. kita hormat mereka atas kemahiran/kepakaran mereka. untuk sifat peribadi mereka, selagi mereka tidak menyusahkan atau mengganggu hidup org lain, x perlu kita nk campur tangan. yg mengganggu tu, boleh la kita tegur sikit2. other than that, just enjoy the show dan ambil pengajaran. jgn ajar anak2 utk suka membanding2 kan. cukupla didik utk buat the very best out of them.

Fimie Publish time 21-2-2018 02:19 AM

yang perlu lebih dihormati dalam ertikata yang sebenar adalah orang yang berjaya dan kaya raya ( tak kira la mcm mana perjalanan hidup dia sebelum dia berjaya tu) DAN menggunakan kejayaan dan kekayaan dia tu untuk menjadikan dan memudahkan orang-orang lain sama-sama berjaya dan kaya raya juga.. di dunia...DAN di akhirat...

onexox97 Publish time 21-2-2018 02:12 PM

saya suka org berusaha gigih dan ada matlamat hidup bukannya org yg suka mengalahkan takdir dan pasrah rela menyerah tanpa berusaha
kedua2 nya mendapat sanjungan dalam masyarakat kita jangan risau
yg dikeji dan dikutuk ialah biawak dan buaya
say no to buaya dan biawak

maaanakautahu Publish time 21-2-2018 03:48 PM

onexox97 replied at 21-2-2018 02:12 PM
saya suka org berusaha gigih dan ada matlamat hidup bukannya org yg suka mengalahkan takdir dan pasr ...

Laki hang dah balik bermastautin dari kampongnya belum??

Papers Semua dah siap filingnya????

:lol:

maaanakautahu Publish time 21-2-2018 03:50 PM

sarahmirza replied at 19-2-2018 10:51 AM
Kedua2nya Okay.
Selagi hidup tak menyakitkan hati orang je kerjanya, hidup tak menyusahkan orang je ...

Then yg ramai org meludah dgn hang...pasal apa pulak odah??

Sebelah mata Tak boleh Pandang hang sokmo, Awat ah??

{:1_552:}

rainbowrainz Publish time 23-2-2018 07:56 AM

semua org kena hormat x kira le siapa pun die...period{:1_222:}

fishcracker Publish time 23-2-2018 08:00 AM

Hormat dua2 asalkan tak membongak
Pages: [1]
View full version: Siapa Yang Lebih Dihormati?


ADVERTISEMENT