willow12 Publish time 26-1-2018 12:43 AM

Mini series DO(S)A. [Ashraf sinclair, remy ishak, hisyam hamid, syenty feliziana

Edited by willow12 at 3-2-2018 01:57 PM

DOA yang merupakan An Astro Original Series adalah karya asal Ketua Unit Drama Premium & Filem Astro, Saniboey Mohd Ismail dan Salman Aristo, yang turut bertindak sebagai penulis skrip untuk naskhah ini.
XFH_kjmgNPI
JUDUL : DO(S)A
EPISOD : 8 episod (binge-watch)
TARIKH TAYANGAN : 14 Feb 2018
SIARAN : Astro First Eksklusif saluran 480 dan VOD. (RM19.10 utk 10 hari)
PENGARAH : Ifa Isfansyah (best director FFI) (Sang Penari, Garuda Di Dadaku dan Pendekar Tongkat Emas)

PENULIS SKRIP : Salman Aristo (best screenplay FFI) ( Ayat-Ayat Cinta, Laskar Pelangi, Garuda di Dadaku dan Sang Penari)

PELAKON : Dato M.Nasir, Remy Ishak dan Daniella Sya, Ashraf Sinclair, Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid, Reuben Elishama dan Tegar Satrya, Shenty Feliziana dan Hisyam Hamid.

TERBITAN : Arie Zaharie Production Sdn Bhd

SINOPSIS :

DO(s)A mengisahkan empat beradik dibesarkan bapa mereka sendirian iaitu Latif (M Nasir) dengan nilai kesederhanaan, pegangan agama yang kuat dan disiplin persilatan. Fuad (Ashraf Sinclair), Farid (Remy Ishak), Fahad (Hisham Hamid) dan Fara (Shenty Feliziana) hidup bersama bapa mereka di tempat paling sunyi di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Di situ, mereka menjalani kehidupan hampir tersembunyi daripada masyarakat dan setiap hari berlatih ilmu persilatan seolah-olah sedang bersiap-siaga menghadapi sesuatu. Fara sering memberontak namun tidak diendahkan Latif.

Hubungan keluarga itu semakin bergolak apabila Fara berkenalan dengan seorang lelaki Indonesia, Arian (Reuben Elishama), yang tiba dari Jakarta semata-mata untuk berjumpa Latif. Dalam usaha Arian melembutkan hati Fara untuk membawanya bertemu Latif, mereka menjadi rapat. Menyedari perkara itu, Fuad yang seolah-olah mengetahui tujuan Arian mencari Latif menghalang Fara daripada bertemu Arian bahkan Fuad bertindak mengusir Arian pulang ke Jakarta kerana Latif tidak mahu lagi ada kaitan dengan orang seperti Arian.

Berang dengan tindakan Fuad, Fara mengekori Arian ke Jakarta tanpa mengetahui bahaya yang menantinya di sana. Sebaik saja Fara keluar dari pintu ketibaan di lapangan terbang di Jakarta, dia diculik dan dihumban ke dalam van lalu dikurung di sebuah gudang. Lantas, Latif terus menghantar Fuad, Farid dan Fahad ke Jakarta untuk membawanya pulang. Di sana, mereka tiga beradik sering diserang tanpa sebab yang pasti. Arian yang baru mendengar berita penculikan Fara turut berganding bahu membantu abang Fara. Semakin lama mereka di Jakarta, semakin banyak yang mereka mula fahami mengenai asal usul keluarga mereka dan siapa bapa mereka sebenarnya. Tanpa disedari, mereka terjerumus di tengah-tengah pergelutan kuasa di dalam dunia kongsi gelap Jakarta. Hanya mereka yang mampu mengakhirkan perang ini, walau sebesar mana pengorbanan yang diperlukan.

willow12 Publish time 26-1-2018 12:44 AM

Edited by willow12 at 28-1-2018 10:14 AM

TRIVIA DO :

-100 krew setiap hari di lokasi

-1,000 pelakon tambahan

-55 hari tempoh penggambaran dengan 5 hari lokasi di Kuala Lumpur dan 50 hari lokasi Jakarta

-770 jam waktu penggambaran

-418 babak yang melibatkan 90 buah lokasi

– 2 tahun tempoh proses perancangan dan pembikinan

– 3 minggu latihan lakonan di Kuala Lumpur dan Jakarta

-20 orang jurulatih seni silat mempertahankan diri

-8 bulan untuk proses di bahagian kreatif

willow12 Publish time 26-1-2018 12:45 AM

Edited by willow12 at 29-1-2018 11:02 PM

Official trailer sudah keluar uollllssss...GtMAW8zDOFE

tombolpintu Publish time 26-1-2018 08:43 AM

Aku lebih teruja nak tengok m nasir:D

JDT Publish time 26-1-2018 09:54 AM

Macam sedap je jalan cerita...

lililen Publish time 26-1-2018 10:47 AM

Mcm best. Tp berbaloi ke nak beli ni?

Akubinimone Publish time 26-1-2018 04:01 PM

tombolpintu replied at 26-1-2018 08:43 AM
Aku lebih teruja nak tengok m nasir

sama lah!
teruja nk tgk m nasir!! menten hensem siot owunk tua nih!!!

seksaited of kos nk tgk my talldarknhandsome hero..Remy Ishak!
bab2 silat gaduh2 nihh...sure lagiii macho handsome teruk nihh!

MizzNaza Publish time 26-1-2018 11:16 PM

Pegi premier miniseries nih kat pavi last Wed. So dapat layan first 2 episodes. Worth la nak subscribe nanti

MizzNaza Publish time 26-1-2018 11:18 PM

Akubinimone replied at 26-1-2018 04:01 PM
sama lah!
teruja nk tgk m nasir!! menten hensem siot owunk tua nih!!!

