Nasi Goreng Cabai Kering Tumbuk, Nikmatnya Sampai Makan Berpinggan-Pinggan
Nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng pattaya dan macam-macam lagi nasi goreng yang ada hingga kadang-kadang pening nak makan yang mana.Bahan-bahan serta cara masakannya juga berbeza mengikut jenis serta tukang masak itu sendiri, apa yang utama adalah untuk menjadikan rasanya sedap hingga licin pinggan.
Tetapi ada satu nasi goreng yang mana jika anda membesar dalam suasana kampung pasti pernah makan dan rasanya sangat luar biasa sedap dimasak oleh emak atau opah.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/17/203322r89q8gvu000j902z.jpg
Nasi Goreng Cabai Kering Tumbuk. Dengar sahaja namanya pasti membuat kita teringat keenakan hidangan berkenaan semasa dinikmati. Ada rasa pedas, masin, tak perlu lauk sebab dah ada ikan bilis serta telur ayam yang dipecahkan.
Jadi di sini kami ingin kongsikan kepada anda resipi Nasi Goreng Cabai Kering Tumbuk! Tak renyah langsung.
Bahan-Bahan:
Telur
Bilis
Nasi putih
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/17/204620n0vi3yn0dvwns05i.jpg
Hanya enam bahan sahaja
Cara-cara
1) Potong cili kering dan rendamkan dalam air panas untuk bagi dia lembut jadi senang nak tumbuk
2) Masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis lalu ditumbuk sehingga lumat
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/17/204623bnsdmzrakesesx3z.jpg
Tumbukkan semua bahan tadi hingga lumat
3) Panaskan kuali dan masukkan minyak masak
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/17/204618bnkz422ptjpn0oin.jpg
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak
4) Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik minyak atau bau wangi
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/17/204630ngwffjfwxcfgfxhy.jpg
Tumis bahan ditumbuk hingga wangi
5) Pecahkan telur lalu digaul bersama bahan tumis tadi sehingga masak
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/17/204633e8v72lk3daded3dp.jpg
Pecahkan telur dan hancurkan
6) Akhir sekali masukkan nasi dan perasakan dengan garam lalu gaul dan biarkan ia seketika sebelum ditutup api.
Mudah bukan? Tak susah mana pun nak sediakan makanan yang amat senang tetapi begitu sedap!
Tips: Bila masak nasi goreng pastikan ia betul-betul masak dan panas. Nak tahu ia masak betul adalah bila kita lihat nasi tu mula keluar asap.
Selamat mencuba semua. -CARI
Kredit Resipi: Hafizy Agy ni la style n.goreng aku selalu bawak bekal..klu dah jemu aku tambah sosej pulak.. atau letak sayur sikit..klu takde cabai kering cabai hidup pun boleh.. kelas ko, goreng nasi guna olive oil:lol: myakayina: ni la style n.goreng aku selalu bawak bekal..klu dah jemu aku tambah sosej pulak.. atau letak sayur sikit..klu takde cabai kering cabai hidup pun bole ...
Sg pon biasa buat mcm ni..sedap hamat...cuma sg tukar pakai chili flakes lebihan dr Pizza Hut n domino
my peveret ni aku masa form 2 dulu, sebelum pegi sekola sesi petang mmg hari2 goreng nasi cili kering ni buat makan sebelum pegi sekolah. Yumm yummsss {:cryrun Ni sarapan pagi iols zmn sekolah dulu.. Mak iols masak bg kami adik beradik makan tiap pagi.. nasi goreng mmg favourite i . tp kalau nak masak yg ini kena `buang` telur dan ikan bilis sebab alah .
ada sape2 tahu pengganti yg best untruk ikan bilis ni tak
xleh nak makan selalu sgt
gout dekmieDandy replied at 19-1-2018 09:05 AM
ada sape2 tahu pengganti yg best untruk ikan bilis ni tak
xleh nak makan selalu sgt
x boleh mkn ikan langsung ker? kalau boleh ikan lain.. guna la ikan tamban buat ganti..
tak pernah cuba
nanti nak try kurga replied at 19-1-2018 04:36 AM
x boleh mkn ikan langsung ker? kalau boleh ikan lain.. guna la ikan tamban buat ganti..
ikan bilis ni paling kuat bisa gout selain shellfood
tu tengah cari pengganti ni
nnt saya try ikan tamban, TQ
dekmieDandy replied at 19-1-2018 09:05 AM
ada sape2 tahu pengganti yg best untruk ikan bilis ni tak
xleh nak makan selalu sgt
ikan apa2 pun kalau goreng, pastu perisi isi ikan tu buh dalam nasi goreng pun sedap
wow!macam sedap jer tengah tengah bulan ni hmmm sedapnyaaa Aku panggil ni Nasi goreng nenek2...emmm..daappp ai salu rebus kejap cili kering, then tumbuk dengan bawang kecik dan udang kering untuk dapatkan effect rasa & bau belacan.
goreng tu dgn telur hancur2 rata then buh nasi....perghhh. Ala....lapa.... nasi grg camni lah sy msak almost everyday
smpai naik muak, heheheh tp kalau panas2 trus makan mmg laju
ni da bwk bekal mkn time lunch...da x pns
abang saya masa g bercuti xde i.blis...ada belen ikan caru...
perghhhhh...dappp sgt...tumis lelama, tp sy buat x jd, x ilang rasa ikan caru tu
nyum nyum...feverett