Cari-Norlili Publish time 5-2-2018 10:40 AM

Terkejut Susu Badan Bertukar Warna Merah Pekat, Rupanya...

Sudah menjadi kebiasaan bagi ibu-ibu bekerja untuk memerah susu sebagai stok sebelum bayi ditinggalkan kepada pengasuh. Malah, ada yang melakukan proses sejuk beku untuk memastikan susu tahan lama sebelum dipanaskan kembali.


Namun, seorang ibu muda di Australia yang enggan namanya disebutkan agak terkejut apabila susu yang diperah bertukar dari putih ke warna merah pekat. Kalau berlaku anda pun, pasti terkejut kan? Mana tahu berkemungkinan ia bercampur darah atau puting terluka.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/05/103508f8vp0uimvfuez7ti.jpgFoto:TakePart




Dia lantasmengajukan pertanyaan kepada komuniti 'Breastfeeders Australia' mengenai susunya yang berwarna merah. Difahamkan, sebelum itu dia ada memakan ubi bit dalam kuantiti yang banyak sebelum memerah susu.


Ohh patutlah, ubi bit kan isinya merah. Mungkin juga warna buah itu bertindak balas dengan air susu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/05/103347ylwt2gzrursf1f1w.jpgFoto: happydieter.net




Kaunselor penyusuan memberi jaminan susunya selamat diminum bayinya. Menurut kaunselor tersebut, itu adalah normal kerana kadang-kadang bukan sekadar susu, warna najis bayi juga akan bertukar hasil dari makanan ibunya. Oh begitu ya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/01/211943ryy9yyfcxs3vcfqo.jpgFoto: KidSpot




Jadi, jangan bimbang ya! Namun, kalau ada kejadian lebih pelik dan berasa sangat risau, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan. -CARI

aleesyasofia Publish time 5-2-2018 10:47 AM

dah jd mcm air bandung.. lg pun sbb mkn ubi bit kn..

manehnya Publish time 5-2-2018 10:51 AM

aku mkn karot x jd warna oren pun

CiliPadiSedap Publish time 5-2-2018 11:59 AM

manehnya replied at 5-2-2018 10:51 AM
aku mkn karot x jd warna oren pun

:lol: sebab sis bukan mak arnab

sarahmirza Publish time 5-2-2018 12:07 PM

manehnya replied at 5-2-2018 10:51 AM
aku mkn karot x jd warna oren pun

Makan banyak lagi..
Sekali hadap sekilo carrot..
InShaAllah keluar susu warna oren

;P

anaktoyol Publish time 5-2-2018 01:55 PM

minum jus ubi bit ni air kencing pun leh jadi pink....tapi ubi ni bagus untuk kesihatan

manehnya Publish time 5-2-2018 03:30 PM

sarahmirza replied at 5-2-2018 12:07 PM
Makan banyak lagi..
Sekali hadap sekilo carrot..
InShaAllah keluar susu warna oren

ha ah ye la tu {:1_530:}

manehnya Publish time 5-2-2018 03:31 PM

CiliPadiSedap replied at 5-2-2018 11:59 AM
sebab sis bukan mak arnab

kah kah kah.. ;P

minah_kidal Publish time 8-2-2018 04:49 PM

sedap ke bit root ni? tgk rancangan masak omputih rajin gak dorang masak guna bit root ni

madamjaja Publish time 9-2-2018 04:45 PM

mkn dragon fruit purple tu biasa mangkuk jamban pon jadi purple..ada yg pernah breast milk tukarjd purple tak ;P

biozipstar Publish time 13-2-2018 01:43 PM

ubi tu ada ke kat malaysia... setakat ni makan makanan warna oren xde pulak susu jadi oren...

Eiyja85 Publish time 13-2-2018 04:48 PM

sarahmirza replied at 5-2-2018 12:07 PM
Makan banyak lagi..
Sekali hadap sekilo carrot..
InShaAllah keluar susu warna oren

hahahhahaha sekilo tu
Pages: [1]
View full version: Terkejut Susu Badan Bertukar Warna Merah Pekat, Rupanya...


ADVERTISEMENT