Rahsia Sotong Celup Tepung Pok Nong Kini Terbongkar - Comfirm Menjadi!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/13/222517ouauuuzkdumkjv2u.jpgMenu di tepi pantai memang syok, apa lagi kalau bukan segala makanan laut dicelup tepungkan. Antara lokasi tersohor ialah Warung Ikan Celup Tepung Pok Nong yang terletak di Kuala Terengganu.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/13/222458tzo88o3y5v7ov94b.jpg
Sesiapa yang pernah meratah ikan dan sotong celup tepung pasti teringat-ingat dan mahu ke sana lagi. Pasti ada rahsia yang tak boleh disangkal lagi.
Ada resipi yang bertebaran di media sosial tanpa mengetahui penulis asal telah menjadi tular. Apatah lagi setelah ia dicuba dan ‘menjadi’ seperti menu warung tersebut membuatkan harus dicuba oleh anda yang menggemarinya.
Jadi, ini rahsia untuk mendapatkan sotong celup tepung rangup seperti Pok Nong.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/13/222458fcemfrc4c93mcf9z.jpg
Bahan-bahan:
- 4 ekor sotong (saiz sederhana besar- siang, hiris kasar – toskan – gaul garam)
- 1 cawan kecil tepung gandum
- 1/2 cawan kecil tepung jagung
- 3 sudu besar tepung beras
- Garam secukup rasa (untuk digaul dengan sotong dan diletakkan dalam tepung)
- Serbuk lada putih secukupnya
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Serbuk kunyit secukupnya
- Sebiji telur dipukul sedikit
- Minyak masak
Cara membuatnya
1. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
2. Ambil secukupnya campuran tepung dan campurkan dengan telur yang dipukul.
3. Panaskan minyak untuk menggoreng.
4. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
5. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
6. Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana.
7. Apabila kekuningan, boleh diangkat dan sedia untuk dimakan panas-panas.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/13/222517s5vpxpapvrxzu453.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/13/222517e6663g7q6g76v5g0.jpgFoto: Carian internet
Rahsia yang anda terlepas pandang
1. Selepas membasuh sotong, sila pastikan airnya betul-betul ditoskan.
2. Tepung yang dibancuh jangan terlalu cair kerana ianya tidak akan melekat pada sotong.
3. Pastikan minyak untuk mengoreng sotong betul-betul panas. Minyak akan mudah menyerap ke dalam tepung yang digoreng bersama sotong jika ianya tidak cukup panas.
4. Pastikan sotong yang digoreng tidak dimasukkan ke dalam kuali terlalu banyak pada sesuatu masa. Goreng sedikit demi sedikit.
5. Biarkan tepung pada sotong itu garing dan barulah anda terbalikkannya. Jika anda mengacau ketika tepung belum cukup garing, pasti tepung itu tertanggal dari sotong.
6. Sediakan tisu ketika mengangkat sotong supaya lebihan minyak dapat diserap dengan mudah.Wah! Macam banyak pula langkah nak kena buat, tapi itulah rahsianya. Jom sama-sama buat. - CARI
suka sotong goreng tepong..
sotong dengan salted egg pun suka :drool3: Sedapnyaaaaa{:cryrun{:cryrun sedapnya sotong celup tepung... Sedapnyaaaa. Tp lepas tu mula la menyesal makan ;P xsedap pun bg tekak orang lain sedap. yang sedap kt situ aiskrim jagung dia je sedap. Criusly lapaq tgk gorengan ni nakkk omg, tak pernah rasa lagi sotong celup tepung yang kat terengganu tu. tak pernah jejak lagi :'( Sedapnya sotong celup tepung tak sabarrr nya nk pergi terenganu mkn ni korang pakai je instant tepung brand "bestari" gaul je sotong dalam tepung tu terus deep fried. Rindu sotong celup tepung sini.. okay esok nk gi beli soyong try buat tgk jadi tak sotong goreng tepung kt mana2 pun sedap{:1_550:} beeeee replied at 14-2-2018 05:14 PM
korang pakai je instant tepung brand "bestari" gaul je sotong dalam tepung tu terus deep fried.
tepung tu kena bancuh + air dulu tak? Kegemaran niiii aiyooi...craving plak ict ni, sotong la plg sedap klu goreng mcm ni:drool3: wahhhh tq tq...mmg suka sgt sotong goreng tepung...slalu goreng rangup gak la tp rangup masa panas jah X sempat gi pok nong aritu...kat warung aziz satar tu pom sedap Wahhhh sedapnya sotong goreng tepung!!! {:1_152:} Owhh td baru dpt merase sotong celop tepong...sodappp...alhamdulillah