zasrfikri Publish time 4-2-2018 12:41 AM

TOP 12 LAGU PALING POPULAR TAHUN 2010 DI MALAYSIA

Edited by zasrfikri at 4-2-2018 12:44 AM

GALAKSI VIRAL - Tahun 2010 adalah merupakan tahun kejayaan Edry KRU kerana banyak lagu ciptaan beliau sangat popular pada tahun ini. Tahun ini juga menyaksikan penyanyi dari Sweden/Lebanon iaitu Maher Zain berjaya menguasai pasaran muzik Malaysia melalui album dan lagu dakwah beliau.Dato' Siti Nurhaliza kekal sebagai Penyanyi No.1 Malaysia dan Penyanyi Baru Paling Popular 2010 pula jatuh kepada Shahir AF2010. Jom kita tengok lagu Malaysia manakah paling popular pada tahun 2010.

https://1.bp.blogspot.com/-ygyyrgTE8oU/Wm_yrvqRp1I/AAAAAAAADUo/2sAM1JIev1AOBD7mw6phP1eiJiCkEjYJQCLcBGAs/s400/1.png

TOP 12
LAGU PALING POPULAR
DI MALAYSIA TAHUN 2010
01. KALAU BERPACARAN
Artis : Sohaimi Mior Hassan feat Ana Raffali & AltimetKomposer : Sohaimi Mior HassanPenulis Lirik : Sohaimi Mior Hassan
Album : Single / Kalau Berpacaran.. The Album
Tahun : 2010 (Single) / 2011Catatan :
Comeback penyanyi senior Sohaimi Mior Hassan melalui Retro Modern Pop/Hip Hop ini telah berjaya mengembalikan populariti beliau di dalam bidang muzik Malaysia. Malah, lagu ini juga merupakanlagu paling popular di Malaysia tahun2010.

02. SENYUM
Artis : Malique feat NajwaKomposer : MaliquePenulis Lirik : Malique
Album : Single / TKO : Pejamkan Mata
Tahun : 11 Oktober 2010 / Disember 2016Catatan :
Lagu Senyum yang berkonsepkan irama Hip Hop/Raggae sangat digemari oleh pelbagai masyarakat Malaysia kerana liriknya yang mengajak kita supaya senyum dan sentiasa ceria di dalam kehidupan. Lagu ini pernah dinyanyikan oleh gabungan penyanyi popular Singapura di persembahan pembukaan Anugerah Planet Muzik 2011.

03. DRAMA KING
Artis : Kumpulan Meet Uncle Hussein feat BlackKomposer : TajaPenulis Lirik : Tun Teja
Album : SingleTahun : 2009Catatan :
Meet Uncle Hussein meneruskan kecemerlangan karier mereka apabila lagu Drama King meletop di pasaran muzik Malaysia. Kolaborasi mereka bersama Black ternyata membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan apabila menjadi Lagu Paling Popular Sepanjang Tahun 2010 di Radio Era dan Pemenang Naib Juara Anugerah Juara Lagu 2010.

04 . MENGGEGAR DUNIA
Artis : Stacy& AdamKomposer : Edry KRUPenulis Lirik : Edry KRU
Album : OST My SpyTahun : 2009Catatan :
Bergabung Meletop. Itulah lirik yang menjadi siulan para peminat Adam & Stacy. Gabungan dua penyanyi irama Dance Music di dalam satu lagu ini sememangnya amat dinantikan semua peminat mereka kerana mahu melihat mereka berdua menari bersama-sama di atas pentas.

Kalau mahu baca denga lebih lanjut, boleh rujuk sumber rujukan ini >> TOP 12 LAGU PALING POPULAR TAHUN 2010



Pages: [1]
View full version: TOP 12 LAGU PALING POPULAR TAHUN 2010 DI MALAYSIA


ADVERTISEMENT