melnanzz Publish time 9-2-2018 03:16 AM

TAK ADA CINTA SEPERTIMU [Astro Megadrama: Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhain

Tak Ada Cinta Sepertimu
slot Megadrama
Isnin hingga Khamis, 10.00 malam
Astro Ria & Ria HD

https://4.bp.blogspot.com/-6PHOvJJgVMg/Wnj7giNIpsI/AAAAAAAAGCU/D7ol0OjyjiACT5h2KvLHsWQVN3lU5iIfgCLcBGAs/s1600/Tak%2BAda%2BCinta%2BSepertimu.jpg

Nantikan drama adaptasi novel Tak Ada Cinta Sepertimu karya Anna Milia yang akan mengisi slot MegaDrama di Astro Ria menggantikan Lafazkan Kalimah Cintamu. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika dan ramai lagi. Drama bersiri 16 episod ini diarahkan oleh Jamal Khan dan skrip oleh Rehal Nuharis. Bakal menemui penonton pada bulan March nanti.

JUDUL : TAK ADA CINTA SEPERTIMU
TARIKH TAYANGAN : March 2018
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & HD 123)
PENULIS NOVEL : Anna Milia
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Hazman Al-idrus, Alif Muhaimin, Zarina Zainuddin

WATAK PELAKON
Syafiq Kyle sebagai Hazran Widad
Zahirah Macwilson sebagai Athea
Nik Adam Mika sebagai Qaleef
Ruhainies sebagai Bella
Fadlan Hazim sebagai Azam

SINOPSIS TAK ADA CINTA SEPERTIMU
Permulaan hubungan Athea dan Hazran tidak pernah aman. Bermula insiden berebut penadol di kedai runcit, kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap dipecahkan anak Athea dan sehinggalah mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Namun, Smokey jugalah yang merapatkan hubungan mereka. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qarleef.

Keakraban Hazran dan Athea di gunakan Kamarul untuk memfitnah mereka demi merebut Bella, tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi. Sekali lagi, Athea disalah erti sehingga menjauhkan hubungannya dengan Hazran dan anak-anak Athea.

Kemunculan Azam semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Sehinggalah ibu bapa Hazran masuk campur.

purplebloom Publish time 9-2-2018 11:08 AM

Hellllooooooo

Capik and ZM kembali dgn watak ala2 daddy mummy.
Tak sabar nak tgk okay ke tak pairing ni nnt

alien88 Publish time 13-2-2018 09:43 AM

yeay ada drama baru daddy.. siap ada 'anak' daddy juga
cc @ismaha :lol:

cycra Publish time 13-2-2018 10:38 AM

ok yang ni kena follow...

ismaha Publish time 13-2-2018 12:19 PM

alien88 replied at 13-2-2018 09:43 AM
yeay ada drama baru daddy.. siap ada 'anak' daddy juga
cc @ismaha

yahuuuu{:mlturngal:} bleh sambg moyan daddy lagi la ni{:mlproud:}
tq tag is..nah is lanje stabak{:1_200:}

nnt dh mula sila tag lg{:1_530:}

alien88 Publish time 14-2-2018 10:00 AM

ismaha replied at 13-2-2018 12:19 PM
yahuuuu bleh sambg moyan daddy lagi la ni
tq tag is..nah is lanje stabak{ ...

wah dpt stabak.. haha.. tq {:1_149:}
katanya start lepas drama Lafazkan Kalimah Cintamu
skrg LKC baru ep19.. kena tggu lg 13ep bersamaan lg 3 mggu utk berjumpa dgn daddy {:shyo

ismaha Publish time 14-2-2018 02:59 PM

alien88 replied at 14-2-2018 10:00 AM
wah dpt stabak.. haha.. tq
katanya start lepas drama Lafazkan Kalimah Cintamu
skrg LKC ...

