Jeffdunn Publish time 16-2-2018 03:21 PM

10 Barang Popular Yang Orang Malaysia Beli Online

Membeli-belah secara online menjadi semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Dianggarkan 40% rakyat Malaysia menggunakan smartphone, tablet, laptop dan desktop untuk melakukan transaksi atau membeli sesuatu barang secara atas talian. Di Malaysia, terdapat banyak laman web atau portal yang menyediakan servis jualan atas talian seperti Lazada, Zalora, Mudah dan berbagai-bagai lagi yang tumbuh bagaikan cendawan.
Berikut kami senaraikan 10 barang yang popular di beli secara atas talian oleh rakyat Malaysia.
1. Power BankPowerbank adalah keperluan gadget pada masa kini dan boleh dikatakan penting dalam kehidupan seharian. Dengan adanya powerbank, tidak perlu lagi risau apabila bateri phone kita sudah habis. Ramai yang lebih suka membeli powerbank di internet kerana harga ditawarkan lebih rendah berbanding di kedai biasa.
2. Kasut Tumit TinggiWanita lebih gemar membeli barang secara atas talian terutamanya aksesori mereka seperti kasut tumit tinggi. Mereka ditawarkan dengan pelbagai pilihan kasut dan rekaan yang terkini serta harganya lebih berpatutan.
3. Games dan Konsol(PC, XBOX ONE, PS4)Kebiasaanya, “Gamers” akan mendapatkan keperluan gaming mereka di Internet kerana games yang paling “latest” atau terbaru boleh didapati dengan lebih cepat dari kedai-kedai biasa dan harga games kerap dikemaskini.
4. Alatan untuk fitness serta makanan kesihatan tambahanRakyat Malaysia kini sudah sedar tentang pentingnya menjaga kesihatan dan sering mengutamakan gaya hidup yang sihat. Kerana kekangan masa, mereka lebih gemar untuk mendapatkan barangan dan alatan kesihatan di internet.
5. External HarddiskExternal harddisk juga menjadi keperluan bagi setiap orang. Dengan kapasiti simpanan yang lebih besar. mereka boleh menyimpan data dan fail-fail penting mereka dengan lebih selamat dan mudah untuk diakses.
6. Baju dan Mainan Kanak-KanakKeperluan kanak-kanak dan bayi juga kini terdapat di Internet dengan pelbagai pilihan menarik ditawarkan.
7. Speaker8. Handbag KulitSemestinya barangan ini menjadi buruan buat kaum wanita. Hihi. Kualiti barang ini yang dijual di internet sama seperti yang ditawarkan di kedai biasa.
9. SmartphoneBanyak kelebihan membeli secara online antaranya seperti harga yang ditawarkan lebih murah, pilihan smartphone yang lebih banyak dan lebih mudah untuk membeli. Terutamanya sekarang bahawa banyak laman web yang membandingkan julat harga iPrice, harga telefon bimbit juga semakin murah.

10. Televisyen
Rakyat Malaysia menjadi lebih yakin untuk membuat pembelian secara online kerana ianya lebih mudah, cepat, dan selesa serta terdapat banyak pilihan barangan yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan tanpa menjejaskan kualiti.Sumber dari Unitedmy.com dan sajakongsi

friedfishsoup Publish time 16-2-2018 04:34 PM

tak berani beli barang elektronik mcm tv dan smartphone online.
I need to see the products first physically baru ada confident nak beli barang tu.

umbut Publish time 16-2-2018 04:56 PM

Brg eletronik x berani nak beli.. biasa online beli baju, kasut, brg3 rumah...

missinpiece Publish time 16-2-2018 05:26 PM

Barang elektrik spt mesin basuh dan vacuum elok je beli online kat Lazada. Beli periuk nasi x sampai2.
Lain2 ok je. Baju elok jangan

okashii86 Publish time 23-2-2018 09:50 AM

Edited by okashii86 at 23-2-2018 09:51 AM

Hmm, artikel ini untuk MY tapi link ke Indonesia? Jike nak beli barang dari Malaysia lebih tepat jike gunakan link ini:
iPrice Malaysia
Lazada Malaysia
Zalora Malaysia

palmolive Publish time 2-7-2020 03:49 PM

beli dashcam...puas hati
Pages: [1]
View full version: 10 Barang Popular Yang Orang Malaysia Beli Online


ADVERTISEMENT