Cari-Amiey Publish time 18-1-2018 12:30 PM

Hanya Dengan RM150, Anda Boleh Beli Lauk Sebulan Untuk Satu Famili. Jimat!!

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini, kita perlu bijak mengatur perbelanjaan lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga.


Kegagalan dalam merancang ekonomi keluarga akan menyebabkan kita mengalami masalah kewangan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/18/002320hhe8of88a0eevakf.jpg



Jadi, bagaimanakah caranya untuk 'survive'?


Menetapkan perbelanjaan bulanan termasuklah belanja dapur boleh membantu agar kita tidak terlebih bajet dalam berbelanja.


Menerusi posting seorang pengguna facebook, Fieya Badar, kami kongsikan antara tips bijak mengatur perbelanjaan dapur dengan hanya RM150- RM200 sahaja sebulan.


Meh nak share macam mana kami boleh set bajet bulanan tak over bajet tiap2 bulan. Paling utama ada saving in case anak sakit or kecemasan.

Untuk barang-barang basah, kami peruntukkan RM150-RM200 saja sebulan. Berbanding jika beli di pasar setiap hari memang akan over bajet gila la kan.

Eh segar ke ikan tu?
Eh tahan lama ke?
Eh manis lagi ke bahan tu bila masak?
Eh masih sedap ke?

Meh nak ajar ye. Kalau salah, mohon maaf. Tapi saya buat begini sejak azali. Jimat.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/18/003300j94o3difxoitxxdm.jpg



DAGING

1. Kalau beli daging, saya beli daging beku itu sekilogram di pasar besar baru sekitar RM24/kg. Cara nak bagi tak hilang manis daging itu, balik teruslah potong. Macam saya, dua bekas selalunya dihiris nipis. Satu bekas dihiris kiub. In case nak masak daging masak hitam mamak ke kan, ha. Sambil awak hiris, awak boleh fikir nak buat menu apa.

2. Jangan basuh daging ye. Selepas hiris, terus masuk bekas, tutup dan disimpan.

3. Nak masak, keluarkan sebekas, biar dia cair sendiri. Jangan gatal pula pergi rendam dengan air ke apa. Bila dah cair sendiri, nak masak baru basuh bersih-bersih cenggitu. Barulah daging uolls tak keras jegung, tak liat dan tak rasa tawar. Elok je cek oii.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/18/003157hwwwswo2104ssuuo.jpg



IKAN

1. Bergantung juga ikan apa yang awak borong. Macam saya, semua ikan yang saya nampak, saya beli selagi cantik rupanya seperti dalam gambar. Saya borong ikan termenung, ikan cencaru, ikan siakap.

2. Ikan cencaru, ikan siakap jangan isi air ye, nanti hilang manis ikan. Sama seperti ikan tongkol, ikan nyok2, ikan pari, ikan patin kalau saya beli, siang dan basuh. Kemudian simpan tanpa letak air.

3. Ikan termenung, ikan sardin, ikan sebelah disiang dan dibersihkan bubuh air hapus ikan. Nanti nak masak sama juga, jangan rendam dalam air, kecut ikan itu dan hilang kemanisannya. Biar saja ikan itu cair sendiri. Sebelum simpan, dah basuh dan bersihkan. Masak, toskan saja. Campaklah nak masak apa pun.




UDANG/SOTONG

1. Potong, bersihkan. Letak air hapus paras udang/sotong/ikan. Kemudian boleh tutup kemas-kemas dan simpan.

2. Nak masak sama juga seperti yang saya beritahu di atas itu okey.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/18/002421u4g6wt4v9g0p0l2o.jpg



AYAM/ITIK

Tak perlu letak air. Basuh bersih-bersih, letak dalam bekas dan simpan. Siap! Bila nak masak, rendam sekali bekas, jangan direndam isinya sahaja. Pucat ayam/itik itu nanti dan jadi tawar pula.

Yang bekerja, malam itu awak boleh turunkan bekas apa yang nak dimasak pada keesokan pagi di bahagian chiller. Senang.

