zasrfikri Publish time 23-1-2018 01:07 AM

10 LAGU NASYID KONTEMPORARI PALING POPULAR DI MALAYSIA

Edited by zasrfikri at 23-1-2018 01:10 AM

GALAKSI VIRAL - Jika sebelum ini kita sudah mengetahui lagu manakah yang tersenarai di dalam senarai LAGU NASYID KLASIK TERBAIK SEPANJANG ZAMAN di dalam entri terdahulu. Kini mari kita lihat pula lagu Nasyid Kontemporari / Moden yang manakah paling popular di Malaysia sehingga menjadi lagu evergreen yang diminati ramai oleh peminat muzik Malaysia.


https://1.bp.blogspot.com/-c4Q8zJ-IAWs/WmXnIpPMsII/AAAAAAAADRg/vJv_g3PAuug16-Sg443F22j-ZhIipCs9wCLcBGAs/s400/SEPOHON%2BKAYU.png



10 LAGU NASYID KONTEMPORARI PALING POPULAR DI MALAYSIA

01. PUJI PUJIAN
ARTIS : Raihan
KOMPOSER : Raihan / Nasser Abu Kassim
PENULIS LIRIK : Raihan
ALBUM : Puji Pujian
TAHUN : 1996 / 1997
CATATAN :
Tiada siapa dapat nafikan lagu Puji Pujian adalah pencetus kepada gelombang baru fenomena irama Nasyid Kontemporari di Malaysia pada era 90 an. Lagu yang memuji kebesaran Allah SWT ini telah menjadi salah satu lagu Nasyid paling popular sepanjang zaman bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh negara Islam di planet Bumi ini. Keharmonian vokal kumpulan Raihan sangat mendamaikan jiwa apabila mendengar mereka melagukan lagu nasyid ini dengan cara mereka tersendiri. Kumpulan Raihan yang juga merupakan salah satu kumpulan vokal paling berjaya di Malaysia telah memegang banyak rekod kejayaan mereka yang tersendiri seperti Album Paling Laris Di Malaysia (Puji Pujian) dan tersenarai sebanyak sembilan kali sebagai Selebriti Muslim Paling Popular Di Dunia bagi wakil Malaysia.

02. TEMAN SEJATI
ARTIS : Brothers
KOMPOSER : Zahidin
PENULIS LIRIK : Zahidin
ALBUM : We Are
TAHUN : 1997
CATATAN :
Lagu yang mengisahkan kisah sahabat ini sememangnya telah menjadi lagu tema persahabatan kepada warga era 90 an sehingga kini. Lagu ini cukup popular pada tahun 1997 dan video muziknya juga kerap dimainkan di stesen TV3 pada masa itu.

03. KELUARGA BAHAGIA
ARTIS : Saujana
KOMPOSER : Jeff Hazimin
PENULIS LIRIK : Jeff Hazimin
ALBUM : Saujana
TAHUN : 1997 / 1998
CATATAN :
Lagu yang mengisahkan keluarga bahagia ini telah menjadi lagu salah satu signature song kepada kumpulan Saujana selain lagu debut mereka iaitu Sepohon Kayu. Video muzik lagu ini juga kerap dimainkan di stesen RTM TV1 dan TV2 pada tahun 1998.
04. DAMAI YANG HILANG
ARTIS : Nowseeheart
KOMPOSER : Mujahid
PENULIS LIRIK : Ito Lara /Arab
ALBUM : Wahyu Pertama
TAHUN : 1998
CATATAN :
Kumpulan Nowseeheart mempunyai banyak lagu Nasyid berkonsepkan Pop Moden yang sedap didengar dan popular di kalangan peminat nasyid tempatan. Antara karya terbaik mereka ialah single pertama mereka berjudul Damai Yang Hilang. Lagu ini boleh dikatakan antara salah satu lagu Nasyid terbaik di Malaysia.

05. PERGI TAK KEMBALI
ARTIS : Rabbani
KOMPOSER : KRU
PENULIS LIRIK : Nazim / Mohamad Asri Ibrahim
ALBUM : Pergi Tak Kembali
TAHUN : 1999 / 2000
CATATAN :
Kumpulan Rabbani telah membawa gelombang kedua revolusi muzik Nasyid apabila lagu Nasyid mereka buat pertama kalinya dinyanyikan dengan irama Dance Music. Ramai terkejut apabila Rabbani menyanyikan lagu Pergi Tak Kembali ini dengan begitu rancak seperti seolah kita mahu menari apabila mendengar iramanya. Namun, apabila kita menghayati liriknya yang berkaitan kematian, pasti kita akan terus berasa insaf dan bermuhasabah diri. Allahyarham Ustaz Asri iaitu bekas vokalis utama kumpulan Rabbani kerap dianggap sebagai penyanyi Nasyid terbaik di Malaysia. Lagu ini juga merupakan lagu Nasyid paling popular tahun 2000.

Kalau berminat nak baca dengan lebih lanjut lagi, bolehlah baca di link sumber rujukan ini >> 10 LAGU NASYID MODEN PALING POPULAR DI MALAYSIA


mdhelmi Publish time 23-1-2018 10:22 AM

raihan aku paling suka lagu doa makan
Pages: [1]
View full version: 10 LAGU NASYID KONTEMPORARI PALING POPULAR DI MALAYSIA


ADVERTISEMENT