Cari-Azza Publish time 5-2-2018 12:37 PM

Betul Ke Singapura Membosankan? Siap Tak Puas Hati Dengan Majalah London!


Bermula dengan kaji selidik majalah gaya hidup, Time Out London yang meletakkan Singapura sebagai kota kedua paling bosan di dunia kerana cuma bagus dalam perkhidmatan pengangkutan awam dan keselamatan sahaja, namun gagal menarik perhatian pelancong dari faktor seni dan budaya.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/04/233516mz44mc2fy32423m4.pngBetul ke Singapura membosankan? Siap tak puas hati dengan majalah London!

Terasa dengan kenyataan itu, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) memberi maklum balas secara sarkastik dengan menghasilkan video mengiyakan bahawa “There is nothing exciting to do." (Tiada yang mengujakan untuk dilakukan).

Video berdurasi 56 saat dimulakan dengan pengakuan sinikal “Singapore is boring ... there is nothing exciting to do."

https://www.facebook.com/VisitSingaporeOfficial/videos/10159896164810704/

Dalam video itu, latar tarikan seperti pertunjukan bunga api di tengah kota, Universal Studios Singapore, perlumbaan Formula One, Musium Artscience, serta aktiviti terjunan bungee kendalian AJ Hackett di Pulau Sentosa dipaparkan.

"Ya, Time Out London, kami agak ‘tidak mengujakan’,” kata paparan video itu sambil diteruskan dengan visual pelbagai makanan tempatan, termasuk hidangan ayam bertaraf Michelin yang hanya berharga 2 dolar di Chinatown, bersama kapsyen: “Semuanya mahal.”

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/04/232928pb2h6z7evt67t8vh.jpg


Bila dibaca keseluruhan Indeks Kehidupan Kota 2018 itu, memang ia boleh dipertikaikan pun kerana mengambil 32 kota sahaja di seluruh dunia untuk didebatkan.


Padanlah Singapura marah kerana cuma satu tangga sahaja di atas Istanbul.

Chicago mendahului senarai tersebut, diikuti Porto di Portugal dan bandar raya New York, yang mendapat markah tinggi dari aspek makanan, minuman, budaya, kemesraan, kemampuan, kebahagiaan dan kehidupan.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/04/232934i5x4mmk2j883mm8k.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/04/233025g6lmha8mhk9m6mim.jpg


Nampaknya ia bukan pertama kali Singapura ‘terasa’ lalu memberi respon sarkastik.

Pada April lalu, ia memuat naik gambar-gambar ke media sosial untuk menafikan ketidaktepatan geografi dan fakta seperti yang dipaparkan dalam episod program televisyen terbitan CBS, Criminal Minds, yang mengetengahkan zon ‘lampu merah’ Geylang sebagai ‘sisi gelap di destinasi syurga’.

Ada beberapa iktibar iaitu tidak semua yang dipaparkan di media barat tepat. Tapi, mujurlah juga Malaysia tidak tersenarai. Kalau tidak, bagaimana respon Menteri Pelancongan agaknya. - CARI

umbut Publish time 5-2-2018 01:06 PM

X kisahlah boring pun.. currency tinggi, tiap minggu boleh turun johor atau negeri lain holiday.. yg penting transportation bagus..

sally03tomato Publish time 5-2-2018 01:21 PM

umbut: X kisahlah boring pun.. currency tinggi, tiap minggu boleh turun johor atau negeri lain holiday.. yg penting transportation bagus..
Mesti ko rs malaysian x mampu bercuti selalu kann

merrissa Publish time 5-2-2018 01:47 PM

sally03tomato replied at 5-2-2018 01:21 PM
Mesti ko rs malaysian x mampu bercuti selalu kann

kawan aku duk london..balik malysia...macam balik kl johor je...byk duit...blik free jah

prettyuglybabe Publish time 5-2-2018 02:38 PM

tempat tarikan yang dia ada, most ada kat negara lain..
universal, museum, F1, bungee..
food pun similar dengan negara sekeliling..
apa tempat/makanan yang asli dia ada sebagai tarikan pelancongan?
natural beach, forest, food, culture?

