Cari-Zai Publish time 2-2-2018 10:45 AM

Daya Tarikan Baru Di Dubai, Buat Hati Meronta Nak Pergi

Dubai semakin giat mengembangkan destinasi pelancongannya. Antaranya, pembinaan tempat menarik untuk menggoda lebih ramai pelancong menikmati keindahan Timur Tengah. Kota yang terkenal dengan bangunan pencakar langit itu, kini memperkenalkan dua lagi daya tarikan.


Memetik Dream.co.id, salah satunya untuk pelancong yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar. Xline Dubai Marina merupakan permainan zipline sepanjang satu kilometer (km). Ia menghubungkan menara Amwaj di Jumeirah Beach Residence hingga ke Dubai Marina Mall. Kalau takut tinggi, tak payah naik!




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/30/215854x09wik5kdd2dgciw.jpg
Menaiki 'zipline' ala-ala terbang di angkasa Dubai



"Dubai masa kini tidak sama dengan Dubai 40 tahun lalu. Dubai yang dulu hanyalah padang pasir, sekarang ia telah jauh berkembang pesat.

"Kami ingin mengubah stigma pelancong yang melihat Dubai sebagai a-must-see-city menjadi a-must-experienced-city dengan menawarkan pelbagai daya tarikan baru pada 2018 ini," ujar Hoor Mohammad Noor Al Khaja, Pengurus Kanan Asia Pacific, International Operations Dubai Corporation of Tourism and Commerce Marketing (DCTCM).




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/30/220014mwuql66dli7lyuu3.jpg
Dubai Frame sedang dalam pembinaan ketika ini.



Beberapa daya tarikan baru yang ditawarkan pemerintah Dubai di antaranya, Dubai Frame. Ia terdiri daripada dua menara setinggi 150 meter, yang dihubungkan oleh jambatan kaca sepanjang 93 meter di bahagian atas.


Apabila naik di atas jambatan, para pengunjung dapat melihat pemandangan Dubai dari dua sisi. Landskap berupa kota tua untuk menggambarkan Dubai pada waktu dahulu dan Dubai masa kini.





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/30/220628wiqwfvgrfzwkvjqz.jpgDubai Frame 'tarikan terbaru' yang pasti tidak mengecewakan
Foto: kanaltigapuluh



"Pelancong tidak perlu risau untuk berkunjung ke Dubai kerana kita menduduki tangga kedua sebagai negara teraman di dunia. Untuk masalah pakaian, tidak perlu harus tertutup, jika di pantai boleh mengenakan bikini, disesuaikan tempatnya saja," tambah Hoor.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/30/221221b5z545c4z5m181p0.jpgSuasana indah mempesona pada malam hari
Foto: prestigedubai






Dubai ada duit hasil minyak, boleh menyediakan semua yang pelancong impikan. Cuma pelancong saha yang kena sediakan wang. Manalah tahu, mungkin ada rezeki dapat ke sana nanti, kan? - CARI


RatuDunia94 Publish time 2-2-2018 10:27 PM

Yg zipline tu yg hajbir naik aritu kan..

zasrfikri Publish time 4-2-2018 02:55 PM

cuaca dubai ni macam panas tapi berangin ke cmner

cmf_ultraviolet Publish time 4-2-2018 03:38 PM

zasrfikri replied at 4-2-2018 09:55 AM
cuaca dubai ni macam panas tapi berangin ke cmner

sekarang tengah nyamannanti dah masuk bulan 4 ke atas memang membahang

abangadek Publish time 4-2-2018 04:16 PM

tapi ramai staf baru kt company iols keja ni pernah keja dubai sebelum dtg sini hmmm...

bloodyamuk Publish time 27-3-2018 01:49 AM

artificial beauty...tak best sangat ala vegas disneyland je...

kabintang Publish time 2-8-2018 09:35 AM

Assalam.. tumpang tanya pada sesiapa yang telah pergi ke Dubai baru-baru ini.Saya nak tahu bagaimana keadaan immigresen di Dubai airport, sebab pada September ni saya akan ke Istanbul dgn menaiki Emirates.Stopover selama 13 jam.Saya akan tiba di Dubai jam 10.20 pm.Akan meneruskan penerbangan ke Istanbul keesokan hari nya jam 11.20 pagi.Saya bercadang nak check in mana2 hotel di Dubai.
Pages: [1]
View full version: Daya Tarikan Baru Di Dubai, Buat Hati Meronta Nak Pergi


ADVERTISEMENT