Cari-Norlili Publish time 22-1-2018 10:08 AM

Betulkah Wanita 'Berbulu' Seksi Di Mata Lelaki?

Agak sensitif bagi wanita yang mempunyai bulu roma agak lebat untuk dibicarakan secara terbuka. Namun, hakikatnya ramai wanita memiliki bulu roma lebat pada anggota tubuh hinggakan ada yang berasa malu dan kurang yakin dengan penerimaan orang lain terutama kaum lelaki.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/22/095538gwtwbcocti3whwci.jpgFoto: SurabayaOnline.co




Rasa rendah diri terlebih pula apabila bulu roma lebat jelas kelihatan di wajah dan tangan. Kalau lelaki berbulu itu biasa, orang akan cakap "seksi lah lelaki berbulu".


Tapi, wanita jatuh kategori seksi juga ke kalau dah berbulu macam lelaki? Lelaki suka tak pada wanita berbulu, atau mereka akan memilih calon pasangan yang flawless sahaja?




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/22/095538w9ibfujzd56ff4fi.jpgFoto: www.self.com






Ada beberapa pandangan daripada lelaki tentang wanita berbulu lebat seperti dipetik dari ERA, antaranya:




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/22/100100eslppth8h1s01m6o.jpgJaa Suzuran




"SUKA!" kata Jaa Suzuran yang merasakan wanita seksi terutama jika berbulu tangan halus. Ehem, kaum wanita dah boleh kikis perasaan rendah diri ya. Anda sebenarnya seksi!




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/22/020557hlkkp1e8k8ceyhpf.jpgKyle Yap




"Tak suka wanita berbulu, tapi kalau teman wanita sendiri berbulu roma lebat, terima sajalah dia seadanya sebab sayang kan. Nanti boleh cukur," kata Kyle Yap, siap dengan cadangan untuk bercukur.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/22/020650jig8iilwqgee7vgx.jpgIrman Shah




Pendapat yang ketiga ni agak menarik. Katanya, sejujurnya dia tak suka wanita berbulu lebat di kaki atau atas bibir (misai), tapi kalau di tangan tak mengapa. Tanda murah rezeki menurut Irman Shah. Ini pandangan orang dulu-dulu, murah rezeki jika wanita itu berbulu lebat di tangan.


Rasanya, tak perlu lagi nak merendah diri sangat, kan? Berbulu atau tidak, asalkan anda selesa teruskan saja. Kalau rasa malu, banyak cara boleh dilakukan untuk buang bulu tersebut seperti mencukur. - CARI

LostStar Publish time 22-1-2018 02:39 PM

pompuan berbulu tu bukan ke masalah hormon.. mana datangnya rejekiii bro?

nidzhar Publish time 22-1-2018 02:43 PM

iols yang pompuan pon geli tengok pompuan ada bulus kaki dgn misai :lol:

Knowlee Publish time 22-1-2018 08:20 PM

husband kawan ai suruh kawan ai buang misai dan bulu kaki. makanya kawan ai tanya ai nak buat camna. ai suggest buat waxing je. lama sikit bertahan.

Jorja Publish time 24-1-2018 01:57 PM

I perasan kalau perempuan yg berbulu lebat tapi halus {:smile di tangan tu biasanya yang lawa lawa I jumpa

Jorja Publish time 24-1-2018 01:59 PM

"Tanda murah rezeki menurut Irman Shah. Ini pandangan orang dulu-dulu, murah rezeki jika wanita itu berbulu lebat di tangan."

Setuju ni. Yg I kenal memang murah rezeki aja life derang. Lawa lawa,, suami dia baik,, pangkat besar,, anak comel n dolu dolu masa study dia selalu kena puji dgn lecturer..pandai present patut jadi benchmark kata my lec bukan baca slides aja

mziskandar Publish time 24-1-2018 08:55 PM

Pompuan banyak bulu, sharp features.

turboturtle Publish time 9-2-2018 12:47 AM

nidzhar replied at 22-1-2018 02:43 PM
iols yang pompuan pon geli tengok pompuan ada bulus kaki dgn misai

Pompuan kalau ada misai nipis tu memang kaki dia berbulu ke ?

kenzou Publish time 11-2-2018 01:51 AM

Tak seksi dan seksi perempuan tak payah ditunjuk.

Tapi bab bulu tu klu dah genetik nak buat guane. Terima je lah.
Pages: [1]
View full version: Betulkah Wanita 'Berbulu' Seksi Di Mata Lelaki?


ADVERTISEMENT