woooo...sampai kira hari bila nk start{:1_530:}{:1_530:}
ok note...jgn kot mana pun jgn lupa tag lg...wasep2{:1_530:}{:1_530:}

alien88 Publish time 14-2-2018 11:36 PM

ismaha replied at 14-2-2018 02:59 PM
woooo...sampai kira hari bila nk start
ok note...jgn kot mana pun jgn lupa tag...

demi daddy {:1_152:}:lol:
orait.. hrp2 nt iolls xlupa la nk tgk drama ni ;P

moller Publish time 27-2-2018 08:49 AM

auwwwww...dh ada tred{:1_152:}{:1_152:}
iols tetiap hari stalk ig
x sabau nk tgk
tq TT bukak benang nih{:1_149:}

jijana Publish time 28-2-2018 11:54 PM

Cptlah tamat LKC..x minat nak follow..
Dialog terlalu formal..membosankan wlupun nelly best.
Panjang lah pulak LKC ni..
TADC 16 episod aje..dua2 pun kesukaan..ZMW and SK..memang berkuntum sini jelah bile citer da tayang nanti.

purplebloom Publish time 1-3-2018 09:59 AM

ZM SK sgt maniss bila diorg senyum :loveliness:

purplebloom Publish time 1-3-2018 11:42 AM

https://imageshack.com/a/img923/8956/VooV8Z.png
Semua helok2 belaka

A_liza76 Publish time 3-3-2018 08:41 PM

drama ni, xsabar nak tengok..

saaya Publish time 5-3-2018 12:36 PM

Novel ni best! Tak klise.
Pemilihan pelakon pun dah okay, maka akan Ai layan minggu depan!

fara7351 Publish time 7-3-2018 09:24 PM

Ok drama ni meols sexcited nk tgok.. tak tahu kenapa.. sbb suka tgk ZM ni kot berlakon lps tgok DPD.

alien88 Publish time 10-3-2018 12:01 AM

Edited by alien88 at 10-3-2018 12:02 AM

ismaha sja nk gtau awal2.. drama ni start 12hb {:mlturngal:}

melnanzz Publish time 13-3-2018 04:35 AM

Edited by melnanzz at 13-3-2018 04:36 AM

Ok, dah tengok episod 1. Hmm... macam mana ya... nak kata best sangat, tak de lah, tapi nak kata bosan pun tak juga. I bagi 50/50 dulu.... but will continue watching next episodes.

Zahirah McWilson - good as always. Suka lakonan ZM. Teringat balik pada drama DPD. She's very good and I love her character Athea already.

Syafiq Kyle - hero yang maintain cool. Tak poyo, tak over - just observant. Nampak Hazran Widad ingin lebih tahu tentang background Athea. Siapa dia sebenarnya.

Ruhaines - ada improvement, tapi kayu tu masih ada lagi.At times overacting. Tak ada feel.

Hazman al Idrus - tak best lah lakonan dia. Try harder, Hazman.

Jalan cerita I bagi 50/50 dulu. But will still keep on watching. Something missing somewhere... editing? directing?

OST - Hilang by Marsha Milan... best sangat lagu ni... boleh layan.

melnanzz Publish time 13-3-2018 04:36 AM

"Hilang"
Marsha Milan
OST Tak Ada Cinta Sepertimu

xbXl-wg2ahU

watachiwa Publish time 13-3-2018 07:51 AM

cuma ZM ni nampak matured sgt compared dgn capik

ismaha Publish time 13-3-2018 10:04 AM

alien88 replied at 10-3-2018 12:01 AM
ismaha sja nk gtau awal2.. drama ni start 12hb

arghhhh...nak marah ni tak dpt tag mu:tembak:
memg lupa dah pun....:mad:tp tgk jugk....tu pun sbb ada tertgk iklan semlam:lol:
gelabah kot terlepas...:lol: itula namanya"jodoh" daddy dgn is ....:lol:



Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: TAK ADA CINTA SEPERTIMU [Astro Megadrama: Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhain


ADVERTISEMENT