Cari-Amiey Publish time 19-1-2018 04:19 PM

Eh, Ada Garis Putih La Dekat Ayam. Selamat Untuk Dimakan Ke?

Pernah tak perasan terdapat garis halus pada daging ayam yang mentah semasa anda mencucinya? Garis ini kebiasaannya kelihatan agak samar dan bersatu dengan baik bersama daging ayam.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/19/153531lccs2v2csnxsscrd.jpg




Tahukah anda menurut kajian dari University of Arkansas dan Texas A&M, garis putih pada ayam ini semakin mudah didapati pada ayam.


Daripada 285 ekor, sebanyak 96 peratus ayam memiliki garis putih yang berada pada bahagian dada.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/19/153007zizndy673ic7ce9r.jpg




Memetik laporan Daily Mirror, bahagian putih ini menunjukkan lemak yang banyak pada ayam tersebut. Ianya juga merupakan penanda aras untuk kualiti daging ayam tersebut.


Bagaimanapun, garis tersebut secara keseluruhannya tidak akan merosak kualiti ayam tersebut malah akan membuat si pemakannya lebih kenyang berbanding dengan ayam yang kurang lemak.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/19/153109bxezvzph032ec2ct.jpg



Salah seorang penyelidik utama Pertanian, Badan Litbang Pertanian IPB iaitu Dr. Tike Sartika menyatakan bahawa garis putih tersebut merupakan lemak daging dari baka yang berkualiti tinggi.


"Biasanya garis putih itu tidak ada kerana lemak ayam berada di bawah kulit. Tetapi bagi ayam yang mengandungi protein tingg, lemak akan timbul pada daging. Tetapi ianya bukanlah sesuatu yang buruk,” ujar Dr.Tike.


Tambahnya lagi, semua lemak akan membuat daging lebih garing dan sedap. Cuma perlu mengawal pengambilannya kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kolesterol tinggi.


Disebabkan itu, bagi mereka yang sedang menjaga makan atau berdiet sangat disarankan untuk memakan dada ayam dengan cara merebus dan bukannya digoreng.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/19/153143begwqw8jggu3g8tp.jpg



Ha, lepas ni boleh lah pilih ayam yang ada garis putih kalau nak rasa ayam yang lebih sedap. - CARI

SecretLuv Publish time 19-1-2018 08:56 PM

Oh. Aku selalu jumpa garisan putih tu.

CiliPadiSedap Publish time 19-1-2018 10:10 PM

kalau dada abg sejat ada garis putih itu lemak ke silikon sis?

CiliPadiSedap Publish time 19-1-2018 10:12 PM

ok dah lakukan autopsy ke atas sis vokuru, tiada garisan putih tapi ada garisan bahu jalan di dada sis vokuru, ini tandanya lemak pekat sejati

meisapoya Publish time 19-1-2018 10:33 PM

Oh mcm tu eh. Letih iols cuci benda x hilang2 haha

vanilla_vell Publish time 20-1-2018 10:35 PM

tu bukan selalu ade ke. lemak2

noraidil_06 Publish time 20-1-2018 10:53 PM

CiliPadiSedap replied at 19-1-2018 10:12 PM
ok dah lakukan autopsy ke atas sis vokuru, tiada garisan putih tapi ada garisan bahu jalan di dada s ...

X de kena-mengena lsg dgn topic

CiliPadiSedap Publish time 21-1-2018 02:10 AM

noraidil_06 replied at 20-1-2018 10:53 PM
X de kena-mengena lsg dgn topic

ok sorry pra moderator.;P

rosasen Publish time 21-1-2018 10:53 AM

suspen jer

Cari-Amiey Publish time 23-1-2018 06:33 PM

CiliPadiSedap replied at 19-1-2018 10:10 PM
kalau dada abg sejat ada garis putih itu lemak ke silikon sis?

haha tak tau la pulak. Tak pernah tengok lagi. {:3_95:}

Cari-Amiey Publish time 23-1-2018 06:34 PM

rosasen replied at 21-1-2018 10:53 AM
suspen jer

hehehhehe ;P;P

Cari-Amiey Publish time 23-1-2018 06:35 PM

SecretLuv replied at 19-1-2018 08:56 PM
Oh. Aku selalu jumpa garisan putih tu.

itu tandanya penuh lemak di dada :lol:

Cari-Amiey Publish time 23-1-2018 06:36 PM

meisapoya replied at 19-1-2018 10:33 PM
Oh mcm tu eh. Letih iols cuci benda x hilang2 haha

hahah rajinnya sis ;P

meisapoya Publish time 23-1-2018 08:19 PM

Cari-Amiey replied at 23-1-2018 06:36 PM
hahah rajinnya sis

Gigih sbb geli tgk. Klu dh siap masak kt kedai melantak x igt geli dh :lol:

raihaneem Publish time 3-2-2018 01:12 PM

Ooo..gitu..
Kdg lemak ayam warna putih kdg warna kuning...

Mana yg ok?

biozipstar Publish time 13-2-2018 02:17 PM

laaaaaaaaaaaaaaaa. aku tak terfikir apa-apa pun masa makan. yakin halal aje. hehe.. mekaseh ek

crozencoklat Publish time 27-2-2018 04:47 PM

raihaneem replied at 3-2-2018 01:12 PM
Ooo..gitu..
Kdg lemak ayam warna putih kdg warna kuning...



biasanya lemak warna putih adalah lebih bagus sebab masih dalam keadaan segar manakala warna kuning tu sudah beberapa hari di jual di dalam pasaraya.


Pages: [1]
View full version: Eh, Ada Garis Putih La Dekat Ayam. Selamat Untuk Dimakan Ke?


ADVERTISEMENT