zasrfikri Publish time 4-2-2018 12:08 AM

TEAM YOUTUBER DAN VLOGGER PALING LAWAK DI MALAYSIA

Edited by zasrfikri at 4-2-2018 12:10 AM

GALAKSI VIRAL - YouTube Channel kini menjadi platform media utama yang paling popular untuk kita semua menonton pelbagai jenis video untuk pelbagai kategori di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Tidak kiralah video itu mengenai isu sedih ke, drama, aksi, muzik, parodi, komedi,dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan hampir semua jenis video ada di saluran YouTube ini.


https://1.bp.blogspot.com/-JXEOHaBtoQs/Wm2OCsxz0KI/AAAAAAAADSA/r-Uq4G-oM0YTMKZ38NQU-4RxocX4WLEEQCLcBGAs/s400/vlogs-2.png
Sumber : Google Image


Pemilik video yang memuat naik video merekake dalam laman YouTube/Vimeo atau mana - mana saluran video online di internet ini lazimnya digelar Vlogger. Vlogger ini adalah singkatan Video Blogger. Antara Vlogger yang cukup terkenal dengan video komedi mereka di Malaysia ialah Mat Lutfhi90, Kyopropaganda, Luqman Poldoski, Faiz Dickie, Otam Blurr, Zukie & Jamal, Nizam Rahman, Faiz Roslan, Jaa TV, Seanlje, Aidyl Hr, Ngek Tsai Army dan Sofyank96. Majoriti lawak mereka adalah lawak berbentuk komikal, over acting, punchline baik punyer, parodi, kesan khas grafik yang mantap dan ada mesej nasihat yang ingin disampaikan.

Oleh itu, GV ingin senaraikan empat team Youtuber/Vlogger yang tengah top sekarang ini di Malaysia yang pastinya akan membuatkan para penonton rasa terhibur dengan video mereka. Mari kita lihat siapakah mereka yang hebat ini.

TEAMYOUTUBER & VLOGGER
PALING LAWAK DI MALAYSIA




01. MTAS PRODUCTION

Join YouTube : 02 Januari 2012
YouTube Subscribers : 102242(Januari 2018)
Catatan :
GV mula mengetahui kewujudan team MTASini selepas menonton video mereka berjudul Makhluk Bernama Wanita Be Like. Kebanyakan video mereka pasti ada perkataan Be Like di hujung judul video mereka. Memang best tengok video mereka ini. Keunikan mereka ialah mereka kelihatan seperti ustaz ustazah generasi XYZ yang open minded, slumber dan lawak giler. Video mereka juga ada adegan ala ala anime Jepun yang sememangnya amat hebat dan awesome. Kesan efek khas team ini antara terbaik.

02. TEAM BUAT HAL
(ASA PRODUCTION)
Join YouTube : 26 Februari 2016
YouTube Subscribers : 46273 (Januari 2018)
Catatan :
GV mula tahu mengenai kumpulan Team Buat Hal ini selepas menonton video raya mereka berjudul Video Raya Paling Sedih 2017 - Buli. Salah seorang pelakon utama video mereka ini iaitu Syafiq Ahmad pernah berlakon di dalam Drama Paling Popular 2017 iaitu Coffee Prince di Astro Ria. Bagi GV, video mereka mmg lawak gila. Lawak mereka seperti lawak urban yang memang sempoi gile dan di luar kotak. Kalau anda selalu menonton video mereka, pasti familiar dengan ayat goyang ke?, bisa hamil, proud iphone user's ringtone subtitle, benny dan banyak lagi ayat punchline mereka yangterbaik meletop kababoom ini.

Kalau mahu baca dengan lebih lanjut, boleh klik sumber rujukan ini >>> TEAM YOUTUBER DAN VLOGGER PALING LAWAK DI MALAYSIA

Pages: [1]
View full version: TEAM YOUTUBER DAN VLOGGER PALING LAWAK DI MALAYSIA


ADVERTISEMENT