Dan agak kelakar jugak la watak si Remy tuh

melnanzz Publish time 27-1-2018 06:44 AM

Wow! Another Astro First Exclusive mini-series! Baru je nak move on dari Mandatori, Astro belanja Dosa pulak! Will definitely watch on 14 Feb!!

willow12 Publish time 28-1-2018 10:06 AM

lililen replied at 26-1-2018 10:47 AM
Mcm best. Tp berbaloi ke nak beli ni?

Tanya org yg pegi gala premier (first 2 episodes), dorang kata best dan bbaloi. Cuma ganas sket sbb byk scene fighting.

Takde la mahal mana...kalau nak compare tgk movie kat cinema, harga 1pax pun lebih kurang je.

willow12 Publish time 28-1-2018 10:07 AM

MizzNaza replied at 26-1-2018 11:18 PM
Dan agak kelakar jugak la watak si Remy tuh

Hisyam hamid rembes tak uoollsss.. ahaks!

willow12 Publish time 28-1-2018 10:33 AM

PETIKAN KENYATAAN RASMI OLEH NAIB PRESIDEN BAHAGIAN PERNIAGAAN MELAYU ASTRO, DATO’ KHAIRUL ANWAR SALLEH

Sejujurnya, saya berasa cukup teruja dengan karya DOA ini kerana ia merupakan kerjasama sulung Astro yang melibatkan Malaysia – Indonesia dalam melahirkan siri original Nusantara premium eksklusif istimewa untuk tontonan ramai. DOA turut merupakan karya pertama Nusantara yang kami tampilkan dalam slot ‘An Astro Original Series’.

Sebelum ini, Astro telah memulakan beberapa projek bagi menembusi pasaran serantau seperti ‘3 A.M. Bangkok Ghost Stories’ dengan pihak penerbitan dari negara Thailand, naskhah seram bertajuk ‘Door’ dengan penerbitan Filipina, serta ‘Cinta Paling Agung’ dan ‘Polis Evo2’ dengan kerjasama republik Indonesia. Pada masa yang sama, filem-filem terbitan Astro seperti ‘The Journey’ turut menarik minat pemain industri dari negara luar untuk diadaptasikan bagi siaran di negara masing-masing. Ini secara tidak langsung memberi indikasi bahawa karya terbitan Astro diterima ramai, baik audiens dari dalam mahupun luar negara.

Melihat akan kejayaan yang berjaya dilakar menerusi kolaborasi-kolaborasi mega yang dilaksanakan ini, Astro akan terus melahirkan banyak lagi naskhah-naskhah hebat untuk tontonan semua. Akan datang, ‘Sembilan’, sebuah lagi siri original gandingan Malaysia – Indonesia dijangka bakal menemui peminat pada akhir tahun ini. Naskhah bergenre seram ini akan memulakan penggambaran pada bulan Mei 2018. Kami menyasarkan akan ada lebih banyak lagi kandungan dan projek seumpamanya bakal dihasilkan di masa-masa yang akan datang.

Dalam pada itu, saya begitu berpuas hati dengan hasil akhir yang dizahirkan barisan produksi DOA. Jalan penceritaannya ternyata ‘luar dari kebiasaan’, cukup kompak dan ‘mind-blowing’. Ternyata, kerjasama dan keserasian yang tercetus di antara pemain utama di bahagian hadapan dan belakang tabir naskhah ini adalah sebuah kekuatan yang wajar diakui ramai. Bakat mereka ini terletak di kelasnya yang tersendiri dan saya yakin, gandingan sehebat ini mampu mencetuskan satu fenomena baru dalam landskap seni serumpun khususnya

Artikel penuh: (sori tak reti biru kan link)
http://www.budiey.com/dosa-astro-original/

MizzNaza Publish time 28-1-2018 02:25 PM

willow12 replied at 28-1-2018 10:07 AM
Hisyam hamid rembes tak uoollsss.. ahaks!

Semua rembes uols, termasuk pak nasir!

melnanzz Publish time 28-1-2018 05:20 PM

Teaser

https://www.instagram.com/p/BecKsDQH4qi/

Akubinimone Publish time 29-1-2018 01:57 PM

MizzNaza replied at 26-1-2018 11:18 PM
Dan agak kelakar jugak la watak si Remy tuh

Oooo really darling??kelakar lawak ke cemana..

baca sinop watak dia n tajuk drama cam serius subject jerrkkk...

Akubinimone Publish time 29-1-2018 01:58 PM

melnanzz replied at 27-1-2018 06:44 AM
Wow! Another Astro First Exclusive mini-series! Baru je nak move on dari Mandatori, Astro belanja Do ...

huhuhu...dia tayang sempena befday ai lahh!!!
sure ku subscribe nihhh...

melnanzz Publish time 30-1-2018 05:25 AM

Official Trailer

XFH_kjmgNPI

willow12 Publish time 30-1-2018 05:36 AM

melnanzz replied at 30-1-2018 05:25 AM
Official Trailer

Mel, I am so excited!!!

Smlm dorang kata release trailer pukul 9, tgk2 teaser 30 seconds jerrrr.. rupanya midnight baru astro gempak upload yg ni..

willow12 Publish time 3-2-2018 01:47 PM

2AtWs4V5Znk
Pages: [1] 2
View full version: Mini series DO(S)A. [Ashraf sinclair, remy ishak, hisyam hamid, syenty feliziana

ADVERTISEMENT