Themilo Publish time 5-2-2018 03:46 PM

prettyuglybabe replied at 5-2-2018 06:38 AM
tempat tarikan yang dia ada, most ada kat negara lain..
universal, museum, F1, bungee..
food pun s ...

takde sisthur.. semua yang ada kat singapore tu ada kat Mesia & lagi murah :lol::lol:

Cuma 'ikan dalam akuarium' kat Geylang tu jaa yang takde kat Mesia.. ;P;P

prettyuglybabe Publish time 5-2-2018 04:11 PM

Themilo replied at 5-2-2018 03:46 PM
takde sisthur.. semua yang ada kat singapore tu ada kat Mesia & lagi murah

Cuma 'ika ...

sentap orang singapore :lol::lol:

Vegaraj Publish time 5-2-2018 05:17 PM

Penang IGCSE Tuition

http://www.tcheredu.com/2018/02/penang-igcse-tuition.html

Artemesiaa Publish time 5-2-2018 05:31 PM

Bab transportation dan kebersihan memang tak dinafikan bagus.Tapi walau banyak mana pun tarikan yang ada kalau sebut bab keaslian memang agak tak ada.Omputih selalunya lebih berminat dengan keaslian dan kesemula jadian sesuatu tempat tu bukan benda2 yang dibuat semula.Jadi kalau dinilai mengikut bab itu memang ada kekurangan disitu.

abangadek Publish time 5-2-2018 06:29 PM

mmg bosan pun:lol: lainlah mesia.. berbilang PATI ade

Nana_Man Publish time 5-2-2018 07:43 PM

memang bosan pun kat sini. Aku lg suka gi msia untuk bercuti. More things to see and explore.

biozipstar Publish time 5-2-2018 08:41 PM

yeke.. dah la dah beli tiket ke spore ni...

uda Publish time 5-2-2018 09:37 PM

Chicago tu pun bukannya best sangat. Ramai pak hitam. I rasa lebih tenaang lagi tokyo

PersonaGerek Publish time 5-2-2018 10:17 PM

yup..mmg boring....every week shopping kt sana...agak murah tp suasana membosankan....nak makan pon xde port yg Rare....Parking pon cam harem...x byk tempat nak teroka...

Ferr_Remy Publish time 6-2-2018 01:43 AM

Boring utk org yg mmg asal dari bandar2 besar. Yg rasa syok pergi Singapore smuanya ummah2 jakun PPRT dari kampung yg tak penah tgk bandar besar. :lol:

ninja boy Publish time 6-2-2018 02:32 AM

hanya public toilet free jah,
pantai/pulau buatan kunun yg kelihatan tiruan yg pokok kelapanya ditanam di tengah2 pasir
pprt yg bersih, deko2, architecture building, sailing boat,water surfing etc

danieladam Publish time 6-2-2018 03:55 AM

SO, apa keaslian dan kebudayaan serta culture yg asli kat New York dgn London berbanding Bangkok?

amyza Publish time 6-2-2018 08:17 AM

Pelancong kan suka kebudayaan&kesenian. Singapore memang takde. Daripada pegi sana baik pegi langkawi.

beeeee Publish time 6-2-2018 05:25 PM

Spore hidup sbb uss je ummah msia senang nak g situ dekat

an2toncit Publish time 7-2-2018 10:45 PM

Themilo replied at 5-2-2018 03:46 PM
takde sisthur.. semua yang ada kat singapore tu ada kat Mesia & lagi murah

Cuma 'ika ...

Ikan akuarium malaysia lagi banyak la ...sporean sendiri turun sini cari sebab lagi murah
Pages: [1] 2
View full version: Betul Ke Singapura Membosankan? Siap Tak Puas Hati Dengan Majalah London!


ADVERTISEMENT