Dlee10453 Publish time 8-2-2018 02:58 PM

Huawei Mate 10 Pro Pink Gold Edisi Terhad!

Tahun Baru Cina adalah masa yang bagus untuk jenama mempromosikan produk mereka, apatah lagi memperkenalkan sesuatu yang baru. Kerana itu HUAWEI tidak melepaskan peluang untuk melancarkan warna baru buat peranti terbaik mereka, HUAWEI Mate 10 Pro.
Huawei Mobile Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa sempena hari Valentines yang bakal disambut pada 14 Februari ini, Huawei akan menawarkan Mate 10 Pro didalam edisi terhad warna emas ‘pink’.Huawei Mate 10 Pro warna emas merah jambu ini akan ditawarkan mulai 8 Februari dan ianya adalah hadiah terbaik yang boleh anda pertimbangkan untuk orang yang tercinta.Huawei Mate 10 Pro edisi terhad emas pink ini akan ditawarkan pada harga RM 3,099 dan boleh dibeli melalui kesemua wakil penjual sah di seluruh negara. HUAWEI Mate 10 Pro adalah telefon terbaik Huawei masa kini. Ia juga adalah telefon pintar pertama HUAWEI dilengkapi pemproses Kirin 970 dengan kecerdasan pintar (AI). Ia tambah berkuasa dengan RAM sebanyak 6GB bersama storan dalaman 128GB.Kehebatan Mate 10 Pro lebih menyerlah di ruangan kamera, apabila ia menggunakan dwi-lensa Leica monokrom 20MP dan warna 12MP. Ia digandingkan lagi dengan skrin nirbingkai OLED 6.0-inci dengan nisbah 18:9.Jika warna merah jambu adalah kegemaran anda, jangan terlepas untuk mendapatkan HUAWEI Mate 10 Pro Pink Gold ini pada 8 Februari, samada di pengedar sah HUAWEI di seluruh Malaysia. Untuk infomasi yang selanjut, sila layari Huawei Mobile Facebook

betul98 Publish time 8-2-2018 05:58 PM

Mahal la...

nadna Publish time 8-2-2018 06:18 PM

Pergh..Harga sebulan gaji

Rainrein Publish time 8-2-2018 08:31 PM

Lawanye kaler dia{:iwanto

MistrezHermanaz Publish time 8-2-2018 11:52 PM

Lawanyaaaa tp rege dia x turun2..lama dh ngidam mate 10 pro ni

aleesyasofia Publish time 9-2-2018 12:08 AM

cntk pinknya.. tp mhei berbenor..
Pages: [1]
View full version: Huawei Mate 10 Pro Pink Gold Edisi Terhad!


ADVERTISEMENT