Kerjasama amat diperlukan. Nak mencuci semua bahan-bahan mentah ini perlu mengambil masa tiga jam lebih termasuk potong dan cuci. Itu tidak termasuk gangguan dari Ultraman, Princess let it go lagi gitu. Apa yang penting, kerjasama.

Kami bershoping di pasar Bukit Mertajam setelah menetap di Pulau Pinang. Dulu di Kuala Lumpur, kami pergi ke pasar malam Kampung Pandan atau pasar tani pun berlambak yang murah-murah. Di Perak, kami pergi ke pasar Kemunting.

Ha, itulah. Yang mana boleh jimat, kita jimat. Sekarang duit macam tak ada nilai, tetapi nak mencari duit itu. Hihihi! Tiga minggu makan ini untuk lima-enam orang satu rumah. Bajet dalam RM150-RM200.

Sekian. Bolehlah korang berjimat seperti kami. Nanti saya kongsi kaedah untuk sayur-sayuran pula.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/18/002726z2t2tuu2w27xwsd9.jpg


Apa pendapat anda? Agak-agak lepas ni boleh buat tak? -CARI

iszablack Publish time 18-1-2018 12:37 PM

Best jugak... perlu tahap kerajinan yang tinggi nihhh {:handsome

anaktoyol Publish time 18-1-2018 01:53 PM

nak jimat takda maknanya sempat pikir manis ke tak isi ikan semua tu...janji masihelok boleh di makan

siputsedut Publish time 18-1-2018 02:02 PM

Aku baru start buat frozen food(dah siap masak) weekly start thn baru aritu...rasa jimat jugak kalau beli weekly...tp habis around 100 gitu la utk one week termasuk sayur...better dr beli sikit2 boleh habis 150 gitu seminggu brg bsh aje...

moonbug Publish time 18-1-2018 02:37 PM

Kalau ada power outage kesiannya lah

chinta89 Publish time 18-1-2018 03:14 PM

entah, x suke jenis yg mcm ni.

kalau dgg ok la. kalau ikan ke ape semua tu, takdenya nk beli mcm ni simpan sampai sebulan.

yg ckp x pyh letak air mse simpan ikan, eh ade jugak ke yg sampai x tau langsung petua2 seremah ni? sah x penah masuk dapur kalau x tau.

noraidil_06 Publish time 18-1-2018 04:34 PM

I shld ask my bibik to read this. Sehari masak 3-4 jenis lauk.seminggu dah kosong peti ais.geram je.

noraidil_06 Publish time 18-1-2018 04:36 PM

chinta89 replied at 18-1-2018 03:14 PM
entah, x suke jenis yg mcm ni.

kalau dgg ok la. kalau ikan ke ape semua tu, takdenya nk beli mcm...

Ade u.saya :( dulu2 la. Nak goreng kangkung pn sy Google. Sbb tu dulu suke stalk blog filla sbb dia suke ltk resepi simple-simple

de_ikea Publish time 18-1-2018 10:27 PM

chinta89: entah, x suke jenis yg mcm ni.kalau dgg ok la. kalau ikan ke ape semua tu, takdenya nk beli mcm ni simpan sampai sebulan.yg ckp x pyh letak air mse si ...
iols tak tahu bab simpan ikan dgn air. Mmg mak n mother in law pun tak pernah buat mcm tu.Ilmu barulah utk iols.

SecretLuv Publish time 19-1-2018 12:05 AM

moonbug replied at 18-1-2018 02:37 PM
Kalau ada power outage kesiannya lah

Ha'ah. Betul jugak tu. Macam mana la nak masak semua lauk-lauk tu.:shutup:

Victorioussss Publish time 19-1-2018 07:26 AM

Mcm ocd type je nih

msdummy.2018 Publish time 19-1-2018 05:27 PM

SecretLuv replied at 19-1-2018 12:05 AM
Ha'ah. Betul jugak tu. Macam mana la nak masak semua lauk-lauk tu.

pernah buat....nk kata jimat tuh biasa jerlah kot.....lepas tuh, xbuat lg sb tekstur & rasa tuh ada rasa berubah ckit...lepas tuh leceh sb nk kena nyah beku awal....

