wnwa05 Publish time 8-2-2018 01:28 PM

Polis China kesan penjenayah guna kaca mata hitam berteknologi tinggi


https://scontent.fkul8-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/27544809_1577663395616545_381466877051615906_n.png?oh=884502172b7d64380a0bb06754bd65cd&oe=5B0F36CB

BEIJING: Pasukan polis China akan menggunakan kaca mata hitam berteknologi tinggi bagi mengenal pasti pesalah di stesen kereta api yang padat dengan penumpang.
Penggunaan teknologi terbaru itu bagaimanapun mendapat perhatian kumpulan hak asasi manusia yang khuatir ia adalah satu pencabulan hak.
Setakat ini teknologi berkenaan berjaya membantu polis menangkap beberapa suspek terbabit dalam pelbagai jenayah mencakupi pemerdagangan manusia, kes langgar lari dan kad pengenalan palsu.
Sistem terbabit adalah sebahagian daripada usaha China untuk membina sistem pengawasan digital menggunakan data biometrik terdiri daripada foto, imbasan mata dan cap jari bagi mengesan pergerakan semua rakyat negara itu.
Pembangunan pesat teknologi seumpama itu permintaan yang diterima semakin meningkat dan meluas, termasuk dari kalangan sektor lain seperti gimnasium, restoran dan tandas awam.
Kaca mata hitam itu digunakan oleh empat pegawai polis di pintu masuk stesen timur Zhengzhou.
Ia dilengkapi dengan kamera yang dihubungkan kepada peranti khas seperti telefon pintar bagi membolehkan pegawai berkenaan merakam foto suspek sebelum dibandingkan bersama pangkalan data di ibu pejabat. - AFP
Berita Harian

Pages: [1]
View full version: Polis China kesan penjenayah guna kaca mata hitam berteknologi tinggi


ADVERTISEMENT