Cari-Nora Publish time 13-2-2018 10:30 AM

Pelbagai Restoran Dalam Satu Tempat, Segalanya Ada Di Greenhouse By Muir

Jika anda melalui Jalan Ampang, bersebelahan Hospital Gleneagles anda pasti ternampak sebuah bangunan berkonsepkan batu-bata dan gelas yang ternyata menarik perhatian.


Bangunan tersebut ialah Greenhouse by Muir, sebuah lagi destinasi makan-makan dan lepak yang santai.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/07/213526m252t26vmp26dm22.jpg
Foto: eatdrinkskl


Bangunan tiga tingkat ini menempatkan beberapa restoran dengan konsep berlainan. Ia terdiri daripada Kuroshio Market (makanan Jepun) & Evendough Bakery Café dan juga Brycg (makanan New Orleans).




Kuroshio Market
Di Kuroshio Market, anda boleh memilih makanan laut yang segar daripada ketam, kepah salmon dan juga tiram. Kemudian anda boleh memesan cara penyediaan makanan sama ada secara mentah (sashimi), panggang dan lain-lain.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/07/213527uhe0vp4970m42e97.jpg
Foto: eatdrinkskl


Kebanyakan juadah di sini berharga kurang daripada RM50. Selain itu antara makanan Jepun yang boleh dinikmati ialah seperti gyoza, takoyaki, chicken teriyaki dan banyak lagi!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/07/213527tmhq2dsddp02rh80.jpg
Foto: eatdrinkskl




Evendough Bakery Café
Evendough Bakery Cafépula menawarkan pelbagai roti yang dibuat segar antara yang terkenal ialah roti keju dengan rumpai laut, roti kari Jepun, kek coklat dan banyak lagi manisan yang bakal buat anda rambang mata!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/07/213527hsm9f11my2a941bs.jpg
Foto: eatdrinkskl


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/07/213525zniz1rys1ie89y1z.jpgFoto: eatdrinkskl




Brycg
Makanan New Orleans agak susah dan jarang di dapati di Malaysia. Namun di Brycg yang terletak di tingkat 1, anda boleh merasai makanan eksotik New Orleans seperti lobster roll, beignet, gumbo, jambalaya dan banyak lagi!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/07/213526dkokjnn68ikn6gnj.jpg
Foto: eatdrinkskl


Nak tahu apa maksud nama makanan-makanan ini datanglah sendiri ke Brycg ( sebutan bridge) dan ketahui dan nikmati sendiri makanan-makan eksotik ini!


Greenhouse By Muir
1 Jalan Nipah, Off Jalan Ampang
Buka setiap hari, 10am-10pm


-CARI

onexox97 Publish time 13-2-2018 10:44 AM

food court untuk org ada ada ni

myakayina Publish time 13-2-2018 11:16 AM

boleh tahan gak harganya..

iloveyou Publish time 13-2-2018 11:37 AM

japanese cuisine dia mmg freshhhh, i likeeee, mmg highly recommended

CiliPadiSedap Publish time 13-2-2018 11:43 AM

iloveyou replied at 13-2-2018 11:37 AM
japanese cuisine dia mmg freshhhh, i likeeee, mmg highly recommended

kayanya kau sis mampu makan tempat alif syukri

meisapoya Publish time 13-2-2018 12:00 PM

iloveyou: japanese cuisine dia mmg freshhhh, i likeeee, mmg highly recommended

Makan mknn jepun x ajaaaakkkk

iloveyou Publish time 13-2-2018 12:28 PM

meisapoya replied at 13-2-2018 12:00 PM
Makan mknn jepun x ajaaaakkkk

jommmm lahh uolssssss. kita ajak team kita yg lelain hihihi

iloveyou Publish time 13-2-2018 12:29 PM

CiliPadiSedap replied at 13-2-2018 11:43 AM
kayanya kau sis mampu makan tempat alif syukri

takat makan sashimi je uolss, haha

meisapoya Publish time 13-2-2018 01:40 PM

iloveyou replied at 13-2-2018 12:28 PM
jommmm lahh uolssssss. kita ajak team kita yg lelain hihihi

Rase mcm pompuan emo je buat ayat mcm tu :lol:

Klu fresh gitu mmg worth the price lah kan. Haihh kena gi nii

iloveyou Publish time 13-2-2018 02:01 PM

meisapoya replied at 13-2-2018 01:40 PM
Rase mcm pompuan emo je buat ayat mcm tu

Klu fresh gitu mmg worth the price lah kan. Haih ...

hahaha pegi ramai2 bru besttt.

ms_furby Publish time 20-2-2018 04:28 PM

whoaa..heaven sangat kt kl.. hehehehe..
Pages: [1]
View full version: Pelbagai Restoran Dalam Satu Tempat, Segalanya Ada Di Greenhouse By Muir


ADVERTISEMENT