Monyet Salju Di Jepun Hobinya Macam Manusia–Mandi Air Panas Di Musim Sejuk!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/18/234112cll0dk77idfulu0d.jpgBilakah kali terakhir anda melihat sekumpulan monyet liar bercanda?
Macam dah lupa kan bila?
Maklumlah haiwan ini semakin pupus disebabkan pembalakan serta pembinaan penempatan.
Berbeza di Jepun, kerana monyet dianggap mewakili Dewa Gunung (kerana rupanya mirip manusia) dijaga dengan baik. Mereka juga dipanggil dengan gelaran monyet salju. Macam comel ja kan?
Malahan kerajaan Jepun menjadikan monyet sebagai haiwan yang dilindungi lalu menempatkan 180 ekor monyet tersebut di Jigokudani Yaen-koen (pusat perlindungan monyet) yang berhampiran pergunungan serta jauh dari kampung.
Lokasi ini juga dikenali sebagai Snow Monkey Town.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/18/233254oaqt13g8833hruqs.png
Jika anda dari Tokyo dan mahu berkunjung ke sini, perlulah menaiki bullet train (shinkansen) selama 2.5 jam. Dikhabarkan 200 ribu pelancong dari seluruh dunia mengunjungi monyet ini setiap tahun.
Tapi, untuk sampai ke sana, anda harus hiking sejauh 2km dari Kanbayashi Oshen. Jangan risau, laluannya sudah dimudahkan, jadi tiada masalah untuk ke sana.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/18/232806yed3ugdsuubljj8u.gif
Monyet-monyet ini tinggal bebas di daerah pergunungan. Biasanya mereka akan datang ke tempat perlindungan pada waktu pagi hingga petang kemudian pulang ke gunung pada waktu malam.
Paling menarik monyet salju ini menyukai aktiviti berendam dalam kolam air panas di musim sejuk. Kalau bertuah, anda mungkin dapat melihat bayi monyet salju yang baru lahir dan sering berkeliaran di sekitar kolam itu.
Walaupun mereka liar, namun monyet salju ini tidak kesahkan manusia yang sentiasa ingin berfoto dengan mereka.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/18/233307cmtqqd66tfbc81dz.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/18/233319rzdt8ezdk3gk38a5.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/18/233554efzcx13gipff9an3.jpg
Bagaimanapun, awas! Anda tidak boleh mendekati mereka dalam jarak yang dekat. Malahan dilarang sama sekali memberi mereka makan kerana petugas akan memerhatikan segala aktiviti tersebut. - CARI
Mereka pun pandai dah cuaca sejuk kalau berendam dalam air panas pasti lega.Tapi kalau nak kesana kena gi masa musim sejuk kalau musim panas monyetnya tak da semua lari masuk hutan. Monyet pun pandai nak hotbath jakuzi comel gila gmba last
yg baby monyet tu mcm pakai baju sejuk bulu2 plak
;P monyet malaysia takut patung harimau comel baby dia :lol: yg baby tu pandai pulak dia buat snow ball..:lol: Cuteness overload {:smile Bulu tebal gebu tu yg buat nampak comel Comel je main snow Hahaha muka yang last tu. Muka syok! haha...muka dia mcm nampak legaa...ahhh. Yg main snow tu, comel yg amat ya Allah!:loveliness: subhanallah... hebat ciptaan tuhan comel naunau masing2 comelnye ...bestnye kalau dpt g tgk Gmbr plg last mmg xboleh blah comelnya.......wakwakwakwak
Pages:
[1]