Cari-Nora Publish time 6-2-2018 12:03 PM

Resipi Sandwich Ayam Keju Meleleh, Semudah A,B,C!

Sandwich ayam dibalut dengan keju cair sememangnya pilihan klasik kegemaran ramai. Diletakkan pula di antara dua keping roti dan dicelup dengan campuran French toast, memang telan air liur dibuatnya!

Sandwich ini sesuai disediakan pada bila-bila masa disaat perut perlu diisi makanan. Cara menyediakannya mudah sahaja, namun sebelum itu anda perlu bahan-bahan berikut:


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/02/125202r5gcm7vcggg7gwv0.jpg


Bahan-Bahan


8 keping roti
16 helai keju mozarela
8 kepingan ayam (nipis)
3 biji telur
1 cawan susu
½ sudu the garam
¼ sudu the lada hitam
Mentega


Cara-Cara


1.Potong bahagian kerak roti dan letakkan sekeping keju mozzarella diikuti dengan kepingan ayam dan ditutup dengan sekeping lagi keju.
2.Letakkan sekeping roti yang turut dibuang keraknya dan gunakan jari anda tekan bucu roti sehingga kedua kepingan roti tadi melekat dengan sempurna.
3.Tambah telur, susu, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk besar dan kacau sehingga sebati.
4.Celupkan roti tadi dalam adunan dan salut hingga sempurna.
5.Tambahkan mentega dalam kuali, tunggu sehingga cair dan goreng roti sehingga kedua-dua belah kuning keemasan.
6.Nikmati ketika ia masih panas!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/02/125202rq90wlqcttoqvool.jpg


Resipi ini cukup untuk 4 orang makan.Selamat mencuba! -CARI

beeeee Publish time 6-2-2018 05:13 PM

uishh lezatnyeeee

whitePoison Publish time 6-2-2018 11:02 PM

boleh try buat ni, :drool3:

chinta89 Publish time 7-2-2018 10:19 AM

mmg sedap:$

msdummy.2018 Publish time 7-2-2018 11:12 AM

boleh try hujung minggu ni..mmg terliurrr

Ambola Publish time 6-3-2018 09:43 AM

Emmm mcm sedap jer blh try ni

Iema5008 Publish time 7-3-2018 07:18 PM

Baru bt semalam... and cheese umphhhh...
Esoknak bt lagi hahaha. Sebab sini cheese murah.. sakan aku mlantak.
Ending dia tpksa workout lebih sikit... {:smile

sapasapa Publish time 14-5-2021 05:53 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

Thealisyayusuf Publish time 4-2-2023 12:07 AM

Tq for the recipeee
Pages: [1]
View full version: Resipi Sandwich Ayam Keju Meleleh, Semudah A,B,C!


ADVERTISEMENT