ariean Publish time 19-1-2018 11:58 PM

Edited by ariean at 20-1-2018 12:00 AM

Betul2....paling mls nk tunggu die cair..
time teringt nk letak kat luar awal, ok la..tp time x ingt tu..
i goreng telur je...{:mlXD:}x pn mkn maggi...

chinta89 Publish time 21-1-2018 04:22 PM

noraidil_06 replied at 18-1-2018 04:36 PM
Ade u.sayadulu2 la. Nak goreng kangkung pn sy Google. Sbb tu dulu suke stalk blog filla sbb di ...

maafkan iols ye uols...

iols terkasar sgt ke tulis mcm tu... maybe rse mcm petua simpan ikan tu mudah je n basic, so semua org tahu. sori uols iols tgh stress gamaknya so taip mcm tu...sebetulnya takleh la iols rse mcm "eh petua senang mcmni pun takkan la x tau, sah x penah masuk dapur":'(

chinta89 Publish time 21-1-2018 04:23 PM

de_ikea replied at 18-1-2018 10:27 PM
iols tak tahu bab simpan ikan dgn air. Mmg mak n mother in law pun tak pernah buat mcm tu.Ilmu b ...

maafkan iols. huhu... iols fikir mcm semua org tahu basic ni. huhu.

well iols kena fikir mcm ni : tak semua petua2, semua org tahu. mybe iols pun byk je lg petua2 yg iols x tau.. sharing is caring hehe

chinta89 Publish time 21-1-2018 04:26 PM

msdummy.2018 replied at 19-1-2018 05:27 PM
pernah buat....nk kata jimat tuh biasa jerlah kot.....lepas tuh, xbuat lg sb tekstur & rasa tuh ad ...

ye btl tu. iols dpt rasakan tekstur dia dh lain, rasa dia dh lain.

nt ade org komen ala ikan kotak tu elok je simpan lama2..

itu org kije nelayan guna kapal atau bot besar, diorg mahir la cara penyimpanan yg btl utk kekalkan fresh ikan tu.

kalau mcm kita simpan masuk peti beku kat atas, pahtu tgu berjam2 nk lembik blk, serius la mmg isi dia dh x sedap..... nak kata iols salah buat, no. iols praktik mcm2 cara (yg mcm artikel tulis ni pun buat) tp mmg rse ikan dah x sedap.

noraidil_06 Publish time 21-1-2018 04:47 PM

chinta89 replied at 21-1-2018 04:22 PM
maafkan iols ye uols...

iols terkasar sgt ke tulis mcm tu... maybe rse mcm petua simpan ikan tu ...

Eh x de apelah. Sbb kdg2 mcm x logik kan.esp pd org yg biasa ke dapur. dulu sy nk goreng kangkung pn sy Google

chinta89 Publish time 21-1-2018 05:00 PM

noraidil_06 replied at 21-1-2018 04:47 PM
Eh x de apelah. Sbb kdg2 mcm x logik kan.esp pd org yg biasa ke dapur. dulu sy nk goreng kangkung...

lps ni elok juga ade thread tips2 di dapur. himpun jadikan satu thread. iols pun bukan semua tahu byk lg yg x tau ni. :$

puccafan Publish time 21-1-2018 05:11 PM

Apa maksud article tu "air hapus ikan" ?
Kalo translate to English "dead water fish"pon, masih tak kena dengan maksud keseluruhan dalam artikel tu.
Cam pucca, maximum 2weeks barang basah. Kalo sebulan, rasanya cam dah tak berapa sedap kot. Tambah2 kalau seafood

de_ikea Publish time 21-1-2018 07:02 PM

chinta89 replied at 21-1-2018 04:23 PM
maafkan iols. huhu... iols fikir mcm semua org tahu basic ni. huhu.

well iols kena fikir mcm ni ...

Eh tak pe chuols. Semua org ada lebih dan kurang dr segi pengetahuan dan pengalaman.Sbb tu ada konsep life learning process :)
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Hanya Dengan RM150, Anda Boleh Beli Lauk Sebulan Untuk Satu Famili. Jimat!!


ADVERTISEMENT